a) Zalim pada diri sendiri
b) Bersikap sederhana (dualism)
c) Mengutamakan kebajikan
a) Zalim pada diri sendiriWalaupun mereka mengakui muslim, tapi sanggup membelakangkan ajaran Allah. Iman rapuh, tidak patuh. Golongan ini sudah ditentukan nasibnya oleh Allah yakni mereka akan di azab dan dihumbankan ke neraka akan tetapi mereka tidak kekal di dalamnya. Akhirnya mereka akan masuk ke syurga Allah jua kerana Allah telah berfirman bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan dia meyakini La ilaha illallah Muhammadu rasulullah, maka dia akan masuk syurga.
b) Bersikap sederhana (dualism)Muslim yang bersikap sederhana. Golongan ini mempunyai pegangan yang kuat, tetapi sanggup menyimpang dengan melakukan larangan Allah dan melakukan maksiat lain. Imannya belum mantap dan mereka ini memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar agar mampu untuk tetap pendirian dan terus istiqamah melakukan kemakrufan dan meninggalkan yang mungkar.
c) Mengutamakan kebajikanGolongan yang mengutamakan kebajikan. Golongan ini diberi gelar oleh Allah SWT sebagai golongan muttaqin, muflihun (golongan yang berjaya dunia akhirat) serta ibadurrahman..
5 kreteria golongan yang mengutamakan kebajikan:
a) Mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya
b) Bersikap lemah lembut terhadap sesama muslim
c) Tegas dank eras terhadap kekafiran
d) Berjihad pada jalan Allah
e) Tidak takut kepada celaan orang.

semoga sentiasa berusaha menjadi golongan yg terbaik di sisi ALLAH...insya'allah!