Jika kita lihat pada sirah juga, Rasulullah SAW bukan melahirkan ahli sufi sebaliknya melahirkan para mujahid. Berjihadlah dengan apa yang kita miliki.kerana jihad ini takkan berhenti sampai hari qiamat. Tingkat jihad yang paling rendah itu adalah jihad hati dan jihad yang paling tinggi adalah jihad fi sabilillah. Jihad lahir dari tarbiyah imaniyah. Itu juga matlamat tarbiyah kita pada hari ini kerana madrasah Rasulullah adalah ‘bench mark’ kita. Tarbiyah akan memandu kita dalam perjalanan jihad ini. untuk itu, tarbiyah perlu sentiasa dipertinmgkatkan dan di muhasabah kembali.
Pertingkatkanlah tarbiyah dzatiyah kerana tarbiyah imaniyah itu perlu sentiasa diperbaharui. Tarbiyah yang hidup di dalam hati akan membuatkan hati itu dapat merasai dan dapat membezakan antara yang haq dengan yang batil. Dan hati yang masih mampu merasai inilah yang dikatakan sebagai hati yang hidup. Di situlah nilainya harga manusia. Usianya bukan pada jasad tapi pada jihad.

Jika kita tinjau arus zaman globalisasi kini adalaha zaman yang mencarik-carik iman kita. Jika kita tidak menjaga iman itu, maka ia akan lusuh umpama lusuhnya pakaian. Dan ia akan turun.. turun serendahnya hingga ke dasar.bagaimana untuk menaikkan iman sewaktu ia turun dan bagaimana meningkatkan iman sewaktu ia naik?
Tidak lain dan tidak bukan kembalilah pada tarbiyah. Tarbiyah adalah satu-satunya wasilah untuk mencapai kemurnian Islam. Sesungguhnya jalan tarbiyah itu panjang dan susah ibarat menentang arus sungai yang deras, ibarat mendaki gunung yang curam. Bahkan lebih payah lagi. Oleh sebab itu, hanya sedikit yang mampu menongkahnya.
Namun hendaklah kita ketahui dan perjelaskan bahawa tarbiyah islamiyah adalah tarbiyah satu-satunya yang mempunyai manhaj dan matlamat yang jelas. Tarbiyah islamiyah memberi kesan pada jiwa. Tarbiyah islamiyah adalah proses nafas panjang. Ia adalah proses untuk menjadikan islam sebagai suatu lembaga kehidupan. Islam sebagai penyelesaian bukanlah disebabkan kegagalan sistem lain seperti analoginya Islam bukan menempel dalam bangunan jahiliyyah tapi kita harus runtuhkan bangunan tersebut.
“Islam takkan tertegak tanpa pahlawan dan pahlawan takkan terlahir tanpa tarbiyah”
Sentiasalah kita yakin dan bermuhasabah agar iman tidak tersasar dari landasan.

0 ulasan:
Catat Ulasan