Skinpress Rss

Isnin, 29 November 2010

PELAJARAN DARI SEMUT

2

Pagi ini teman kamarku Kak Soolihah berjaya mencari penyebab kerosakan mesin cuci baju kami yang sudah sejak beberapa minggu mengalami kebocoran yang teruk. Kakak yang memiliki sedikit pengetahuan asas tentang perpaipan hasil latihan ayahnya membuka saluran paip (pipa air)yang menyalirkan air ke mesin cuci menggunakan screw driver dan alangkah terkejutnya kami melihat segerombolan semut yang memenuhi saluran atas paip (pipa air).


Setelah memeriksa dengan teliti, kakak mendapati bahawa saluran paip (pipa air) tersebut telah berjaya diterobos oleh semut-semut itu hingga menghasilkan lubang-lubang (lobang) yang besar di paip hingga berakibat fatal menyebabkan kebocoran massif.


Tiba-tiba terilham beberapa analogi dari kisah semut ini.

a) Lihatlah betapa kecilnya semut tersebut tapi bisa memberikan satu impak yang sangat besar kepada sesuatu. Menghasilkan lubang yang besar pada batang paip getah yang keras dan tebal tentulah bukan satu kerja yang mudah. Bagi tubuh kecil mugil sang semut, pastilah memerlukan kerja keras dan sifat tidak putus asa, kegigihan, kecekalan dan kesabaran untuk berhasil. Bermula dengan impian dan cita-cita yang tinggi.. berusaha dengan tekun utuk mencapai impian tersebut.

Belajar dari semut, walau betapa kecilnya diri kita, harus mempunyai impian yang besar samada dalam pelajaran maupun utuk ISLAM.. kenapa umat Islam harus cemerlang dalam pelajaran, kerana ia adalah jihad kita. Berusaha menjadi yang terbaik supaya kita mampu memberikan manfaat kepada jalan Allah ini. Berimpian besar untuk membina gagasan (legacy) yang menyeru manusia kepada Allah dan memahami deen ini dalam masa yang sama mecegah kemuungkaran dan thagut dari berleluasa di muka bumi ini. dari impian yang besar ini akan menjana daya usaha yang maksimum dan optimal utuk menggapai impian tersebut. Berbekalkan semangat yang kukuh, jiwa yang kental dan sifat pantang menyerah, kita akan mampu mengharungi rintangan yang datang menghadang kerna kita jelas dengan matlamat kita. Senantiasa membaiki diri dan belajar dari kesalahan dalam rangka meningkatkan kualiti diri untuk mencapai target.



b) Semut, kerana menyedari betapa kecil dan terbatasnya kemampuan, bekerja bersama-sama untuk menerobos lubang paip (pipa air), berjemaah dan bersatu padu untuk mendokong sebuah impian besar.

Samalah seperti kita, kerana yang namanya manusia itu tidak pernah sempurna dan sangat terbatas kemampuannya, maka kita memerlukan orang lain untuk melegkapi kekurangan kita, memerlukan huluran tangan orang lain untuk memaut kita tatkala jatuh. Kerana kita tak mampu hidup sendiri apatah lagi untuk memikul amanah dan impian yang besar. Kita perlu kepada orang-orang yang berkongsi impian yag sama dengan kita. Bergandingan tangan, saling bantu membantu dan saling menasihati dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran sepertimana firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Asr yang bermaksud :”demi masa sesugguhnya mausia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran” Berkat kerja secara berjemaah, walaupun kita kecil akan bisa mewujudkan impian yang unggul, gagasan agung yang mendokong kalimah tauhid di muka bumi Allah ini.

c) Sang semut yang kecil, tidak pernah putus asa untuk bekerja. Meski penat, meski letih diperjalanan, tetap istiqamah.. perlahan-lahan berjalan meniti perjalanan yang panjang tanpa berhenti. Berusaha dari hari ke hari, bulan berganti bulan. Hasilya tidak datang secara sekaligus tapi tetap sabar dan menaruh keyakinan bahawa impian itu pasti terwujud dengan izin Allah.

