Skinpress Rss

Ahad, 11 Julai 2010

HARI 2 : ADAPTASI LINGKUNGAN

0


-bersama teman-teman kecilku di rumah ibu yang menjual sayur-


Hari kedua di Posko. Seawall pagi, kak Ani sudah memasak nasi dengan telur sebagai pembuka hari yang indah. Untuk hari ini masih belum mulai menjalankan aktiviti kerana kata Kordes, kami akan memulakan tugas pada hari Isnin nanti.

Jam 10.00 pagi. Teman kecilku datang menemani kami membeli sayur. Berjalan mengelilingi kampong benar-benar member udara yang segar. Sambil mencari sayur sambil berkenalan dengan warga setempat. Alhamdulillah, tiba dirumah penjual sayur, kami dijemput naik ke rumah oleh tuan rumah yang amat peramah dan baik hati. Nah, di sini kami dihidangkan beberapa jenis kue tempatan yang pertama kali ku lihat. Kue yang unik terbuat dari gula Melaka dan dikukus di dalam periuk selama semalaman. Ada lagi kue kelapa dengan salutan tepung dan jem. Amat sedap di makan.

Petang menjelang tiba. Teman kecilku mengajak diri ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Magrib berjemaah. Masjid ini letaknya tidak terlalu jauh dari posko. Hanya selang 5 buah rumah dari posko dan ia terletak betul-betul di tepi jalan kampong laluan utama warga. Yang hadir berjemaah malam mini lumayan ramai. Mereka terdiri dari orang tua, pemuda dan anak-anak. Di saff wanita juga begitu. Penuh dengan orang tua, pemudi dan anak-anak. Semua mengatur diri ke dalam saff hingga terbentuk 6 saff semuanya.

Sayu rasa di hati tatkala Imam memperdengarkan alunan ayat suci al-Quran dalam bacaan solatnya. Dalam masjid desa yang agak sederhana begini, dengan suasana baru yang tidak pernah ku alami, dengan masyarakat baru yang belum semua ku kenali, yang pastinya punya bahasa dan budaya yang berbeza pula, di sini, kita solat bersama berjemaah, menghadap muka pada kiblat yang sama, menyembah pada Dzat Agung yang memiliki semesta untuk melunaskan tuntutan iman dan aqidah,kewajipan yang telah ditentukan. Terdetik di sudut hati, walau ke penjuru dunia yang mana kita berada, syiar Islam itu pasti ada. Tinggal kita mahu mengikutinya atau tidak.
Semakin lama di desa ini, semakin betah untuk beradaptasi. Benarlah.. kita harus melihat segala hal dari sudut pandang positif. Laluilah proses tarbiyah ini dengan dada yang lapang dan fikiran yang jernih. Agar ibrah tarbiyah mampu menusuk ke polygon hati dan mencanangnya menjadi bentuk dinamik yang sesuai dengan apa yang Allah kehendaki.

Seorang pendakwah itu fikirannya perlu aktif progressif untuk mendekati dan mendidik masyarakat. Fikirkan cara untuk menyampaikan Islam kepada siapa sahaja dan di mana sahaja. Ia harus siap untuk beradaptasi dalam kondisi apapun dan bergaul dengan siapapun.

0 ulasan:

Catat Ulasan