Sahabatku,
Tatkala subuh bertamu,
Dingin tubuh disapa embun semu,
Di saat itu,
Rasa rindu padamu bertandang di kalbu
Mengingatkanku pada hari semalam yang telah berlalu
Waktu itu sahabatku,
Kita masih tertawa menonton bersama
Menikmati hidangan makan siang yang membuka selera
Lebih indah bila kita mulai saling bertukar cerita
Mengimbau kenangan lalu yang masih segar di minda
Namun hari ini sahabatku,
Jarak dan masa kian galak memisahkan kita
Seakan cemburu dengan kemesraan yang terbina
Hakikat juga tunduk akur pada tarbiyah Sang Pencipta
Ketahuilah wahai sahabatku,
Walau kita terpisah hingga ke penjuru dunia
Walau perbezaan masa memburu kita hingga penghujung nyawa
Aku kan tetap menyayangimu sampai bila-bila
Mengingatimu dalam setiap doaku padaNya
Andai kita ditakdirkan tidak dapat lagi bertemu di dunia
Berdoalah semoga DIA menemukan kita di syurga..
amni_shamrah
khamis 8 July 2010
8.00pm (posko lagi mati lampu)

0 ulasan:
Catat Ulasan