Skinpress Rss

Sabtu, 10 Julai 2010

Dakwah Sebagai Bekalan Akhirat

0




Alhamdulillah, puji dan syukur hanyalah milik Allah SWT yang menjadikan Islam deen yang sempurna sebagai petunjuk bagi manusia dalam menempuh kehidupan di dunia ini. Yang telah mengutus nabi yang sempurn, untuk mentarbiyyah umat manusia menuju kemuliaan & kemenangan. Kami bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Ilah yang layak disembah dan dijadikan tujuan hidup kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad SAW adalah nabi dan Rasullah yang diutus membawa risalah keabadian.

Harus kita ketahui catatan perjalanan hidup manusia dari alam roh hingga alam akhirat. Dan kita kini berada di alam dunia. Yang mana alam dunia adalah ukuran Allah sebagai parameter pertimbangan amal manusia.



Antara yang boleh dikongsi di sini adalah betapa kita seharusnya perlu merasa sangat bersyukur kerana masih punya peluang untuk menjadikan dakwah sebagai bekalan akhirat kerana seperti yang kita ketahui, dunia adalah ladang akhirat. Tanamlah pohon-pohon amal agar kita layak memetik hasilnya di SANA.

Kata Syed Qutb:
“mukmin yang memikul dakwah dan tarbiyyah adalah orang yang memikirkan sesuatu yang hebat dan tinggi”

Jadi kita harus berusaha supaya kita berada dalam gerombolan tha’ifah ini (rombongan dakwah) dan kita jadikan dakwah dan tarbiyyah ini sebagai suatu hal yang penting (co-bussiness) kita. Janganlah kita menjadi orang yang sepertimana disebutkan oleh Syeikh Mustafa Masyur :
“ramai orang yang menyangka bahawa mereka berada di atas jalan dakwah padahal mereka sebenarnya hanya berada dipinggiran dakwah”

Untuk mula berada di atas jalan dakwah ini dengan thabat, kita perlu kepada nokhtah bidayah as-sohihah dan juga belajar dari madrasah Rasulullah. Mari kita singkap kembali tabir sejarah. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW membina para sahabat dengan iman dan melalui proses didikan iman. Itulah sebenarnya fase proses penanaman yang sangat kritikal yaitu proses penanaman aqidah. Hingga terlahirlah dari tangan baginda genul quran al-Farid.



Bertitik tolak dari situ, bukalah matahati kita. Lihatlah masyarakat yang ada pada hari ini. Mereka sedang berada di jurang kehancuran. Dari hari ke hari, mereka semakin parah dan tenat. Pandanglah mereka dari kacamata keimanan. Pandanglah mereka dari kacamata kasih sayang. Seperti kata Imam As-Syahid Hassan al-Banna kepada Abbas Asisi : “ sahabatku, inilah dia dakwah.. dakwah itu adalah apabila kamu merasa sensitive terhadap masyarakat.” Kita seringkali melakukan evaluasi berdasar kepada pencapaian kebendaan, bertunjang kepada natijah yang dekat, dan hasil yang cepat terlihat. Hingga kita merasa putus asa untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ayuh berhenti untuk menilai dari kacamata material.

Biar susah dan payah asal hati mampu berbahagia. Jangan biarkan hilang dari diri kita semangat juang dan himmah. Kobarkan semangat yang menyala-nyala untuk mengembangkan dakwah walau di mana kita berada. Antara amalan yang di anjurkan oleh IHAB dalam rangka membangkitkan semangat dan membangunkan himmah:- inilah sebenarnya amalan pembangunan ruhy.
a) Qiamulail
b) Riadhah
c) Ibadah sunat yang konsisten

Akhirul kalam, semoga perkongsian ini menjadi satu garis semangat untuk kita mengekalkan stamina dan mengukuhkan hati kita untuk berjuang kerana deen ini. Billah, fi sabilil haq..

0 ulasan:

Catat Ulasan