Baru sahaja selesai salah satu proses rasmi jenjang pendidikan yang harus dilalui sebagai mahasiswa. Hari ini rasmi kami diiktiraf sebagai sarjana kedokteran, S.Ked dalam majlis konvokesyen (wisuda) periode Mac/ Maret 2010-2011 yang membolehkan kami beranjak ke jenjang pendidikan seterusnya yakni dunia praktikal. Segala ilmu yang didapatklan sebelumnya diharap akan dapat digunakan saat kami menjalankan tugas di hospital (Rumah Sakit) nanti.
Kata orang, perubahan hidup ke alam klinikal (koas) memerlukan waktu untuk penyesuaian. Kerna kalau di sewaktu pre-klinik masih ada waktu hujung minggu untuk istirehat, belajar hanya lewat buku-buku teks dan journal terbaru, tapi memasuki alam klinikal, kita akan berhadapan sendiri dengan pelbagai ragam masyarakat dan melihat gejala-gejala klinis yang timbul ada penderita penyakit tertentu. Itu pasti akan menjadikan pembelajaran makin mudah difahami dan ilmu yang diperoleh selama ini akan digunakan untuk memberi manfaat kepada orang banyak.
Gusar juga diri andai kesibukan dalam menuntut ilmu nantinya akan menyibukkan diri dari mengingati Allah dan menjalankan ibadah harian secara rutinnya, namun hakikatnya setia amalan kita yang disertai niat baik dan hanya kerna Allah, maka ia adalah ibadah. Kata senior-senior, justeru masuk kea lam klinikal inilah, terbukanya ruang-ruang untuk beribadah dan meningkatkan ubudiyah kepada Allah. Kerna kita dibangunkan tidak mengira waktu untuk merawat pesakit/pasien, nah dari situ atas alasan apa kita susah sekali mahu tunduk bersujud kepada Allah SWT barang beberapa rakaat sedang kita tahu bahawa Allah sangat menyintai hambaNya yang mengerjakan solat malam. Begitulah juga hal yang lainnya.
our photos..


0 ulasan:
Catat Ulasan