Skinpress Rss

Jumaat, 31 Disember 2010

MELATIH SIFAT PRIHATIN DENGAN SEDEKAH

0


Balik dari MTOS membeli kelengkapan rumah. Cuaca diluar mendung. Awan menghunjamkan rintik hujan yang makin lama makin deras. Membasahi bumi yang sebelumnya panas dibakar bahang mentari. Kelihatan beberapa orang anak kecil berlumba-lumba mendatangi pengunjung yang baru keluar dari mall tersebut. Mereka menawarkan untuk memayungkan dan membantu membawa barang belian. Begitulah fenomena yang biasa terlihat di hadapan shopping kompleks ini. tiba-tiba retina menangkap imej seorang anak kecil yang sedang berdiri di tepi tembok sambil memegang payung besar berwarna warni. Tubuhnya menggigil menahan kedinginan yang menusuk ke tulang. Matanya melirik ke kanan dan ke kiri mencari-cari kalau ada pengunjung yang memerlukan khidmatnya.

MasyaAllah sayu hati melihat anak-anak kecil ini. Jika adik-adik kita di rumah gembira menanti hujan supaya boleh bermain hujan, boleh melancarkan permainan kapal, bola air dan sebagainya yang melengkapkan keceriaan zaman kanak-kanak mereka, anak-anak ini sebaliknya masih harus tekun meredah kedinginan percikan air, bekerja untuk mendapatkan sesuap rezeki yang halal. Kasihannya mereka. Di kala adik-adik kita nyaman di rumah, berbalut selimut hangat sambil menonton televisyen dalam cuaca begini, anak-anak ini berpeleseran di tepi-tepi tembok menunggu pengunjung yang memerlukan bantuan, meresikokan nyawa membantu pengunjung melintasi jalan raya.

Setelah masuk ke teksi, memberi anak-anak yang membantu itu lebih dari biasanya. Mereka tersenyum girang sambil berkali-kali mengucapkan terima kasih. Sungguh jiwa lebih lapang apabila kita bisa membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain.

Teringat beberapa waktu yang lalu, sewaktu ziarah ayah, ummi dan adik ke sini, ummi yang tak sempat memberikan sedekah pada anak-anak kecil sewaktu di Pasar Butung tak sudah-sudah mengeluh kekesalan lantaran tiada wang kecil untuk diberikan waktu itu. Hingga pulang ke hotel ummi masih mengungkit kejadian tadi. Kecewa benar kerana tidak berpeluang memberikan sedekah. Ayah juga setiap kali keluar dari petak parking kereta (tempat parker mobil) terus saja menghulurkan wang Rp2000 kepada orang yang membantu. Subhanallah betapa pemurahnya mereka. Sedangkan diri, maklumlah sebagai mahasiswa/pelajar yang wangnya terbatas, terkadang beri tapi banyak juga yang bolong. MasyaAllah masih belum cukup sensitif.

TANGAN yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika.

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya. Sedekah adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab, iaitu sadaqah. Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)


Seringkali mendengar bahawa kebanyakan peminta sedekah itu dikelola oleh sendiket (diurusi oleh agen) hingga wang yang diperoleh digunakan untuk keuntungan orang lain. Padahal dalam memberi sedekah, kita tidak seharusnya terlalu berkira dengan hal seperti itu, atau prasangka tersebut akan menyebabkan kita lokek (kedekut) untuk memberikan sedekah. Biarlah hal tersebut antara dia (agen) dengan Allah. Sedangkan sedekah itu akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.

Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Tidaklah dikatakan seseorang manusia itu kaya perikemanusiaannya jika tiada di dalam jiwanya sikap prihatin dan kasihan belas kepada sesama manusia, yang menggerakkan hatinya untuk memberikan pertolongan sekadar kemam puannya.

"Sifat prihatin dan belas kasihan harus dibina di dalam diri kita dengan melatih diri suka bersedekah dan membantu yang kurang berkemampuan"

Rabu, 29 Disember 2010

TUHAN MELIHAT HATIMU

2


Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi mengunjungi Habib Ajmi, seorang sufi besar lain. Pada waktu salatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafalkan bacaan salatnya dengan keliru. Oleh karena itu, Hasan memutuskan untuk tidak salat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang pantaslah bagi dirinya untuk salat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan salat dengan benar.

Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya, “Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan salatmu, kau akan memperoleh keridaan-Ku, dan salat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh salat dalam hidupmu. Kau mencoba mencari kesalahan dalam bacaan salatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna.

Selasa, 28 Disember 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

0



Masih dalam mode Sepak Bola dan hubungan antara Indonesia-Malaysia. Luahan rasa dari seorang teman agak membuat diri kaget dan mengundang kesedihan serta kekecewaan di pantai hati. Apa lagi apabila mengingatkan bahawa dia adalah antara teman Indonesian yang sangat dekat dengan diri. Tapi diri mengerti posisi temanku tersebut. Dia juga seperti diri ini suatu ketika dulu.

Sewaktu masih berada di Malaysia, masyarakat didedahkan dengan jenayah-jenayah yang melibatkan warga Indonesia. Seperti penglibatan dengan narkoba, perompakan, pembantu rumah yang mencuri di rumah majikan dan mendera anak majikan, dan pelbagai lagi jenayah ringan dan berat. Pengalaman diri juga sewaktu di Nilai berhadapan dengan warga Indonesia yang suka pulang larut malam, berpakaian dengan pakaian seksi yang menurut norma setempat tidak begitu sopan(perempuan). Berbicara dengan bahasa yang kasar dan kesat. Hal-hal begini yang sebenarnya memberikan impresi yang buruk terhadap Negara tetangga tersebut. Di tambah lagi dengan sifat masyarakat yang sering berdemostrasi biar kerana isu apa sekalipun, serta provokasi-provokasi yang terkadang oleh hal yang kecil dan dianggap tidak masuk akal oleh warga Malaysia. Mulalah terhasil paradigma bahawa “orang Indonesia jahat” dan menakutkan dan harus sangat berhati-hati.