Ambillah nilaian istiqamah itu untuk di aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Jalan menuju Allah itu panjang.. teramat panjang.. bermula dari saat kita memilih Islam sebagai jalan hidup kita.. dari muda remaja hingga rambut dipenuhi uban. Hingga kita dipanggil kembali kepada Allah.. tidak syak lagi, kita memerlukan stamina yang tinggi dan tetap berpegang teguh dengan tali Allah. Nilaian istiqamah ini amat susah untuk dikekalkan kerana sifat manusiawi yang lemah dan lupa.. namun di situlah peranan thabat (tetap) di atas jalan ini. berusaha untuk meningkatkan diri dan taat menjalani tarbiyah imaniyah (didikan jiwa dengan iman).

AIDILADHA DI PAREPARE

0



Alhamdulillah, baru-baru ini Allah telah memberikan peluang kepada diri untuk menyambut hari raya Aidil adha (lebaran idul adha) bersama dengan keluarga salah seorang teman posko ku sewaktu KKN beberapa bulan yang lalu. Temanku ini asli dari Parepare, salah satu kebupaten di Sulawesi Selatan yang terletak 5 jam perjalanan dari Kota Makassar melalui Maros, Pangkep dan Barru..
Kota Parepare terletak di sebuah teluk yang menghadap ke Selat Makassar. Di bagian utara berbatasan dengan Kabupaten Pinrang, di sebelah timur berbatasan dengan Kabupaten Sidenreng Rappang dan di bagian selatan berbatasan dengan Kabupaten Barru. Meskipun terletak di tepi laut tetapi sebagian besar wilayahnya berbukit-bukit.
Rumah temanku adalah salah satu rumah yang terletak di atas bukit. Pemandangan dari halaman rumahnya menampilkan keunikan Kota Parepare yang padat penduduk dan harmonis dengan kombinasi bagian lautan dan daratan yang tampak seimbang. Panorama yang begitu asyik dan membahagiakan. Sempat berjalan-jalan di kota dan ke pasar Senggol yang berada di persisiran pantai. Senggol terletak di jantung kota dan menjadi tumpuan penduduk tempatan. Ada cakar (jualan baju terpakai) daripada Negara-negara Asia. Kata temanku cakar adalah salah satu tempat yang menjadikan Parepare sebagai tempat yang mashyur. Setelah penat berjalan sempat singgah di warung pisang epe dan menikmati pisag epe yang panas dan enak sambil melihat pemandangan Selat Makassar yang damai.
Pengalaman menyambut lebaran bersama keluarga temanku amat menyenangkan. Ibu dan bapa temanku amat bersahabat. Menyambut kehadiranku bagaikan anak sendiri. Walaupun tergolong dalam golongan yang kaya, tak menjadikan mereka sombong dan susah bergaul sebaliknya mereka sangat ramah menghulurkan salam perkenalan. Walaupun bapa temanku seorang pejabat negeri yang sangat sibuk, beliau tetap memberikan perhatian yang penuh terhadap anak-anaknya dan sentiasa memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan yang selamat. Buktinya setiap temanku membawaku berjalan-jalan pasti di hantar oleh pekerja bapanya dan ditemani hingga selesai dan selamat pulang ke rumah.
Ibu temanku adalah contoh ibu rumah tangga yang sukses. Setiap hari menguruskan anak-anak dari abang temanku yang paling sulung hinggalah adiknya yang bungsu, Dade’..yang berusia 7 tahun. Ibu temanku memiliki perniagaan cathering untuk mengisi waktu lapangnya. Namun perniagaannya lansung tidak mengalihkan fokusnya dari urusan keluarga. Pernah dalam satu peristiwa, mak cik (tante) menerima suatu pesanan catering secara mendadak hingga membuat beliau teramat sibuk. Pada hari yang sama ada majlis takziah di rumah saudara kepada bapa temanku yag baru meninggal dunia beberapa miggu yag lalu. Kebetulan, bapa temanku sedag di Makassar atas urusa pekerjaan. Tante tetap melapangkan waktu untuk ziarah meskipun perjalanan ke rumah saudara bapa itu letaknya di sidrap yang memakan masa hampir 1 jam setegah perjalanan.
Tiba di Pare sehari sebelum lebaran memberi peluang untuk diri menghulurkan sedikit bantuan pada keluarga temanku membuat persiapan makanan dan membersihkan rumah memandangkan mereka akan mengadakan rumah terbuka pada hari esoknya. Setelah penat menyapu lantai dan membantu mengisi kue ke dalam bekas-bekas kue, diri membantu nenek (saudara teman yang bekerja untuk menguruskan rumah mereka) menyediakan makanan untuk esok. Kata nenek, mereka hanya akan memasak 2 jenis makanan besok.
Tak seperti sewaktu lebaran Aidilfitri yang lalu. Menu untuk besok adalah bakso dan sup pangkep. Sambil membantu menyedia bahan, diri sempat belajar cara memasak kedua makanan tersebut. Kalau bakso cara masakannya mirip dengan cimcum yang diajarkan oleh ummi. Hanya saja campuranya lebih banyak memakai bakso dan sosej di samping ada juga sayur sawi yang turut dimasukkan. Sup pangkep lebih kompleks dengan menggunakan renehan air stok daging dan sayur-sayuran. Uniknya sup pangkep ini adalah antara bahan campurannya adalah telur rebus, taugeh dan pergedel kentang. Sup ini di makan bersama dengan ketupat atau burasa( beras yang dikukus didalam daun pisang).
Merasai suasana lebaran, diri pertama kali solat di lapangan sewaktu Aidil adha. Masyarakat Parepare semua berkumpul di lapangan olahraga Parepare seawall jam 7 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidiladha berjemaah dan menurut sunnah untuk mendengarkan khutbah. Terik mentari tidak terasa kerna teruja dengan suasana baru yang dialami. Ramai orang membanjiri lapangan olahraga dan aspal-aspal (jalan tar) di tepi lapangan. Khutbah Aidiladha di sampaikan oleh seorang ustaz yang diterbangkan khas dari Pemeritah Pusat, Jakarta.

