Skinpress Rss

Jumaat, 22 Oktober 2010

TERPATRI SEBUAH JANJI

0


Perkara yang sangat dituntut terhadap orang Islam ialah menunaikan janji setelah berjanji sama ada sesama muslim ataupun sebaliknya. Menunai setiap apa yang dijanjikan sangat dituntut dalam Islam sama ada perkara yang dijanjikan itu kecil ataupun besar selagi perkara itu tidak membawa kepada maksiat atau pergaduhan.
Firman Allah dalam al Quran:

‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’
(Surah: 34)

Dalam ayat di atas Allah s.w.t. menyuruh semua hamba-Nya supaya menepati janji apabila dia berjanji dan hendaklah berpegang dengan janji apabila seseorang itu telah berjanji pada waktu dan tarikh yang dijanjikan. Maka hendaklah dia tunaikan pada waktu dan tarikh yang telah dipersetujui itu, walau apapun halangan mestilah menepatinya. Peningkatan prestasi serta lambang keperibadian muslim yang baik dan disenangi adalah terletak pada ketegasan dalam menepati janji. Andainya terdapat sesuatu yang tidak boleh dielakkan, hendaklah dibatalkan ataupun diubah tarikh dan waktunya secara terbaik seperti isytihar kalau beranji dengan pihak umum atau secara telefon sekiranya dengan individu, supaya pihak lain tidak ternanti nanti.

Menunaikan janji adalah diwajibkan ke atas setiap muslim yang membuat janji tidak terkecuali melainkan apabila terdapat keuzuran, maka ia boleh ditangguhkan ataupun sebagainya sepertimana telah dijelas di atas tadi. Persoalan menepati janji amat dituntut dalam Islam kerna menepati janji ini merupakan penyempurnaan keperibadian seorang muslim dalam agama Islam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.

‘Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam berjanji amat penting untuk mengingati dan ditunaikan kerana nilai diri seseorang muslim sebahagian daripadanya terletak pada kedudukan dan tanggungjawab menepati janji. Seandainya berjanji dan seringkali tidak ditepati maka kepercayaan orang lain terhadap seseorang itu semakin menurun dan berkurangan. Sebab itulah jangan mudah menerima janji serta berhati-hati terlebih dahulu, sekiranya diterima adakah boleh ditepati atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w. amat berpegang dengan janji. Setiap janji Rasulullah tidak pernah mencuaikannya bahkan dia tunggu sehingga pihak yang dijanjikan itu datang menemuinya. Kisah ini sepertimana didwayatkan dalam satu hadis daripada Abdullah bin Abi alHamsa' ra. berkata:

‘Aku telah membuat satu perjanjian dengan Rasulullah sebelum dia dibangkitkan menjadi Rasul, dengan menjual suatu barang, setelah terdapat baki yang tidak dapat diselesaikan ketika itu dan aku berjanji untuk datang menyelesaikannya di suatu tempat, maka aku terlupa perjanjian yang dibuat bersamanya. Kemudian aku teringat selepas tiga hari maka aku datang. Tiba-tiba aku dapati Rasulullah berada di tempat itu, lalu beliau berkata, "Wahai pemuda! Sesungguhnya kamu telah menyusahkan ke atas aku, aku berada di sini semenjak tiga hari menunggu kamu".
(Riwayat Abu Daud)

Dari hadis di atas timbul persoalan mengapa Rasulullah amat berpegang pada janji sehinggakan beliau sanggup tunggu sampai tiga hari berturut-turut? Untuk menjawabnya perlu dijelaskan kedudukan janji pada syariat. Ia merupakan suatu tanggungjawab sebagai satu amanah yang mesti ditunaikan antara dua orang yang berjanji, setelah dipersetujui antara dua belah pihak, maka apabila mengingkari perjanjian yang telah dipersetujui bererti mengabaikan amanah. Oleh itu kedudukan orang yang demikian adalah munafik sepertimana dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut di atas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sebab itulah umat Islam disuruh menunaikan janji apabila mereka berjanji. Sekiranya diragui tidak dapat menunainya jangan sekali-kali membuat janji, kerana ia adalah berat dan membawa kepada salah satu tanda daripada tanda-tanda munafik. (Rujuk Ibnu Haiar Al-Asqalani. 1978. hlm. 218, juzuk 22) Seorang penyair telah mengambarkan sikap mungkir janji dengan tujuan untuk menghindarkan daripada sikap tidak menepati janji bila seseorang itu berjanji dengan katanya:

‘Jangan kamu merungut apabila suatu masalah tidak dapat diatasi. Sesungguhnya penyempurnaan terhadap satu janji dalam suatu perkara dengan perkataan "Ya". Sebaik baik perkataan “Ya” selepas "Tidak", dan seburuk buruk perkataan "Tidak" selepas pengakuan "Ya". Sesungphnya "tidak” selepas "ya”, suatu yang tidak diingini. maka dengan perkataan "tidak", mulalah meringan meringankan tanggungjawab, dan mulalah hidupmu dipandang ringan yang membawa penyesalan selama lamanya. Dan apabila kamu berkata "Ya", maka sabarlah terhadap kesanggupan itu, dengan tujuan menjayakan perianjian bagi mengelak bersalahan janji untuk menjauhi dari kamu dikeji.

Mengingatkan martabat janji, muhasabah kembali diri. Selama ini tidak terlalu menitik beratkan betapa seriusnya sebuah janji itu hingga terkadang diri dengan senang membuat janji yang sendiri tidak pasti sama ada mampu atau tidak untuk ditepati. Salah satu janji yang paling serius buat masa sekarang, adalah janji untuk berkumpul semula dengan anak-anak KKN Tolbar pada 10 tahun akan datang di rumah Hj. Tewa di Jeneponto. Ya, 10 tahun dari tarikh penarikan (pulang ke Makassar) tempoh hari. 26 Agustus 2020.

10 tahun itu bukanlah suatu jangka masa yang pendek. Banyak hal yang bisa dan akan berlaku dalam 10 tahun ini. Nak melalui dunia klinikal (coas), 2 tahun.. mungkin juga 2 tahun setengah. Graduate (wisuda) tahun akhir, pulang ke tanah air dalam 2012-2013. Masih ada 7 tahun ke depan. Housementship 2 tahun, masih ada 5 tahun ke depan. Bagaimana nanti kalau sudah banyak hal serius yang harus difikirkan hingga terlupa janji yang pernah ku buat? Ataupun tiba-tiba hilang ingatan? Tambahan apabila jarak dan sempadan Negara yang makin jauh memisahkan. Adakah diri mampu untuk mendapatkan cuti (libur), dan tiket pesawat tepat waktu? Astagfirullahal adzim… semoga Allah memeliharaku dari sifat memungkiri janji..
Wahai diri, belajarlah untuk lebih peka dan berhati-hati dalam mematri janji. Jangan sampai janji yang kita sendiri buat menuntut kita di akhirat dan ia menghumban kita ke neraka Jahannam.. Nauzubillahi min dzalik.

*wahai sahabat-sahabatku, teman-teman serta siapa saja yang pernah menerima janji dariku tetapi tidak kupenuhi pada waktu yang lalu, tidak lain yang bisa kuucapkan pada kalian kecuali minta ampun dan mohon maaf yang tidak terhingga atas kekhilafanku.

0 ulasan:

Catat Ulasan