Pertama kali mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, sempat ketakutan itu menjalar ke urat saraf mendengarkan bahawa Sulawesi Selatan terutama Makassar adalah antara suku Indonesia (Bugis) yang paling kasar di negara itu. Hal ini disampaikan sendiri oleh kenalanku yang asli Indonesia sewaktu ketemu di UKM. Namun kerana sebuah cita-cita, ketakutan itu diharungi juga. Kekuatan semangat mengatasi ura-ura tak berasas tersebut.

Menjejakkan kaki ke Makassar, hari pertama di kampus, banyak teman-teman yang menyapa. Menghulurkan salam persahabatan yang hangat. Minggu-minggu adaptasi berjaya diharungi dengan baik berkat bantuan teman-teman kuliyah. Pensyarah-pensyarah (dosen) yang seikhlas hati menyampaikan ilmu. Sentiasa terbuka menerima kunjungan dan menjawab persoalan dari mahasiswa biar diluar waktu kuliah walau tanpa temujanji. Status professor atau dokter spesialis lansung tidak menjadi pembatas untuk mereka dekat dengan mahasiswa. MasyaAllah kagum melihat kerendahan hati para ilmuan ini.

Tambah terkesan dijiwa, setelah diri melewati hari-hari di KKN. Hidup bersama teman-teman Indonesian yang sangat mendukung. Sangat perhatian, prihatin dan saling bantu membantu. Kalau memasak, pasti mengambil kira selera teman yang lain, ada yang tidak bisa makan perasa (bumbu siap), ikan, ada yang suka sekali makan sambal (lumbok) dan sebagainya. Maka teman-teman yang memasak sentiasa memasukkan hal-hal tersebut ke dalam perhitungan. Saat sedih, saat jatuh, saat lagi bermasalah, teman-teman pasti tahu biar tidak berkata apapun. Terus saja bertanya dan mendukung. Berusaha menceriakan suasana hati yang sedang mendung. Waktu seseorang sakit, semua orang biar tanpa disuruh akan terus membantu dan memberikan semangat. Menjaganya tanpa mengenal penat.

Ternyata orang Indonesia baik-baik sebenarnya. Kejamnya diri menghukum dan membina persepsi tanpa mengenali mereka terlebih dahulu. Benarlah pepatah yang mengatakan “tak kenal maka tak cinta”. Kita selalu menutup hati kita tanpa membuka ruang untuk memahami situasi mereka.

Berada di Indonesia benar-benar mengubah paradigma diri selama ini. Ternyata budaya berpakaian masyarakat di Indonesia berbeza (beda) dari tempatku. Kalau di Malaysia, memakai seluar pendek (celana pendek) dan warna-warna terang (warna mencolok) itu tidak sopan. Justeru masyarakat di sini lebih gemar dengan pakaian sedemikian. Lebih sesuai dengan cuaca dan lebih ceria katanya. Hingga kalau dilihat di toko-toko juga fesyen yang sedemikian yang di tampilkan. Makanya ia adalah sesuatu yang biasa di sini.

Kalau masalah suka berdemostrasi, setelah mengikuti Latihan Kader 1 yang diatur oleh Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM), yang mana di dalamnya di selitkan ceramah (materi) demostrasi baru diri mengerti bahawa di negeri bertuah ini, untuk mendapat perhatian dan peluang berurusan dengan pemerintah harus lewat demostrasi. Apabila sesuatu demostrasi dilakukan dan mendapat perhatian dari media massa, baru mereka diberi peluang untuk berhadapan lansung dengan pihak pemerintah untuk menyuarakan aspirasi mereka. Subhanallah betapa getirnya jalan yang harus mereka lalui untuk menyampaikan suara masyarakat. Di banding dengan mahasiswa di Malaysia yang kebanyakannya Cuma sibuk belajar dan aspirasi harus disampaikan lewat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang akan bertemu lansung dengan pihak kerajaan. Atau melalui memorandum dan sebagainya kerana mahasiswa di Malaysia terikat dengan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kalau masalah tuntutan-tuntutan perbatasan, hak dagang dan sebagainya, itu diri tidak mahu berbicara banyak mengingatkan hal-hal tersebut adalah urusan antara pemerintah. Tapi kalau mahu membahas itu harus kita pertanyakan kembali “adakah dasar pemerintahan Malaysia mahupun Indonesia sudah menjalankan sistem pemerintahan yang benar-benar berlandas kepada syariat dan menepati hokum-hukum Allah?” Sungguh Islam itu mengajarkan kita untuk saling menghormati, saling berbagi rezeki. Saling mendukung bukan saling menjatuhkan. Bukan saling hasad dengki dengan kejayaan antara satu sama lain, bukan saling tamak dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri.kalau dasarnya juga tidak menepati jadi bagaimana kita mahu membuat pertimbangan yang sesuai dengan syara’?