Warna-warni busana yang dikenakan masyarakat menunjukkan betapa istimewanya hari tersebut kepada mereka. Tentunya busana yang mereka kenakan tidak sama fesyennya dengan di negaraku. Kalau di Malaysia, kebanyakan gadis dan mak cik-mak cik akan mengenakan baju kurung atau jubah, di sini, fesyennya lebih pelbagai dengan gamis (jubah) yang berbagai gaya dan kombinasi warna. Mini jubah dan baju Bodo yang unik lebih menjadi pilihan utama. Sementara untuk lelaki, kalau di Malaysia, kebanyakan lebih selesa dengan baju melayu, atau baju raihan dengan ketayap atau songkok, di sini, orang-orang banyak mengenakan baju kemeja dilengkapi jas (blazer) dengan sarung dan songkok. Menurut temanku, itu adalah pakaian rasmi kalau di sini. Ada juga yang mengenakan baju koko dengan sarung.
Walaupun berbeza cara sambutannya, intinya masih tetap sama. Kembali semula kepada ajaran Islam yang syumul dan kembali menyingkapi tabir sejarah. Kisah pengorbanan agung nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail serta isterinya Hajar yang mengorbankan apa yang palig disayanginya dalam rangka mentaati peritah Allah SWT. Betapa syahdunya hati seorang ayah yang terpaksa harus menyembelih leher anak kesayangan yang ditatang bagai minyak yang penuh demi memenuhi tututan Tuhannya. Namun ketaatannya melebihi kasih yang meggunung tinggi tadi kerna dia sedar bahawa anak yang disayanginya itu tetap adalah kepuyaan Allah dan DIA berhak mengambilnya kembali kapanpun dan dimanapun yang dikehendaki. Hingga kekuatan taat itulah yang menyatukan kembali Ibrahim AS dengan putra yang sangat dicintainya setelah Allah menukarkan anak tersebut dengan qibas. Begitulah tarbiyah memilih bahasanya yang tersendiri utuk berbicara. Semoga kita menyambut kedatangan Aidiladha bukan sekadar sebuah perayaan yang disambut atas dasar adat kecuali kita kembali meyingkapi ibrah di baliknya dengan hati yang sedar, jiwa yang hidup dan akal yang terbuka untuk mencontohi inti dari Aidiladha tersebut. Wallahu a’lam..

