Skinpress Rss

Isnin, 17 Januari 2011

ASBAB LEMAHNYA MUSLIMIN

0


Apa yang menyebabkan lemahnya kaum muslimin?

1) Da’iful aqidah (lemahnya aqidah)

Jika kita lihat masyarakat sudah terjangkit penyakit kurafat. Terutama kita lihat dalam masyarakat Jawa yang masih memegang ajaran Hindu yang diasimilasikan ke dalam Islam. Masyarakat masih kuat mempercayai jimat dan tangkal yang dikatakan bisa menyelamatkan mereka daripada bala dan sebagainya.

Sesungguhnya aqidah salimah itu perlu dibumikan. Yakni aqidah ahlussunnah wal jamaah. Aqidah itu adalah tapak kepada binaan Islam yang mana jika tapaknya tidak kukuh (kokoh) bagaimana mungkin kita berjaya mendirikan bangunan yang mampu bertahan saat ujian melanda. Oleh kerna itu, dalam persoalan agama, aqidahlah perkara pertama dan paling utama yang harus tuntas.

2) Da’ifu Attarbiyyah (lemahnya tarbiyah)

Sistem pendidikan nasional yang mendominasi kita sekarang tidak mampu melahirkan sahsiah-sahsiah yang bagus dan unggul. Lihat saja matapelajaran agama yang diajarkan dalam kurikulum sekolah, hanya 2 jam perminggu (dalam sepekan). Waktu yang terlalu singkat walau hanya mahu membahas isu(soal) aqidah hingga tuntas. Peruntukan waktu ini tidak kompiten untuk melahirkan syahsiah Islamiyah ke dalam peribadi siswa.

Apa yang ingin kita bawa adalah model pembinaan yang komprehensif. Yaitu sistem tarbiyah yang mampu untuk membina peribadi-peribadi atau kader yang menterjemahkan syahsiah Islamiyah ke dalam uslub kehidupan. Yang ingin kita tanamkan dalam jiwa peribadi itu adalah kefahaman yang jelas. Hingga dengan kefahaman tersebut dia mampu merevolusikan perubahan ke dalam dirinya dan membentuk peribadi sepertimana dalam acuan Allah. Yang ingin kita lahirkan adalah peribadi yang melakukan perubahan pada dirinya kerana faham dan sadar. Atas kemahuan dirinya sendiri demi mentaati perintah Allah SWT.

Memang benar semua orang ingin berubah tapi sejauh mana perubahan itu didasarkan kepada kefahaman yang jelas dan mantap? Nah disinilah penting dan perlunya kepada manhaj dakwah yang mengendalikan tarbiyah secara komprehensif dan bersistem.

3) Dai’fu fi tsaqafah (lemahnya pengetahuan)

Pemahaman dan dan ilmu itu wajib dimiliki oleh setiap mukmin. Amal tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa amal, sia-sia. Menurut Abdullah Naseh Ulwan, minimal seorang daie itu harus menghafaz Al-Quran, sekian juzuk, memiliki Tafsir Ibnu Kathir, Sirah Nabawiyah, Buku Ilmu Nafsi (Psikologi).

Daie(murabbi) harus mampu menempatkan diri itu adalah salah satu uslub dakwah. Selain itu juga mampu menjadi pemimpin, tempat curhat, sebagai rujukan. Orang yang tidak mempunyai sesuatu takkan mampu untuk memberi. Maka atas desakan inilah perlunya kita memiliki pengetahuan yang luas berkenaan sesuatu ilmu .

4) Dai’fu dakwah (lemahnya dakwah)

Daie itu ibarat tukang di bengkel yang mana apabila melihat motor yang rosak, sentuhan tangannya mampu untuk mengubah motor rosak tersebut menjadi motor yang sehat. Dia harus tahu apa yang mahu dibaiki dan apa yang harus diganti.

Daie juga harus berfikiran seperti petani. Dia harus memilih bibit yang paling unggul untuk ditanam. Setelah ditanam, dilihat lagi apa yang kurang. Kemudian dari kekurangan tersebut dilakukan penambahan supaya ia bisa berkembang. Supaya tarbiyah itu tumbuh dan sehat. Sudah ditanam, dipupuk, diteduhi, diairi, ia harus pula diracun rumput-rumput dan serangga yang cobamerosakkannya. Kita harus sentiasa jaga tumbuhan tersebut hingga ia berbuah.

Attarbiyyah madal hayah. Tarbiyah itu berlaku sepanjang hayat. Pendakwah juga perlu ditarbiyah. Jangan kita menfuturkan diri dengan tidak ditarbiyah dan tidak mentarbiyah. Jika kita tidak mahu untuk ditarbiyah maka kita akan tercicir dari jalan ini. Allah berapa kali menyebut tentang pentingnya bergerak dalam bentuk berjemaah. Dakwah ini takkan mampu untuk dipikul bersendirian. Kita harus mencari tangan orang lain agar bisa bersama-sama memikul bebanan dakwah ini. Sesungguhnya dakwah ini adalah jalan yang telah dipilih dan dilalui oleh para rasul.

Jalan menuju syurga Allah itu dihampiri dengan kesulitan-kesulitan kerna itu ia hanya mampu dilalui oleh orang yang memiliki pemahaman yang kuat dan konsistensi yang tinggi.

5)Dai’ful akhlaq (lemahnya akhlak)

Masyarakat hari ini meskipun ramai yang Islam tapi mengamalkan akhlak jahiliyah, budaya jahiliyah. Ummat islam hari ini berserakan dimana-mana ibarat ranting kayu yang berserakan. Tapi siapa yang mahu mengumpulkannya? Bila ranting-ranting ini dikumpulkan barulah ia akan menjana perubahan dan membentuk kekuatan. Terlalu banyak sebhenarnya potensi yang ada dalam diri ummat Islam tapi ia tidak digali dan dikumpulkan. Jadilah masing-masing akhirnya hanyut, tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Seorang dokter misalnya hanya sibuk dengan diagnosis penyakit, kesibukan mengajar, membuka praktek (klinik), menghadiri seminar dan sebagainya. Seorang guru, hanya sibuk memikirkan bagaimana melahirkan pelajar yang cemerlang akedemik, sibuk mengadakan kelas-kelas tambahan (bimbingan belajar). Peniaga sibuk memikirkan bagaimana meningkatkan keuntungan, menaikkan produktivitas dan memaksimalkan tenaga kerja. Potensi-potensi inilah yang harus kita kumpul dalam 1 wadah . semakin banyak yang mampu kita kumpul, semakin kukuh dan solid.

0 ulasan:

Catat Ulasan