Skinpress Rss

Sabtu, 10 Julai 2010

Jiddiyah Dan Iltizam Dalam Amal Islami

0



Jiddiyah diertikan sebagai kekuatan dan kesungguhan sementara iltizam bermaksud konsisten dalam menjalankan amal islami tanpa mengenal erti penat dan jemu. Iltizam memerlukan stamina dan kekuatan untuk melaksanakan kerja islam dalam jangka waktu yang panjang. Tanpa jiddiyah dan iltizam, seorang pejuang takkan mampu terus duduk dalam dakwah dan tarbiyah.

Kenapa kita perlu kepada jiddiyah? Supaya seluruh manusia dapat merasai kemanisan menyintai Allah. Antara tanda-tanda lemahnya jiddiyah dan iltizam adalah:-
a) Tidak menunaikan janji pada Allah, Rasul dan diri sendiri.
b) Tidak mampu konsisten dengan amal Islami
c) Tidak boleh berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa
d) Tidak berpandu dan tidak mengikut aulawiyat

Faktor lemahnya jiddiyah itu terletak pada lemahnya iman kerana iman adalah sumber makanan jiddiyah dan iltizam. Tanpa iman, jiddiyah dan iltizam turut kurus tak bermaya. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengubati lemahnya jiddiyah adalah:
1) Perlunya matlamat yang jelas, kefahaman yang mantap sesuai tuntutan Allah dan ajaran Rasulullah. Fikrah itu perlu jelas dan mendalam supaya tarbiyah yang terhasil darinya adalah tarbiyah yang berkesan.
2) Perancangan individu dan jemaah. Kita harus menjadikan dan memastikan jiddiyah dan iltizam berjalan secara berterusan.
3) Berlakunya pengkhususan dan pengagihan kerja
4) Motivasi rabbani

Selesai penyampaian dan makan pagi jam 7.30 tepat. Tidak sempat menghantar sahabat pulang ke tempat penginapan lantaran harus menghadiri kuliyah pembekalan seawal jam 8 nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan