Skinpress Rss

Isnin, 4 Oktober 2010

JALAN SANTAI PKS

1


Ahad, 3 Oktober 2010. Berpeluang mengikuti Jalan Santai anjuran PKS yang diadakan di lapangan Karebosi Makassar. Jalan Santai ini diadakan berangkaian dengan Mesyuarat Agung PKS yang kedua. Program terbuka kepada seluruh warga masyarakat yang berminat. Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang dari control gigi semalam terserempak dengan senior yang secara kebetulan memaklumkan tentang aktiviti ini dan Allah izin kami punya waktu lapang untuk bergabung ke program.

Jalan santai adalah salah satu permulaan kepada senam yang menyihatkan. Bentuk olah raga ringan yang perlu untuk mula dilakukan dari sekarang. Seperti salah satu hadith Qudsi yang bermaksud “ mukmin yang kuat itu lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.” Salah satu daripada 10 ciri mukmin itu juga adalah sihat tubuh badannya.
Ditinjau dari aspek medis juga, senam/olah raga punya banyak manfaat. Selain meningkatkan penghasilan hormon, berjalan cepat ada manfaat terhadap kesihatan keseluruhan seperti:

# Menyihatkan jantung dan merendahkan risiko mengalami serangan jantung dengan merendahkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meninggikan paras kolesterol baik (HDL).

# Mengawal tekanan darah. Berjalan cepat sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit sehari boleh menurunkan tekanan darah dan mengembalikannya ke paras sihat. Ia juga mampu mencegah komplikasi kesihatan yang buruk kerana tekanan darah tinggi seperti serangan jantung atau strok.

# Merendahkan risiko mendapat kencing manis. Kencing manis biasanya datang bersama tekanan darah tinggi dan berlebihan berat badan. Kencing manis jenis 2 berlaku kerana badan tidak dapat menggunakan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah. Berjalan dapat meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik.

# Mengawal kencing manis. Berjalan memperbaiki kebolehan badan untuk memproses gula dan mengawal paras gula dalam darah. Ia membantu melancarkan aliran darah, terutama ke kaki iaitu anggota yang sering mengalami masalah kerosakan saraf dan salur darah halus yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung.

# Memperbaiki emosi. Berjalan dan bersenam merangsang badan menghasilkan hormon endorfin yang membuatkan kita berasa gembira.

# Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot serta sendi.

# Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

# Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh, terutama kepada warga tua.

Sebenarnya jika bercakap tentang jalan santai, banyak saja pogram seperti ini yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti DINAS Kesehatan, Rumah Sakit, Syarikat persendirian. Namun apa yang menarik diri untuk menyertai jalan santai anjuran PKS ini adalah suasana biah solehah yang dibina sangat mentarbiyah diri.

Meskipun hanya berjalan santai.. Tiada ceramah yang berapi-api, tiada pengisian yang panjang lebar, namun suasana yang tercipta sangat mendidik. Melihat keluarga-keluarga baitul muslim yang berjalan bersama-sama sambil menggendong anak cukup mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan. Walaupun mereka tampak kepenatan namun hasrat besar mereka untuk membiasakan anak-anak mereka berada dalam suasana yang soleh, dalam biah yang terjaga menghapus pergi kepenatan yang bertandang. Kerna anak-anak itulah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyyah demi mengislahkan masyarakat.

Ada juga dikalangan pak cik- pak cik yang sudah menginjak usia pertengahan, memakai baju PKS sambil bergandingan tangan. Terlihat akrab sekali.. Seperti sudah lama terpisah dek mas’uliyah dan waktu. Mungkin dalam program seperti ini, mereka bisa kembali bertemu. Menzahirkan rasa rindu yang memuncak di kalbu.bercerita panjang sepanjang perjalanan sambil melihat-lihat alam damai ciptaan Allah. Asyiknya mereka tenggelam dalam perbualan yang hanya mereka yang tahu seakan tiada orang lain yang berada di situ.

Melihat panorama tersebut, teringat pula pada ayah dan pak cik-pak cik. Dari usia muda bersama-sama menongkah arus perjuangan. Saling bergandingan tangan dan bahu untuk menegakkan deen Allah. Hingga sekarang masing-masing sudah menginjak ke usia-usia pertengahan.. di mana rambut kian memutih.. anak-anak juga semakin mendewasa. Namun mereka masih tetap bersama. Masih lagi menongkah arus perjuangan yang takkan pernah surut. Memberikan inspirasi dan contoh teladan kepada generasi muda untuk turut melangkah ke dalam arus perjuangan itu dan bekerja bersama untuk membina bangunan Islam yang teguh.

1 ulasan:

Catat Ulasan