Sementara jika membahas persoalan budaya, diri juga tidak tahu apa sebenarnya yang dipermasalahkan kerana asli masyarakat Nusantara itu sama sebenarnya. Orang yang membuka Melaka, Kerajaan pertama di Tanah Melayu juga adalah Parameswara yang asli putera Palembang. Setelah itu berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat dari suku Bugis, Minangkabau, Jawa, Aceh dan sebagainya yang membawa bersama mereka budaya dan jati diri yang diklaim sebagai milik mutlak Indonesia. Rata-rata jika ditanya penduduk Melayu di Malaysia sekarang, pasti ada darah Jawanya, darah Bugis dan lain-lainnya. Hanya saja mungkin kerana masa beredar, jam berputar maka tak semua budaya Jawa/ Bugis/ Minangkabau yang diturunkan kepada generasi setelahnya. Hanya saja adaptasinya masih kuat berumbi dalam masyarakat. Kita sibuk berperang hak antara Indonesia-Malaysia, tanpa kiata pernah berfikir “adakah orang yang aku perangi ini adalah orang yang sebenarnya terhubung darah denganku?” “mungkinkah saudaraku yang tidak pernah aku temui atau ketahui sebelumnya?” temanku saja sebagai buktinya, lahir, membesar di Malaysia. Tapi ternyata ada keluarganya di Medan dan akan ke sana bulan 3 nanti. Ada lagi temanku yang begitu, setelah datang melanjutkan pelajaran ke sini baru mendapati oh ternyata adik kepada ayahnya asli orang Sulawesi.

Kalau mahu menunding jari mungkin harus dipersalahkan Parameswara dan pembesar-pembesarnya yang sewaktu berhijrah lupa untuk menanggalkan juga adat budaya dari Palembang. Mungkin juga harus dipersalahkan orang-orang Jawa, Bugis, Minangkabau, Aceh dan lain-lain kerana membawa masuk juga budaya dan adat dari sukunya. Tapi adakah salah mereka mengekalkan jati diri Melayu tersebut? Adakah salah mereka bangga dengan asal usul mereka dan cuba mengekalkannya dengan menurunkan adat tradisi tersebut kepada anak keturunan mereka?

Masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI) sebenarnya diri kagum dengan mereka yang sanggup mengambil resiko dan berani untuk berhijrah demi mendapatkan sesuap rezeki yang halal. Mengubah nasib keluarga. Menghidupi tanggungan yang ramai. Berpisah anak, isteri, suami. Itulah hidup yang keras. Pengalaman diri sewaktu di KKN sangat menyentuh hati apabila seorang dari teman kecilku, Anah, ibu bapanya pergi ke Malaysia sebagai TKI. Sudah 4 tahun tidak pernah pulang. Anak itu ditinggalkan sendirian sejak kecil di bawah jagaan tetangga kerana desakan hidup. Bayangkan bagaimana anak sekecil itu bertahan hidup tanpa orang tuanya. Bayangkan betapa berat hati orang tuanya untuk meninggalkan permata hati dalam usia pembesarannya? Pasti sangat parah, sakit terluka.

Di sini, melihat suasana hidup yang sangat mendesak, jurang ekonomi yang besar hingga orang-orang terpaksa tinggal di kaki lima dalam kotak (kardus), terpaksa mencari katak, atau menangkap burung buat dijual mendapatkan sesuap nasi. Di kala setiap malam harus berfikir “apakah aku dapat makan besok” berbanding “apa yang mahu dimakan besok?”. Nasib anak-anak tak terbela. Usia 7-8 yahun yang harusnya berada di bangku sekolah terpaksa meminta sedekah di tepi-tepi jalan. Hidup yang cukup tertekan. Boleh jadi tekanan hidup ini yang memaksa individu(warga Indonesia) yang berada di Malaysia untuk melakukan jenayah. Mencuri dan merompak lantaran tidak sabar dan menginginkan hasil yang tampak di mata. Namun harus kita fahami, bahawa itu adalah kesalahan individu yang mana tidak seharusnya kita menghukum Indonesia untuk itu. Setiap Negara itu juga ada orang baik dan ada orang jahat. Tidak adil kita menghukum orang baik kerana kejahatan orang lain. Sama juga adalah tidak wajar kalau Indonesia menghukum Malaysia ganas gara-gara Nordin M.Top atau individu yang tidak etik (etis) yang memancarkan laser saat perlawanan akhir piala AFF. KERANA ITU KESALAHAN INDIVIDU.

Setiap kali timbul isu berkenaan Indonesia-Malaysia,media seakan menghangatkan. Ya media massa dan cetak (televesi dan Koran) juga memainkan peran penting dalam membina persepsi masyarakat sini. Seperti masyarakat Malaysia yang percaya, masyarakat sini juga terprovokasi dengan “kejahatan” orang Malaysia yang mencuri budaya dan jahat kerana mendera pembantu rumah tangga. Dan juga pasti orang-orang sekitar akan bertanya pendapat kami sebagai warga Malaysia, “kamu pilih yang mana? Malay atau Indo?” jujur itu adalah soalan yang sukar untuk dijawab kerana diri sayang kedua-dua Negara ini. Malaysia tanah tumpah darahku, membesarkan aku dan memberikan kecukupan hidup sedang Indonesia tanah tempatku menuntut ilmu. Tanah berkah yang melengkapkan diri ini dengan pengalaman hidup yang pelbagai untuk menyediakan diri menghadapi hari esok yang penuh cabaran.

Kesimpulannya, belajarlah untuk mengenali dan memahami sebelum menghukum dan membina persepsi dan ingatlah bahawa perbezaan adalah pelengkap.(beda menambah keunikan). Belajarlah untuk menghargai diri sendiri dan orang lain. Kerana matlamat tinggi kita adalah untuk bersama menuju kepada Allah. Kalau yang namanya ukhuwah islamiyah itu merentasi Negara dan bangsa, ras dan warna, adat dan budaya. Berhentilah untuk saling menyalahkan dan belajarlah untuk saling menghargai. Hakikatnya kita semua sama tidak kira Malaysia atau Indonesia. Yang membezakan kita adalah orang baik dengan orang jahat. orang yang beriman dengan orang yang kufur.

