
Sedar tidak sedar, sudah hampir 1 bulan berlalunya Ramadhan dari kehidupan kita tahun ini. berlalunya bulan yang Allah janjikan keberkatan dan kenikmatan ibadah yang berlipat ganda. Itulah dia keistimewaan yang diberikan Allah kepada ummat Nabi Muhammad.
Ramadhan juga diistilahkan sebagai suatu madrasah atau institusi pendidikan yang mana barangsiapa yang melaluinya akan diampunkan segala dosa telah lalu dan dilahirkan sebagai insan baru yang kembali pada fitrahnya. Apa yang diharapkan lahir dari tarbiyah Ramadhan adalah kesannya pada jiwa kita hingga mampu memomentumkan perubahan agar makin hampir kepada Allah dan lebih rajin untuk beribadah sepertimana ia seharusnya mendekatkan kita kepada kalimah-kalimah cinta tinta Al-Quran.
Kesan Ramadhan:
1) Tidak mudah berbuat dosa (nafsu yang berjaya dilentur)
Sepanjang Ramadhan, Allah telah mengurungkan syaitan durjana dari mengganggu manusia.. maka manusia hanya berhadapan dengan musuh yang berada dalam dirinya iaitu nafsu. Nafsu harus dilatih supaya mampu tunduk pada kekuatan iman.
2) Berhati-hati dalam berakhlak dan menghindari terlalu banyak bercakap
Suasana Ramadhan melatih manusia untuk sentiasa menjaga lisan dan mengurangkan dari berbicara hal-hal yang tidak perlu.
3) Bersifat jujur
Jika kita perhatikan tidak ada seorangpun yang curi-curi (kalasi) makan atau minum di bulan Ramadhan kerana adanya sifat ikhlas kepada Allah. Sifat jujur ini diharapkan untuk bisa diaplikasi dalam kehidupa kita. Kita seharusnya mengamalkan sifat jujur ini dalam hubungan dengan ibubapa, dengan majikan, guru, suami & isteri.
“hendaklah kamu semua bersikap jujur kerana kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kita ke syurga”
4) Semangat berjemaah
Ramadhan hadir serentak di seluruh dunia. Jadi dalam masa yang sama, seluruh umat islam di setiap penjuru dunia menunaikan ibadah dalam waktu yang bersamaan. Menjalani ibadah puasa, iftar, bersahur, melaksanakan solat terawih, qiamulail, mentadabbur Al-Quran dan mendalami ilmu Islami.
5) Berupaya mengawal diri

0 ulasan:
Catat Ulasan