Skinpress Rss

Ahad, 25 Julai 2010

SEMINAR AWAL

0


Sebelum memulai program yang akan dijalankan untuk masyarakat atau yang kami sebut sebagai program kerja (proker), kami ditugaskan untuk menjalankan sebuah program yang dinamakan sebagai “Seminar Awal”. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai sosialisasi awal atau pengenalan diri kami kepada masyarakat tentang keberadaan kami di lingkungan Tolo’ Barat untuk membantu meringankan dan mencari solusi kepada masalah kesihatan yang timbul dikalangan masyarakat. Sekaligus memberitahu masyarakat senarai program yang akan dijalankan sepanjang 2 bulan kami di sini.

Program ini diadakan pada 10 Julai 2010. Hasil rapat antara wakil posko dengan Pak Lurah menyatakan bahawa program ini akan diadakan pada sebelah pagi jam 9.00am di pejabat daerah (kantor kelurahan). agak hairan sebenarnya kerana 10hb sebenarnya jatuh pada hari Sabtu yang menurut budaya di sini, hari Sabtu merupakan “hari pasar besar” yang mana hari pasar adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga yang majority dari mereka terdiri dari petani yang bertaruh nasib di pasar, mendagangkan hasil tani untuk membela nasib keluarga. Bagi warga yang bukan dari petani pula, hari pasar turut dinantikan mereka untuk memenuhi keperluan hidup sehari-hari kerana di pasar inilah mereka dapat memperoleh bahan mentah seperti ikan segar, sayur sayuran, ikan, dan bawang-bawangan. Begitu juga dengan keperluan-keperluan lain seperti pakaian, peralatan sekolah anak, barang emas, kasut dan tilam.

Apabila seminar awal diadakan pada hari sabtu, maka hanya 2 kemungkinan yang akan berlaku samada aktiviti masyarakat akan terganggu kerana mereka tidak dapat ka pasar yang menjadi sumber kehidupan mereka atau mereka akan mengabaikan lansung program yang akan kami jalankan dan hasilnya tidak ramai yang akan hadir pada hari tersebut. Entahlah mungkin ada pertimbangan-pertimbangan tertentu yang akhirnya membawa kesimpulan yang demikian. Mungkin diri harus yakin dengan keputusan yang di ambil oleh pimpinan.

Hari program Seminar Awal yang dirancang tiba. Kami tiba di pejabat daerah kira-kira 30 minit sebelum kegiatan bermula. Segala persiapan telah dilengkapkan.LCD sudah terpasang. Kerusi-kerusi sudah tersusun rapi. Makanan dan minuman sudah disedia. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Seharusnya program akan dimulai. Tapi kelibat orang kampong tak satu pun kelihatan. Sebentar tiba Pak Lurah diikuti Ketua Pusat Kesehatan tempatan (kepala Puskesmas), pak Camat dan Dr.Devintha,supervisor kami. Jam terus berdetak menggantikan waktu yang lama dengan waktu yang baru. Tapi warga setempat tetap tidak muncul. Hingga Pak Lurah harus bersibuk-sibuk menelefon Ketua-ketua Lingkungan.Setengah jam kemudian barulah kelibat warga mulai kelihatan memenuhi kerusi yang tersedia. Itupun Cuma sayap kanan yang penuh. Sayap kiri tetap lengang hingga kamilah yang terpaksa mengisi lompong kekosongan tersebut.

Diri mendapat pelajaran penting dari peristiwa yang berlaku hari ini. Untuk masuk ke tengah-tengah masyarakat, kita seharusnya tidak boleh asal terjun tanpa mengambil peduli tentang persekitaran. Belajarlah untuk memahami dan mengenali budaya setempat terlebih dahulu agar kita tahu bagaimana untuk menyampaikan isi yang ingin kita bawa. Samalah kaedahnya dengan dakwah. Untuk menyampaikan Islam pada masyarakat kita tidak boleh asal serbu. Kenalilah mereka dengan sebaik-baik perkenalan dan selesaikanlah urusan dunia mereka terlebih dahulu agar hati lebih terbuka untuk menerima saran dan nasihat kita. Beradaptasi dengan budaya sekitar akan membantu kita dalam membina hubungan baik dengan masyarakat setempat. Belajarlah untuk menghormati orang lain kerana itulah yang akan melahirkan perasaan saling hormat menghormati nantinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan