Skinpress Rss

Rabu, 11 Ogos 2010

SAHUR PERTAMA

1


Pulang ke Makassar untuk menjalani ibadah puasa yang pertama bersama yang tersayang. berpeluang berkumpul kembali dengan teman-teman sehalaqah.. Nabilah, Kak Soolihah, Farhana dan Ummi Kalsom.. setelah lebih dari 2 minggu di posko.

4.15 am.. bangun telat disebabkan semalam tidur lambat kerana menguruskan berkas wisuda (urusan graduasi. Jam 1 pagi baru tidur.. jadi jam 4 masih dalam mode tidur REM..tidur nyenyak.. alhamdulillah tersedar jua jam 4 lewat 15. melirik ke telefon genggam.. MasyaAllah 5 mesej masuk dari Ummi kalsom.. Ummi menanyakan samada perancangan yang kelmarin mahu sahur bersama..sebentar telefon berdering menandakan ada panggilan masuk.. farhana yang menelefon.. Rupanya dia sudah ada di depan pintu kamar. Ummi baru saja dikhabarkan supaya datang ke kamar.

Tergesa-gesa memasak telur mata sapi untuk semua.. memandangkan masa yang semakin singkat (mepet, sardin tidak sempat dibuat. jadilah bersahur dengan nasi kecap dan telur goreng. sangat ringkas tapi tetap bahagia kerana masih berpeluang bersahur bersama dengan sahabat-sahabat dunia akhirat.. walaupun hanya makan bersama tetap mengukuhkan ikatan yang terbina antara kita..

1 ulasan:

Catat Ulasan