~peace for Indonesia & Malaysia~

Isnin, 27 Disember 2010

GARA-GARA SEBIJI BOLA

0



Demam bola sepak Piala AFF Suzuki. Yang menyebabkan demam bertambah panas mencapai suhu tinggi adalah apabila pasukan “saudara tetangga/ musuh tradisi” yang akan bertempur pada liga akhir. Pasukan (tim) Harimau Melaya (pasukan nasional Malaysia) melawan Timnas Garuda Indonesia. Dua pasukan bola sepak yang semakin naik ke persada, keluar dari kepompong kegelapan menuju harapan yang menjulang. Permainan pertama dijalankan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Disember 2010. Sementara permainan kedua akan dijalankan di Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta Indonesia pada 29 Disember 2010.


Permainan pertama di Stadium Bukit Jalil sudah lewat. Dan Malaysia mencatat kemenangan 3-0. Apa yang menjadi kekesalan adalah terjadinya insidens pancaran laser ke arah penjaga gol Tim Garuda, Markus sewaktu Malaysia diberikan peluang untuk membuat tendangan bebas dihadapan kotak D gawang lawan. Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan. Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.
"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laserpointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalamjarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna. Menurut Dr Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatan sementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di hadapan mata seseorang.

Alasan medis ini tentunya tidak diterima oleh para supporter Indonesia yang mengganggap bahawa itu adalah aksi provokasi dan penghinaan terhadap Timnas kebanggaan mereka. Ia juga sekaligus menyentap kekuatan Garuda dan ibarat belati yang mencalitkan luka pada sang gagah untuk mengalih tumpuannya. Berbagai tuduhan, kutukan dan tohmahan dilemparkan oleh masyarakat, meletus bagai Gunung Merapi yang tidak tertahan lagi memuntahkan laharnya yang maha dahsyat.

Sibuk diperbincangkan di televisi, situs-situs layar maya, dikampus, di masyarakat. Ada yang menaggapinya secara sangat negative, ada yang menanggapinya secara positif dan menjadikannya sebagai pembakar semangat. Tak kurang juga yang berbalik arah dan meletakkan kesalahan pada tim Merah-putih tersebut. Dari pihak Malaysia juga tidak mahu kalah. Sengaja mendabik dada seakan kemenangan sudah di genggaman. Sengaja tambah menyiram minyak ke bara api yang marak menyala. Akhirnya saling perang mulut. Perang tulisan. Kata mengata.Perang media dan sebagainya dengan tujuan saling menyakiti hati dan mencalarkan kehormatan Negara. Provokasi-provokasi/ isu-isu yang pernah terjadi sebelumnya timbul lagi di permukaan sebagai upaya untuk menambah bara. Isu antara Negara kembali dibahas. Asli rumpun yang sama saling caci mencaci, keji mengeji. Berkata seenaknya tanpa mempedulikan orang yang mendengar atau membaca. Yang ada hanya memuaskan hati masing-masing.


Padahal kerana kesalahan individu-individu yang tidak bertanggungjawab, maka nama Negara turut terheret sama. Seperti kata pepatah melayu “kerana nila (pewarna) setitik, rosak susu sebelanga”. Jiwa menjadi sempit. Hati penuh hasad. Syaitan durjana tersenyum sombong kerna tidak perlu bekerja keras menghasut ummat Rasulullah. Fikiran diselimuti awan gelap yang tidak mahu nyah pergi.


Ah, betapa keadaan ini sangat menyesakkan. Gara-gara sebiji bola, sirna hubungan baik antara Negara, roboh sifat saling mempercaya. Hilang kebaikan yang menggunung sebelumnya. Lupa bahawa kita adalah saudara seagama. Yang bersumpah dengan nama Tuhan yang Esa. Bersyahadat dengan kalimah “La illaha illallah, Muhammadu Rasulullah”. Pudar akhlak Islamiah lupa segalanya.

Ya, gara-gara sebiji bola yang dicipta oleh sistem jahiliah. Perancangan jahiliyah yang telah berakar umbi dalam kehidupan. Jahiliyah yang sekarang pasti sedang bertepuk tangan bangga kerana berjaya melagakan kita. Dan kita ibarat boneka yang hanya menurut skrip cerita. Diperbudakkan oleh sistem kuffar yang sedang menghampiri keruntuhan. Dan yang berazam untuk menarik kita semua bersama dalam keruntuhan itu. Melatah dengan hal yang sangat kecil. Astagfirullahal adzim.. astagfirullahal adzim.. Malu rasanya pada Allah SWT, Yang Maha Menyaksikan. DIA sedang menyaksikan kebodohan kita. Kita mencalari kehormatan Rasulullah SAW yang mengajarkan kita akhlak yang tinggi “sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak” hanya kerana hal sepele. Kita menyakiti saudara sesama Muslim sedang prinsip ukhuwwah itu menghendaki kita untuk saling meraikan dan saling menjaga. Kita mengeluarkan perkataan busuk tanpa mengira ada tidak orang yang tersakiti kerana perkataan kita. Kita menunding jari menyalahkan orang lain tanpa meletakkan diri kita pada posisi mereka. Waktu menang di sanjung tinggi. Waktu kalah di biar tanggung sendiri.

Ini semua bukan corakan Islam. Ini semua bukan dari tarbiyyah Rasulullah. Orang mukmin itu sifatnya tenang bagai air yang mengalir. Dia tetap teguh sewaktu orang lain bergoncangan, tetap sabar ketika orang lain resah gelisah. Dalam berolahraga, dia berakhlak. Bersukan kerana Allah dan untuk mempertajam ukhuwah. Mengikut tata tertib. Berpakaian sopan menutup aurat. Jujur dan berakhlak menjadi modal utama. Di hatinya berolahraga untuk mempamerkan keindahan islam yang syumul. Yang supporter (penyokong) juga sama. Ada adab dan tata tertibnya. Saling menghormati. Saling menyemangati. Aduh, betapa indahnya Islam jika diterjemahkan ke dalam setiap lapangan kehidupan.

