Skinpress Rss

Isnin, 7 Mac 2011

INVESTMENT SAHAM AKHIRAT

0


Wang.. Wang.. Wang..

Berbicara masalah dunia hari ini pasti takkan pernah terlepas dari membahaskan masalah kewangan. Majoriti dari masyarakat hari ini menjadikan wang sebagai subjek utama kehidupan. Ungkapan “kalau tak de duit, macam mana nak hidup?” “ ingat beli beras pakai pasir ke?” selalu terdengar. Hasilnya semua orang sibuk mengendalikan perniagaan (business) yang boleh menghasilkan wang.

Dari yang tak punya modal pusingan hinggalah yang berkelulusan professional. Dari anak sekolah rendah (SD) hinggalah yang sudah menjawat gelar doctor pHD. Yang jurutera (engineer) sibuk dengan business di internetnya, yang sudah jadi dokter pakar kecemasan dsb (spesialis gawat darurat) sibuk dengan direct sellingnya. Yang medical student juga ikut sibuk dengan business makanan buat minda, supplemen dan sebagainya. Pokoknya semua orang sibuk dalam menghitung dan mengumpul keuntungan dunia.

Bukan salah untuk mencari harta dunia namun harus kita waspada. Kerna takutnya dunia yang menjadi tujuan kita bukan lagi akhirat yang sepatutnya. Kata seorang bijak “jika kamu mengejar dunia, maka dunia akan lari. Tapi jika kamu mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarmu.” Hidup kita bukan hanya didunia. Masih ada lagi kehidupan akhirat yang kekal abadi menanti. Sabda Rasulullah SAW:

“Orang yang paling pintar dikalangan umatku adalah yang paling banyak ingat mati dan yang paling bersedia menghadapinya”
[HR Abdullah Ibnu Umar]

Terkadang kerna wang, manusia lupa keluarga, lupa sanak saudara. Ini dibuktikan apabila ibu bapa meninggal, mulalah adik beradik bergaduh dan ada yang sampai sanggup saling berbunuh gara-gara merebutkan harta pusaka peninggalan orang tua. Padahal adik beradik itu harusnya berkasih sayang dan saling membantu.

Kerna wang, jarang yang mahu menghulurkan sedekah, membantu anak yatim, fakir miskin dan orang yang membutuhkan. Kata mereka “ kenapa pula aku yang harus beri? sedangkan aku yang bersusah payah mencari harta siang dan malam”. Mereka lupa kalau dalam harta itu ada zakat yang menjadi hak fakir miskin dan anak yatim.

Harta benda itu sebenarnya adalah milik Allah. Ia dipinjamkan kepada kita sebagai nikmat dan ujian. Siapa yang bijak mengurusnya akan mengaut keuntungan dan siapa yang tamak haloba tidak lain hanya akan menanggung kerugian yang besar. Orang yang benar-benar kaya bukanlah orang yang banyak harta dunianya sebaliknya orang yang berjaya mentransferkan harta dunianya menjadi saham akhirat.

Ayah pernah menasihati, dalam memenangi hati mutarabbi perlu invest. Belanja mereka makan (traktir), belikan mereka hadiah (ole-ole/kado). Luangkan masa untuk lebih dekat dengan mereka. Sediakan diri untuk mendengar keluh kesah mereka. Semua dalam rangka untuk memenangi hati. Jangan pernah merasa berat dan kedekut untuk mengeluarkan harta di jalan dakwah ini kerna itu sebenarnya investment akhirat kita. Modal awal dalam urusniaga dengan Allah. Setiap sen yang kita laburkan itu insyaAllah akan ditukarkan oleh Allah SWT sebagai saham pahala yang berlipat ganda.

Menurut teori miroekonomi, harga sesuatu produk berkadar lansung dengan hubungan antara permintaan serta input dan output. Jika input dan output bergaris datar sedangkan permintaan meningkat, maka harga juga akan meningkat. Sedangkan jika output meningkat sedangkan permintaan menurun, harga juga akan menurun. Jika input dan output menurun sedangkan permintaan masih dalam garis datar, harga akan meningkat. Investment juga hanya membolehkan objek yang bernilai untuk dijadikan modal atau tukaran. Contohnya seperti wang ringgit, tanah, properties (rumah, kereta, emas dll). Modal dan saham juga akan mengikut kepada keadaan ekonomi semasa dan berkemungkinan untuk mengalami susut harga yang fatal dan merugikan. Kesimpulannya setiap perniagaan itu punya potensi dan resiko untuk mengaut keuntungan mahupun menanggung kerugian.

Berlainan halnya dengan peraturan perniagaan dengan Allah. Setiap investment pasti akan mendatangkan keuntungan buat pemodal. Tidak kira dalam suasana ekonomi yang bagaimana sekalipun keuntungan itu tetap terjamin. Kita juga boleh menggunakan sebarang object sebagai modal investment seperti harta benda, masa, tenaga, anggota badan, ilmu, kemahiran dll. Tiada batasan. Firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung”

[surah At-Taubah; 111]

0 ulasan:

Catat Ulasan