Skinpress Rss

Ahad, 25 Julai 2010

TEMAN KECILKU

0


Menetap di kelurahan Tolo’ Barat selama lebih kurang 2 bulan benar-benar memerlukan diri untuk melebarkan sayap perkenalan. Ya, perkenalan kunci kasih sayang.. perkenalan pintu perpaduan.. Maha Pengasihnya Rabbul Izzah kerana member peluang pada diri untuk berkenalan dengan teman kecilku.. saham akhiratku.. ada ramai dikalangan mereka yang menanti huluran tanganku. Tinggal diri menyapa mereka dengan senyuman hangat dan salam kemesraan.

Teman pertamaku, Patri namanya. Cucu kepada tuan rumah yang ku tempati. Cucu Haji Tewa. Kini berusia 11 tahun. Pelajar kelas 6 Sekolah Dasar berhampiran. Patri seorang gadis yang cerdas. Sangat bersahabat dan matang dalam menyusun bicara. Huluran tangan yang hangat menyambut tamu yang berkunjung membuat diri terasa seperti pulang ke kampong sendiri.

Kurnia, adalah salah satu teman Patri yang paling akrab. Usia mereka hampir sebaya. Yang mengikat akrab antara Kurnia dan Patri adalah pertalian darah yang menghubungkan mereka. Patri & Kurnia adalah sepupu di sebelah ibu. Gadis tembam 11 tahun ini juga tak kalah peramahnya. Kaya dengan informasi setempat tentang sejarah kampong dean keluarga. Walaupun masih seorang gadis sunti, Kurnia adalah seorang gadis yang sangat menepati janji. Pernah suatu hari, Kurnia berjanji untuk membawa diri ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat magrib berjemaah. Kebetulan kami pulang dari riadhah agak telat hari itu. Ditambah cuaca senja yang ditemani hujan lebat seakan tidak bersahabat. Ku sangka Kurni tidak jadi datang. Sejurus, terdengar ketukan di pintu depan. Kurnia datang bersama paying merahnya. Kain bagian bawah telah lencun disapa hujan. “ayo ke mesjid kak fuza” sapanya sambil tersenyum polos. MasyaAllah, rasa haru bertandang di jiwa tatkala melihat kesungguhan gadis kecil itu datang menjemputku. Segera, tas alat solat ku capai dan beriringan dengannya ke mesjid pinggir jalan.

Mirda, 13 tahun baru mahu melangkah ke SMP. Mirda adalah gadis sunti yang paling luas pengaruh sosialnya. Senyuman manisnya mampu menyejukkan mata yang memandang. Bagai siraman hujan yang membasahi bumi gersang. Mirda anak pintar. Pandai bergaul dengan orang tua dan bijak melayani anak-anak. Tidak hairan, Mirda amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat.

Nurmi lain lagi halnya. Gadis kecil 10 tahun itu banyak bercerita perihal keluarganya. Tentang kakaknya yang telah lulus sekolah dan menikah, kakaknya yang belajar di luar negeri, perniagaan ibunya dan sebagainya. Nurmi juga pandai mengulas demografi kelurahannya selain mengurai lengkap jenis bentuk dan budaya rumah di sini. Tidak ketinggalan juga berkenaan ternakan dan tanaman warga kampong.

Selain Patri, Kurnia, Mirda dan Nurmi, masih ramai teman kecilku yang sentiasa setia berteman disisi. Antaranya ada Sinar, Dila, Dina, Anah dan yang paling kecil Dini yang berusia 2 tahun.

-Sinar-

-Dila-

-Anah-

-Dina-
Menongkah hari demi hari di Tolo’ Barat semakin ramai kenalan kecilku. Teman yang menghiasi persada hidupku. Sekaligus hadir untuk menjadi bahan tarbiyah buatku. Banyak hal yang kembali diperingati dari anak-anak ini. Antaranya adalah sifat-sifat mahmudah yang lahir dari fitrah yang suci. Sifat itu seakan makin kelam, tenggelam dalam awan kesamaran beriringan dengan usia yang mendewasa. Sifat-sifat itu harus digilap kembali biar bersinar cemerlang dalam kehidupan.

0 ulasan:

Catat Ulasan