Semoga kekhilafan dalam permainan kali ini serta segala insiden yang berlaku didalamnya akan menjadi pengajaran bermakna buat kedua tim dan pengelola program. Dan semoga saja Allah SWT memberikan keputusan ya terbaik buat kedua Timnas Garuda Indonesia mahupun Skuad Harimau Melaya. Tidak usah pakai emosi. Nikmati saja permainannya. Lagi pula ia tidak lebih dari sebuah permaianan “11 lelaki mengejar sebiji bola”. Tidak perlu terlalu serius dalam menanggapinya.

Sebagai kesimpulan:

Kemarahan (pintu hasutan syaitan) + hawa nafsu + perancangan jahiliyah = masyarakat rendah nilai
Iman (x) ukhuwah (x) akhlak (x) baik sangka (x) saling menghargai (x) perpaduan / “bola”= 0 (hilang semua kebaikan)

Ahad, 26 Disember 2010

BAB 6 : SAYA MESTILAH MEYAKINI MASA DEPAN UNTUK ISLAM

0

Keimanan saya dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Justeru itu Islamlah yang paling ampuh dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat mengimbangkan tuntutan lahiriah dan rohaniah insan.

Allah berfirman:

Yang bermaksud: Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya! (Surah Al-Mulk, Ayat: 14).

A. Manhaj Islam Bersifat Rabbani.
Manhaj Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk kekal dan memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan peringkat.

B. Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat).
Manhaj Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri keinsanan dan ciri "infitah" (bersifat terbuka atau kelapangan) serta daya untuk menanggung kemungkinan-kemungkinannya. Ciri "infitah" ini mengatasi pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah cetusan dari "Sibghah Rabbaniyah"
itu sendiri.

C. Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah).
Keanjalan manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti "Sibghah" atau cara ini memberikan Islam kebolehan untuk berijtihad menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tidak ada nas, sama ada melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan sebagainya.

D. Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh.
Ciri manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakakan manusia. Sebab itu
Islam sahajalah yang mampu memenuhkan keperluan manusia, baik sebagai individu, mahupun sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Sama ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar negeri.

Allah s.w.t berfirman:

Yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

E. Kegagalan Sistem-sistem Ciptaan Manusia.
Kemudian saya harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta kegagalan yang dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di timur mahupun di barat. Sama ada yang berfahaman kapitalisme, demokrasi, liberal, sosialisme atau komunisme. Tidak syak lagi ini adalah kerana keterbatasannya, kelemahannya, sifat kesementaraannya dan hakikat ianya dari ciptaan insan.

Sabtu, 25 Disember 2010

TAZKIRAH : CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MUSLIM

1

3 golongan individu Muslim :

a) Zalim pada diri sendiri
b) Bersikap sederhana (dualism)
c) Mengutamakan kebajikan

a) Zalim pada diri sendiri
Walaupun mereka mengakui muslim, tapi sanggup membelakangkan ajaran Allah. Iman rapuh, tidak patuh. Golongan ini sudah ditentukan nasibnya oleh Allah yakni mereka akan di azab dan dihumbankan ke neraka akan tetapi mereka tidak kekal di dalamnya. Akhirnya mereka akan masuk ke syurga Allah jua kerana Allah telah berfirman bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan dia meyakini La ilaha illallah Muhammadu rasulullah, maka dia akan masuk syurga.



b) Bersikap sederhana (dualism)
Muslim yang bersikap sederhana. Golongan ini mempunyai pegangan yang kuat, tetapi sanggup menyimpang dengan melakukan larangan Allah dan melakukan maksiat lain. Imannya belum mantap dan mereka ini memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar agar mampu untuk tetap pendirian dan terus istiqamah melakukan kemakrufan dan meninggalkan yang mungkar.





c) Mengutamakan kebajikan
Golongan yang mengutamakan kebajikan. Golongan ini diberi gelar oleh Allah SWT sebagai golongan muttaqin, muflihun (golongan yang berjaya dunia akhirat) serta ibadurrahman..

5 kreteria golongan yang mengutamakan kebajikan:
a) Mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya
b) Bersikap lemah lembut terhadap sesama muslim
c) Tegas dank eras terhadap kekafiran
d) Berjihad pada jalan Allah
e) Tidak takut kepada celaan orang.

EMBUN HIDAYAH

0


* Sangat tersentuh pertama kali mendengar nasyid ini. Seakan merasai bahawa betapa nikmat hidayah itu masih memeluk diri kita hingga hari ini. Tapi kita sebagai manusia yang khilaf selalu sahaja lupa.. Sama-samalah kita hayati..

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH

Jumaat, 24 Disember 2010

A WISE MAN SAID..

0

There is few ways for the human to be born such as normal delivery, forcept, vacuum and Cesserian section. But there are countless ways of dying. As human, we cannot choose neither the way of birth nor death, but we can choose our way of life that will determine our home in “dunia & akhirah”. So my friend, let’s make our choice.. The best way is Islam..


~Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not the thing to be waited for it is a thing to be achieved~

^_^ [NHIH]

Khamis, 23 Disember 2010

KAKAK'S BIG DAY

0


Sibuk dengan laporan Patologi Klinik. Bebanan kerja yang banyak bertimbun di tambah dengan kesempitan waktu yang melilit membuatkan hormon-hormon stress seperti kortisol dan adrenalin terembes keluar membanjir saraf-saraf, merendam otak dan membuatkannya berada dalam posisi siaga. Sebenarnya praktikum ini tidak diwajibkan pun ke atas kami untuk di ikuti namun kerana sudah terlanjur mengambil ulang sistem hematologi ini, biarlah mampu memperbaiki nilai yang jelek.

