Skinpress Rss

Rabu, 1 Disember 2010

ZIARAH MAHABBAH

0


Bismillahi alhamdulillah.. segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerna dengan izinnya memberi ruang untuk kita terus bernafas di bumi bertuah ini. baru-baru ini ayah, ummi dan adik sempat menziarahi diri di bumi Makassar ini. walaupun kehadiran mereka cuma sebentar, namun ia amat bermakna buat diri terutama dalam menjana kembali status iman yang memerlukan momentum untuk bergerak jauh ke hadapan.
Sempat mempertemukan adik-adik junior dengan orang tuaku. Hanyalah sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman generasi awal dengan generasi baru.

Antara perbincangan yang menjadi isu utama adalah bagaimana untuk membentuk peribadi-peribadi atau figure yang Islamic. Melahirkan individu yang menterjemahkan Islam dalam kehidupan. Hatta setiap tindakan yang di ambil menggambarkan Islam itu sendiri. Dalam proses untuk membina peribadi ini, kita harus berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki diri kita dan menanamkan sifat-sifat mahmudah ke dalam diri. Firman Allah dalam Al-Quran: “corakan Allah, dan corakan manakah yang lebih baik daripada corakan Allah?”

Melihat suasana hari ini, masyarakat mengambil Islam secara sebahagian. Apa yang disukai di ambil sedang apa yang tidak di tolak ke tepi. Ayat Allah dijadikan bahan olok-olok..memang Islam dalam keadaan dagang. Seharusnya kita merasa takut dan cemas kerana semakin hilangnya sistem Islam dan figure-figur yang mencerminkan Islam pada hari ini. Sabda Rasulullah SAW: Islam datang dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dangang. Maka beruntunglah siapa yang mengambil Islam dalam keadaan dagang”.. kerana merasakan betapa dagangnya islam sekarang maka haruslah kita mengajak orang lain untuk kembali kepada Allah. Ada satu kaedah fiqh yang menyatakan “ islah nafsaka wa’u ghairuka” yang bermaksud perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain bersamamu.

Itulah kaedah dakwah yang harus kita jalankan sebagai khalifah Allah di buka bumi. Megajak orang lain dalam erti kata kita ingin bersama mereka, teman-teman kita, untuk meniti tangga taqwa, menggenggam tangan mereka kerana kita sayang pada mereka. Ingin bersama menuju syurga Allah. Ingin menggapai ketinggian hidup bersama Islam. Oleh itu kita harus kuat. Tetaplah istiqamah pada jalan Allah dan jangan terpengaruh dengan suasana yang tidak soleh yang mencengkam dunia.

Inilah dia saham-saham akhirat kita. Mengajak orang lain kepada Allah itu adalah amal soleh yang pandang oleh Allah SWT.. orang yang baik itu adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Selama kita bernafas di dunia fana ini, Allah memberikan kita peluang untuk kita mengumpul amal dan harta. Dan ketahuilah bahawa harta yang paling bernilai itu adalah harta yang boleh ditukarkan menjadi pahala. Bak kata seorang ulama’, “orang yang cerdas itu adalah orang yang bisa memanfaatkan hari ini untuk hari akhirat”

semoga pertemuan ini menjadi peringatan dan booster buat diri dan sahabat-sahabat juior yang ku kasihi kerana Allah untuk bergerak lebih aktif dan progresif untuk mengutip hati-hati yang lena untuk kembali pada agama yang haq ini..wallahu 'alam

-kita bukan kekurangan orang yang baik dalam masyarakat tapi kita kekurangan orang yang berjuang menegakkan deen Allah di muka bumi-

“semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang apabila bercakap, ia adalah pahala dan menggembirakan orang lain sedang apabila dia diam, ia menyelamatkan orang lain.”

0 ulasan:

Catat Ulasan