
Pejam celik pejam cilik, sudah 10 hari berada di Jeneponto. Hari ini terpaksa pulang ke Makassar berikutan notis pendek yang diperoleh 2 hari yang lepas. Harus menghantar softcopy flipchart bagi membantu proses pengeluaran nilai IKAKOM.
Selesai seminar awal, terus pulang dengan menaiki panter (kereta/mobil sewa yang membawa penumpang ke Makassar) bersama Wawan dan Winda. Pertama kali menimba pengalaman yang begini.. menaiki kereta dengan orang yang sama sekali tidak di kenali. Dan susah sekali mahu meminta untuk berhenti solat. Sesampai di Makassar Winda menghantar diri lansung pulang ke Rusun.
Kakak Soolihah sudah terlebih dahulu sampai. Gembira sekali pulang untuk bertemu sahabat-sahabat. Farhana juga pulang. Sebentar lagi mungkin dia juga akan sampai. Ummi besok baru akan pulang. Nabilah tidak dapat pulang lantaran dia baru pulang baru-baru ini disebabkan kekangan kesihatan yang tidak begitu bagus. Kebetulan hari ini hari lahir Ain. Kami keluar makan bersama untuk pertama kalinya setelah lebih seminggu tidak ketemu.
Setelah ummi sampai ke Makassar besoknya, rasa terubat rindu yang bersarang di hati. Masing-masing sibuk bercerita tentang pengalaman di tempat masing-masing. Inti kepada kepulanganj kali ini, kami sempat mengambil peluang untuk menjalankan usrah. Walaupun ianya tak lah seformal biasanya namun ia cukup untuk menjadi bekal menghadapi hari-hari yang mendatang.
Memandangkan semua orang juga tidak bersedia penuh, jadi usrah kali ini Cuma membacakan buku karangan Ummu Anas dengan tajuk tazkirah “Binalah Iman dan Taqwa”. Tajuk ini sangat sesuai dengan kebutuhan semasa kami yang ketika berada di Posko, tiada orang lain yang bisa membantu. Tiada teman yang selalu mengingatkan. Tiada murabbi yang bisa dirujuk. Semua berbalik pada iman di dada. Iman yang menjadi benteng dari kebatilan. Iman yang membolehkan kita berfikir dengan waras, membuat keputusan selari dengan syariat.
Hanyalah keimanan yang dapat memancarkan ke dalam hati, benih-benih kebahagiaan yang dirindui setiap diri. Dengan iman akan tercipta ketenangan, ketenteraman dan kepuasan. Dengan iman juga setiap diri akan terdorong melakukan amal soleh yang diperintahkan dalam Islam. Hanya diri yang beriman dan beramal soleh yang mampu mengajak insan lain melaksanakan sebarang bentuk kebaikan. Justeru itu, kita harus mengawal diri kita dengan iman dan memperindahkan akhlak kita dengan taqwa. Tanpa kawalan iman, nescaya runtuhlah segala kekuatan dan hancurlah segala kebaikan. Hati-hatilah dalam berfikir dan bertindak. Batasi segala keinginan dengan rasa takut kepada Allah. Itulah dia taqwa yang sentiasa menjurus diri dalam ketaatan dan kepatuhan.

0 ulasan:
Catat Ulasan