Skinpress Rss

Rabu, 26 Januari 2011

SANAH HELWA UKHTI NIKMAH

0

Ulangtahun Miss yang ke-21. Baru juga tahu melalui FB nya. Segera mencapai telefon bimbit dan menekan nomor Hp nya. Talian bersambung. Setelah berbicara dengan Miss, ternyata Miss tidak punya sebarang perancangan untuk dilaksanakan pada hari bersejarahnya ini. Kasihan Miss.. menyambut ulangtahun sendirian dirumah.

Spontan ku ajak Miss untuk keluar makan bersama. Sebenarnya merayakan ulangtahun bukanlah suatu hal yang sangat penting atau vital bahkan tidak pernah ada dalam Islam perayaan sebegitu. Oleh kerna itu sesetengah orang berpendapat bahawa ulangtahun itu tidak wajar atau tidak boleh bahkan sesetengah lagi berpendapat bahawa itu termasuk "HARAM" kerana menyerupai budaya jahiliyah. Ada pula yang berpendapat bahawa menyambut ulangtahun itu diperbolehkan selagimana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut ahli psikologi John Gray, pHD mengatakan bahawa hari lahir adalah salah satu hari yang sangat berharga buat seseorang baik lelaki mahupun perempuan. Mereka cenderung untuk bersikap sensitif dan menghargai momen-momen yang berjalan pada hari tersebut. Makanya ia menjadi salah satu hari yang spesial untuk memberikan ucapan selamat, nasehat dan menghabiskan waktu bersama keluarga atau teman-teman tersayang.

Jadi sebagai teman, bukanlah kita merayakan ulangtahun sebagai mencontohi budaya jahiliyah melainkan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Tidak salah rasanya untuk kita menghargai teman kita dalam rangka kita menyayanginya. Walaupun sesetengah orang berpendapat, setiap hari juga bisa menghargai teman-teman namun terkadang kesibukan kita masing-masing tidak mengizinkan kita berbuat sesuatu yang special untuk teman kita setiap harinya. Justeru Ulangtahun lah yang bisa menjadi salah satu tunjahan momentum untuk memperbaiki hubungan persahabatan..

Selamat Hari Lahir Nikmah.. semoga Allah memberkati hidupmu.. dan semoga menjadi muslimah shalihah.. sayang kamu kerana Allah ^_^

0 ulasan:

Catat Ulasan