Rabu, 10 November 2010

TENTANG KITA

2

-photo by FZM-

Tatkala aksara tak lagi mampu untuk melakar bait kata
Gundah hati makin parah menanggung makna derita
Ombak rindu yang menghempas persada atma kian menggila
Memasang kail untuk mengumpan peti kenangan yang terkubur di minda

Terkenang memori semalam yang kukuh tersemat
Kisah kau dan aku mulai menjadi sahabat
Di pinggir kota di dalam sambutan warga yang hangat
Belajar mematri makna cinta di Kelurahan Tolo’ Barat

Waktu itu usai perkuliyahan yang mengasak fikiran
Kita di sini untuk meraih pengalaman
Saling bantu membantu saling meringankan beban
Katamu kerana kita saling memerlukan

Hidup dalam rukun dan penuh terancang
Terkadang masih wujud perselisihan kerna kita dari pelbagai latar belakang
Namun itu semua hanya rencah dalam persahabatan yang kian matang
Hingga akhirnya kita saling faham dan sayang menyayang

Terima kasih wahai sahabatku
Sungguh, hidupku ceria dengan kehadiranmu
Kau mengajarkan ku erti hidup yang semu
Memberi makna kepada setiap yang ku lalu..


-photo by FZM-

-amni_shamrah-
10.30pm
10 nov 2010

Selasa, 9 November 2010

ISLAMIC LEGACY

0


Bismillahi alhamdulillah..
Segala puja dan puji kita persembahkan buat pemilik Agung alam semesta yang luas terbentang. Yang mengawal arah gerakan angin yang bertiup, yang menentukan gelombang laut yang membadai, yang meletuskan lahar berapi yang maha panas. Dengan nama Allah yang mengetahui rahsia langit dan bumi serta rahsia di antara keduanya, yang menjaga alam buana serta seisinya.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"

maksud ayat (A1-Imran 104).

Baru sahaja melepasi proses pilihanraya. Pertukaran pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Makassar sesi 2010/2011. Proses pilihanraya kali ini berlaku menggunakan sistem demokrasi terarah yang mana 70% suara komuniti di ambil dan 30% lagi hasil mesyuarat Majlis Penasihat. Hasil pilihanraya telah memilih Fadzil sebagai Yang Dipertua PKPMI sementara Taufiq sebagai Naib Yang Dipertua I (NYDP I) dan Halimatussaniah sebagai Naib Yang Dipertua II (NYDP II).

Dalam menegakkan kepimpinan, kita harus mempunyai matlamat yang jelas. Untuk apa kita memegang kepimpinan? Adakah untuk memuaskan hati orang-orang atau untuk mencapai keredhaan Allah? Kita harus menyedari bahawa kepimpinan itu adalah suatu amanah dan tanggungjawab. Dan setiap pemimpin itu akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpinannya. Kepimpinan itu juga adalah suatu ibadah dan amal soleh selagimana ia dijalankan sesuai dengan tuntutan syara’ dan menepati corakan Allah. Ya menguruskan hal ehwal masyarakat itu adalah ibadah, membuat keputusan yang adil demi rakyat itu juga adalah ibadah. Berkhidmat pada masyarakat juga adalah ibadah.

Selain itu melibatkan diri dalam organisasi juga memberikan nilai tambah kepada seorang pemimpin. Kita belajar untuk mengenali berbagai ragam dan macam masyarakat sekaligus mempertajam sifat sabar dan tidak mudah melatah, belajar untuk membuat pertimbangan demi pertimbangan dalam mengambil keputusan yang terbaik untuk semua. Belajar juga untuk mengatasi sebarang masalah serta belajar untuk bekerja secara berkelompok dan membangun sifat bertolak ansur dan saling memahami. Nah di situ akan terasah bakat kepimpinan seseorang dan memberi pengalaman yang cukup berguna dalam hidup.

Kenapa penting supaya orang yang hajat pada Islam memegang pimpinan?

Sebenarnya berkerja untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah berkerja untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan syakhsiyah Islam yang syumul sehinggalah lahir masyarakat yang berpegang teguh dengan cara hidup Islam yang sempurna, serta memikul amanah dakwah untuk menegakkan kebenaran Islam di alam ini.
Segala keperluan, persediaan dan pra-syarat bagi melahirkan masyarakat seumpama itu adalah dituntut oleh syara’.

Oleh kerana menegakkan hukum-hukum Allah (dan menegakkan masyarakat Islam) adalah wajib maka segala kerja ke arahnya adalah juga wajib, berdasarkan kaedah syarak:
ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

“Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib".

Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

”Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
(Surah Al-Maidah, Ayat: 2)

Semoga gagasan generasi muda yang baru memegang tampuk pimpinan ini akan menerajui bahtera PKPMI selari dengan landasan syara' dan membina satu sistem sekaligus membina masyarakat yang patuh pada Allah dan bersatu dalam menjaga kebajikan bersama. Dan semoga adik-adik yang terpilih sebagai para pemikir komuniti ini akan membina diri dengan ciri-ciri pemimpin Islam sepertimana yang dicontohkan oleh Khalifah Umar B Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-fateh dan para Khalifah pada zaman pemerintahan Islam :

Keikhlasan yang tinggi.

Beramanah dan jujur.

Pemikiran yang matang.

Menunaikan tanggungjawab

Kesabaran yang maksima.

Komitmen yang berterusan.

Penasihat yang baik dan realistik.

Contoh dan tauladan yang disegani.

Proaktif yang produktif.

Pendengaran yang tajam.

Pengasingan keutamaan diri.

Keadilan yang terancang.

Selasa, 2 November 2010

MERASA BERSALAH MERUPAKAN NIKMAT DARI ALLAH

0


Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian merasa dirinya bersalah lebih baik dari mereka yang beramal soleh kemudian merasa dirinya suci bersih.

Yang terbaik di antara keduanya ialah mereka yang beramal soleh, kemudian merasa dirinya lemah tidak berdaya kecuali dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah semata. Mereka juga sentiasa beristighfar dari dosa yang disedari mahupun tidak disedari.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Tatkala terdetik rasa bersalah dan menyesal dalam diri yang telah melakukan dosa, di sana Allah sedang memandangmu dengan penuh kasihan belas dan kasih sayang.

Rasa menyesal itu merupakan taufik dari Allah agar dirimu tidak meninggalkanNya jauh dan semakin jauh.

Rasa bersalah yang menghantui itu pula merupakan dorongan dari Allah agar segera bertaubat kepadaNya.

Syaitan amat takut pada setiap hamba yang menyedari kesalahannya. Iblis tidak mahu manusia bertaubat dari perbuatan salah yang pernah dilakukan. Iblis tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada setiap dosa-dosa kecuali dosa syirik.

Sahabat yang disayangi Allah,

Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.

Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berkata,
يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي، يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي، يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة .
Maksudnya:

Wahai Anak Adam!

Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!

Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!

Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih.

Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah

1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.

2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.

Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’,

وَ مَنْ يَّعْمَلْ سُوْٓءًا اَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهٗ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّٰهَ يَجِدِ اللّٰهَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا‏

Maksudnya:

Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir,
وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين

Maksudnya:

Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu.

Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

Maksudnya:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan
kamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh.

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi.

3. Tauhid yang benar. Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.

Sahabatku yang dikasihi Allah,

Bagaimana anda rasa setiap kali selepas mandi? Apatah lagi jika anda mandi menggunakan sabun dan syampu yang aromanya semerbak wanginya?

Badan terasa segar dan cergas kembali, bukankah begitu?

Begitulah hidup kita , dosa-dosa ialah kotoran yang menggelapkan hati menyebabkan hidup terasa tidak ceria dan bersemangat.

Basuhlah dosa-dosa dengan solat dan taubat.

Hargailah nikmat ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ yang Allah campakkan dalam diri Rashela. Sambutlah lambaian Allah tersebut dengan kembali kepadaNya dengan sebenar-benar kembali.

Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwamu semula.

Pedulikan apa kata orang padamu. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya.

Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita.

Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu.

Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu.

Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari.
Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi.

Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا‌ؕ اِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ‏

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 53

وَاَنِيْبُوْۤا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ‏
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. Ayat 54

وَاتَّبِعُوْۤا اَحْسَنَ مَاۤ اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِّنْ رَّبِّكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَّاَنْتُمْ لَا تَشْعُرُوْنَۙ‏
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
Ayat 55

Insya Allah, dengan ilmu mengenal Allah, kita akan lebih dekat denganNya dan semakin berwaspada dengan bisikan-bisikan iblis. Iblis hanya mahu menambah kawan di neraka sedangkan Allah mahu kita menikmati ketenangan hidup di dunia dan bahagia di akhirat.

Apa yang baik milik Allah jua.
(Petikan dari blog ummuabbas)