Di celahan kekalutan otak menyusun maklumat, di samping kesibukan tangan menulis, terpandang kelibat kakak yang keluar masuk bilik sejak tadi. Esok, teman kamarku Kak Soolihah akan menghadiri Upacara Angkat Sumpah Dokter Muda, Es.Ked. Meskipun sebenarnya kami sama-sama sisa satu mata kuliyah yang harus di ulang, namun kakak paling bernasib baik antara kami kerana disediakan kelas terminal/ tutup strata/ kuliah penghabisan. Yang mana membolehkannya selesai sebelum acara graduasi (wisuda) sesi Disember. Sedangkan kami masih terpaksa berjuang mengikuti kuliah yang hanya akan berakhir awal Januari nanti.

Kakak kelihatannya bingung sendiri mempersiapkan apa yang perlu untuk besok. Pakaian TOGA (pakaian untuk majlis graduasi yang wajib di pakai sewaktu upacara besok) juga baru di bawa pulang. Baru coba-coba digayakan untuk memastikan baju tersebut lengkap menutupi aurat. Aneh melihat kakak yang begini namun tidak sempat meluang banyak waktu untuknya. Banyak hal yang kakak tanya hanya disambut dingin lantaran diri benar-benar malas untuk mengambil tahu tentang majlis graduasi buat masa sekarang. Maklumlah ujian juga belum menunjukkan "tanduknya" untuk tiba. Sudah diri utarakan padanya untuk bertanya pada teman-teman yang lain dan memperlengkapkan persiapan bersama mereka namun balasan kakak “ susahlah grad sorang-sorang”..

Kalimat yang cukup ringkas dan biasa namun bagai halilintar yang membelah langit hati. Ya Allah.. Allah sedang menegur perbuatanku. Astagfirullahal adzim. Mungkin diri ini dan sahabat-sahabat yang lain sedang berjuang dengan kesibukan masing-masing. Diri dan Nabila sibuk dengan laporan praktikum, kuliah yang sarat ilmu di jihat sini, sedang Ana dan Ummi pula sibuk dengan ujian demi ujian di samping kuliah yang menyesakkan di jihat yang lain untuk menggenggam sebuah masa depan. Mungkin pada fikiran kami masing-masing, tak mengapalah, kakak kan dah lepas (dah berjaya grad), tentu dia tiada masalah. Namun kami lupa, bahawa yang menghidupkan setiap momen di sini dan menyemangati kami adalah kerana kebersamaan ini.

Kakak akan mengangkat sumpah besok, hari yang sepatutnya amat bermakna dalam hidupnya sebagai calon dokter muda. Tapi kami sahabat-sahabat yang seharusnya berkongsi kegembiraan tersebut sebaliknya lenyap, tenggelam dalam dunia masing-masing. Kasihan kakak. Sendirian mengurus perihal graduasinya. Walaupun masih ada teman-teman lain yang bersamanya graduasi namun mungkin kebersamaan itu masih jauh lain terasa.. MasyaAllah.. kakak, maafkan kami.. Rasa bersalah serta merta menjerut.

Pagi-pagi lagi besoknya menelefon Ummi dan Nabilah. Untung mereka juga sangat supportive dan mahu untuk sama-sama foto. Berkongsi kebahagiaan kakak pada hari bersejarahnya. Ummi dan Ana siap menemani kakak ke Baruga (dewan graduasi) sebagai dokongan padu. Diri dan Nabilah tidak begitu bernasib baik kerana pagi ini harus mengikuti Kuliah Pakar Sistem Hematologi. Semoga hari-hari yang melenyapkan deria rasa ini akan kami tempuhi bersama.

Dan semoga peringatan dari Allah ini akan menjadi satu tarbiyah supaya diri lebih peka dan menghargai orang lain. Ya, menghargai itu bukanlah hal yang terlalu susah untuk dilakukan namun sering dilupakan lantaran hal-hal getir yang dilalui. Mengejar impian itu penting memang harus serius namun bukan bermakna kita perlu melupakan orang lain di sisi kita..

Kakak.. maafkan kekhilafan diri ini dan sahabat-sahabat.. moga kita akan bersama menempuh suka duka, saat susah dan bahagia, saat menangis dan ketawa. Dan semoga kita akan sentiasa menjadi sahabat yang mendokong iman. Bersahabat keranaNya..

Alfu mabruk kak.. Selamat menempuh alam baru..alam klinik..doakan kami.. Sayang kakak kerana Allah.

Rabu, 22 Disember 2010

NIGHT WALK

0

Hanyalah beberapa kata-kata yang ditemui sewaktu membaca sebelum tidur.. mungkin berarti untuk sesiapa..

# Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
Ini karena hal terindah di dunia itu adalah TIDAK TERLIHAT...

# Kita semua agak aneh...dan hidup sendiri juga agak aneh...Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan KASIH SAYANG DAN CINTA..

# Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh

# Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri..dan menyadari..bahwa penyesalan tidak seharusnya ada..HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau buat.

# Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kami meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

# Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Selasa, 21 Disember 2010

BREAKING A TRUST

2


Mengalami suatu kejadian yang sangat berbekas di hati pada hari ini. Seorang teman yang terpercaya telah melakukan sesuatu hal yang menurutku agak melampaui batas. Kebohongannya bahkan mengheret pihak lain yang tidak bersalah ke kancah permasalahan. Fitnah tersebar. Orang yang tidak pernah tahu menahu punca kekalutan menjadi mangsa keadaan. Benar-benar kacau. Bahkan hampir mengganggu kedamaian persahabatan antara orang lain. Untung akhirnya mahu untuk berterus terang. Tapi keadaan sudah agak parah.

Astagfirullahal adzim. Mungkin bagi temanku itu, dia hanya mahu bergurau (sengaja mencari gara-gara). Atau ingin melihat ketegaran diri dalam menghadapi sesuatu situasi. Ntahlah diri juga tidak jelas apa tujuannya bertindak sedemikian. Tapi yang jelas diri benar-benar kesal. Pertama kali menghadapi situasi seperti ini. tidak tahu mahu bertingkah bagaimana.. Aduh, astagfirullahal adzim.. ampunkan diri ini Ya Allah.. bersihkan hatiku dari prasangka.. Ya, barangkali dia kurang tahu adab dalam bersahabat.

ADAB BERSAHABAT

Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.’

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan. Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat, pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan. Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’

BAIK BURUK PERANAN HATI

Sabda Rasulullah SAW:
‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa.

Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:

‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’

Suatu yang sangat dituntut terhadap seseorang muslim ialah pergaulan sesama saudaranya wajib dilakukan dengan baik serta menggembirakan saudaranya. Dengan kata lain tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang boleh melukakan hati atau menyusahkannya, serta rasa terganggu dan serba salah yang membawa ke arah mendukacitakan. Tanggungjawab ini amat dituntut di dalam Islam sepertimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.:

‘Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya sepertimana dia kasih terhadap dirinya sendiri’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali untuk menyakiti hati saudaranya, ataupun kawannya menyebabkan saudaranya kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam al-Quran dan al-Surmah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar walau apa cara sekalipun.

Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’

(Riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba bagi menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu keperluan atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu mengejar sesuatu kerjaya dalam hidupnya. Adalah tidak wajar orang lain menghalangnya bahkan dianjur supaya memberi bantuan ke arah usaha tersebut agar segera diperolehinya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya ke arah memberi pertolongan terhadap saudaranya untuk mencapai sesuatu hajat sepertimana dinyatakan di dalam hadisnya yang berbunyi:

‘Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.’

(Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)

Melalui suruhan Rasulullah terhadap umatnya sepertimana yang difahamkan dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjadi suatu kewajipan ke atas orang muslim untuk berusaha bagi mengelokkan pergaulan sesama manusia dengan memberi pertolongan, bantu-membantu antara satu sama lain. Apabila terdapat sesuatu permusuhan atau pertengkaran bersegeralah untuk mendamaikan mereka.

*gambar sekadar hiasan
Subhanallah betapa indahnya Islam mengatur kehidupan kita hingga memenuhi hak sahabat juga di ajarkan.. Ikhlaskanlah Ya Allah.. bantu diri ini untuk memaafkan. Bantu diri untuk melihatnya dari kaca mata kasih sayang. Jangan Dikau biarkan hati ini terus hanyut dalam kekecewaan hingga diri bertindak menjauhinya Ya Allah..

Sedikit sebanyak kejadian hari ini membantu diri untuk bermuhasabah kembali. Mengimbau adab-adab bersahabat yang diajarkan oleh Islam. Boleh jadi selama ini, ada hal yang telah diri lupakan, ada hak sahabatku yang tidak tertunaikan. Astagfirullahal adzim.. mungkin kerna banyaknya khilaf diri terhadap sahabat-sahabat di sekitarku hingga Allah SWT membiarkan diri menghadapi situasi ini. sebagai tarbiyah sekaligus kifarah ke atas dosa-dosaku yang menggunung tinggi.

Sahabatku, maafkan kekhilafan diri ini. Untuk hati yang terguris kerana lisan ini, perbuatan yang mencalar peribadi, untuk perhatian yang sangat kurang lantaran kesibukan yang sangat menjerat, untuk janji yang tak terpenuhi,untuk aib yang tidak tertutupi, untuk hak yang tidak tertunaikan, untuk nasihat yang tidak membantu iman.. Mohon jutaan kemaafan dari lubuk hatiku yang terdalam.

Sabtu, 18 Disember 2010

PUBLIC SPEAKING

0


Segala puji hanya kepada Allah, dzat yang menciptakan alam yang luas terbentang. Dzat yang maha tahu akan setiap yang terlintas di hati ini. Tuhan yang Maha Tahu batas diri.. Selawat dan salam buat Rasul junjungan. Yang telah mewariskan kita risalah suci yang tiada cacatnya.

Mengikuti program yang dianjurkan oleh adik-adik juniorku “Dokter Muda Anggun Bergaya”. Yang menjadi sasaran program adalah adik-adik mahasiswa baru yang baru saja menjejakkan kaki ke bumi Makassar. Permulaan program masih saja lancar hingga tiba-tiba Kak Aza yang seharusnya menyampaikan isi program (pemateri) tiba-tiba berhalangan untuk datang. Secara terpaksa diri telah ditunjuk untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

MasyaAllah sewaktu permasalahan itu diutarakan, menggeletar hipotalamus mentafsirkan lantas dihantarkan impuls-impulse saraf ke kelenjar adrenal, maka terembeslah hormone adrenalin, hormone yang meningkatkan tekanan darah, menyempitkan pembuluh darah dan melebarkan saluran pernafasan. Jantung berdegup kencang. Nafas terasa sesak bagai ada bebanan yang menghimpit dada. Lidah kelu hampir tidak mampu untuk berbicara. Astagfirullahal adzim.. betapa tidak mampu dan tidak layaknya diri ini untuk melaksanakan amanah yang maha berat ini Ya Allah..

Sebentar, Kak Aza menelefon. Apa yang amat terkesan di hati ini adalah kata-kata Kakak murrabiku itu bagaikan teguran lansung dari Allah. Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah dengan izin Allah. Penyusunan Allah untuk mentarbiyah diri kita. Diri sebenarnya sangat lemah dengan “public speaking”.. terasa bergetar jiwa, buntu idea dan sebagainya. Tapi ternyata Allah berkehendak lain. kata Kak Aza, memang kita takkan mampu untuk mengatasi kelemahan kita dan takkan mampu melepasi batas kemampuan kita melainkan kita harus menjadikan diri kita “mampu” untuk deen ini. Islam yang kita cintai akan menjadi asbab yang kuat untuk mendorong motivasi kita.

Dalam memberikan ucapan, tidak perlu kepada suara yang lantang, tidak perlu juga kepada ceramah yang berkobar-kobar. Kerana untuk menyentuh hati itu, harus bercakap telus dari hati. Dimensi akal dan hati itu adalah dimensi yang berbeda. Jadi untuk menyentuh hati itu harus melalui sudut yang tepat, “right angle”..lansung menembus tepat ke hati. Dan untuk mencari sudut yang tepat itu tidak mudah kecuali memohon dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, Pemilik mutlak hati yang berbolak balik.

Teringat kisah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna yang suatu ketika setelah menyampaikan ceramah di suatu kota, beliau ditanya oleh sahabatnya Umar Tilmisani “wahai sahabatku, sewaktu kamu menyampaikan ceramah tadi, aku lihat ramai di kalangan hadirin yang bersembang (ngobrol) sesama mereka di belakang” lantas apa yang dijawab oleh IHAB sewaktu itu, “kalaulah ada satu orang (satu hati) yang tertarik pada Islam lantaran ceramahku, itu sudah lebih dari cukup. Cuma satu orang”.. Subhanallah.. ini buktinya Al-Imam juga tahu betapa yang susahnya untuk menyentuh dimensi hati seseorang dan betapa hidayah itu milik Allah. Tetapi jika Allah memberikan hidayah kepada seseorang melalui tangan kita, itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Yang paling penting itu kita jelas dengan matlamat yang kita bawa. Matlamat untuk menuju kepada Allah SWT dalam keadaan apapun. Apabila menjadi mahasiswa, jadilah mahasiswa yang cintakan ilmu dan mengejar ilmu kerana Allah. Apabila menjadi dokter, jadilah dokter yang mengharapkan kesembuhan dari Allah, membantu manusia melanjutkan hayatnya dengan harapan orang tersebut akan mengenali Allah. Menjadi dokter untuk memberikan qudwah hasanah (contoh yang baik) kepada manusia. Itulah tujuan kita. Supaya apa yang kita lakukan akan punya nilai ibadah dan amal soleh di sisi Allah. Sesungguhnya dunia hanyalah mampir sebentar. Kita tidak tahu di mana penghujung hidup kita. Jadikanlah hidup kita ini sentiasa bermakna dan terpandang mulia disisiNya.

Ya setelah mendengar dan kembali memperbetulkan niat, hati lebih tenang. Rembesan hormone adrenalin sepertinya sudah semakin berkurang. Detakan jantung kembali normal. Kepada Allah doa dan pengharapan diharapkan.. “Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menyampaikan agamaMu”.. Bismillahi tawakkal tu alallah..

Jumaat, 17 Disember 2010

SABAR MENANTIKU

0


Di saat El Nino La Nina menjarah relung hati,
Langit cerah berubah mendung seakan memahami,
Awan hitam sarat mengandung hujan berarak melintasi,
Seakan tidak sabar lagi untuk memuntahkan rintik-rintik suci

Saat itu aku hanya duduk sendiri,
Bertafakur menghitung kenistaan diri,
Terkapai dalam mencari-cari,
Penawar untuk menyembuhkan luka yang parah menjerat urat nadi

Kau hadir tepat di kala aku memerlukan teman
Mungkin kerna kaget bibirmu terkunci diam
Namun aku tahu otakmu berfikir dalam
Untuk membantu melepaskan bebanan yang membungkam

Kau yang selalu padat nasihat hari ini kaku untuk berbicara
Gusar andai luka yang tercalar, tambah berdarah dek kata
Bimbang juga bertingkah jangan sampai mengguris rasa
Aku tahu temanku, matamu telah menjelaskan segalanya

Temanku,
Tinggallah sebentar lagi disisiku
Aku ingin menangis semahu-mahu
Meluahkan segala kegalauan yang terpaku
Kerna hanya engkau yang sanggup menunggu

-puisi sembarang-

[terinspirasi dari sebuah mimpi]

18 Disember 2010

7.47 am

*terima kasih teman atas kesabaranmu terus menantiku di persimpangan waktu
* sesungguhnya Allah menjadikan perempuan itu kuat supaya ia bisa menopang dunia, lantas Allah kurniakan air mata supaya kita bisa melepaskan perasaan kita. Jadi apabila merasa terbeban dan langit mendung di hatimu, kalaulah menangis itu boleh membuatkan kamu lega, maka menangislah.. namun jangan terlalu larut di dalamnya..

ALLAH MENYINTAIMU LEBIH DARI YANG KAU PERLU

0


Tuliskan rencana hidup kita dengan sebuah pensil, tapi berikan penghapusnya kepada Allah SWT. Biarkan Allah menghapus bagian-bagian yang salah dan menggantikan dengan rencanaNya yang indah di dalam hidup kita. Kerana Allah selalu tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita minta dan Allah tidak henti-henti memenuhi keperluan kita , selama kita berusaha untuk memenuhi keperluan kita sendiri.

"Sesungguhnya Allah menyintaimu lebih dari yang kau perlu"

-IRSYA-