Skinpress Rss

Selasa, 27 Julai 2010

DOKTER CILIK

0



Bismillahi alhamdulillah, kesyukuran jua yang di rafa’kan ke hadrat Rabbul Izzah kerana masih mengizinkan mata untuk melihat, membenarkan hidung untuk menghidu, membiarkan lidah untuk merasa, mebuatkan telinga untuk mendengarkan dan mengurniakan hati untuk terus hidup.

Salah satu program KKN yang dijalankan oleh posko kami adalah Program Dokter Cilik (Docil). Program Docil ini dipertanggungjawabkan pada Amel. Sementara diri diberi peluang untuk membantu Amel dalam mengendalikan Docil bersama dengan Wawan memandangkan hanya kami bertiga dari Fakultas Kedokteran yang ada waktu itu (Adit lagi pulang ke Makassar).

Docil adalah suatu program Dokter Cilik yang memberi pelatihan pada anak-anak sekolah dasar kelas 4,5 & 6. Setiap kelas menghantar 4 orang perwakilan. Pelajar yang mempunyai prestasi paling bagus dan tertinggi di kelas masing-masing. Tujuan dari pelatihan ini adalah untuk memberi kesadaran kepada pelajar-pelajar tentang pentingnya perilaku hidup bersih sihat di samping membina sifat peka terhadap teman sebaya. Melahirkan rasa ingin membantu dan mendisiplinkan diri dengan hal yang menyangkut kesehatan. Dalam pelatihan ini, siswa siswi SD di ajarkan cara untuk menerapkan perilaku hidup sehat pada diri masing-masing dan diharapkan akan turut di aplikasi di rumah dan sekolah mereka. Antaranya adalah menggunakan jamban sehat, mandi 2 kali sehari, menggosok gigi, memakai selipar atau kasut, makan makanan yang seimbang dan mencuci tangan dengan benar.

Pada sesi pelatihan, kami mengajarkan siswa siswi SD cara member pertolongan pada teman yang hidung berdarah (mimisan), teman yang pengsan, luka, diarrhea, tercekik dan keracunan. Di awal pelatihan, diri ditugaskan untuk melontarkan beberapa persoalan untuk memastikan bahawa mereka benar-benar mengerti apa yang akan dilakukan nanti. Setelah itu, diri harus terlebih dahulu memperagakan cara melakukan pertolongan sebelum memberi pengarahan supaya mereka melakukan sendiri tindakan-tindakan tersebut.

Di sekolah pertama, yaitu SD Buanguang Kanunang, diri telah bertanggungjawab terhadap kelompok Docil dari kelas 4. Hendry, Rahman, Kasmah dan juga Sri Wahyuni. Sementara di sekolah kedua yaitu SD Pakborongan, diri telah menjadi fesi yang menuntun kelompok pelajar tahun 4 yang terdiri dari Wawan, Rudy, Asti dan Sumyati sementara di SD Rannayya, diri menjadi fesi bagi kelompok siswa kelas 4 yaitu Sandi, Taufiq, Nisa’ dan Risna.

Setelah menjalankan pelatihan, sempat bersembang-sembang dengan anak-anak ini. kebanyakan dari mereka berasal dari keluarga petani. Tapi mereka bercita-cita tinggi. Ramai yang ingin menjadi doctor, ada yang ingin menjadi engineer dan guru (dosen). Namun kata mereka, mereka takut untuk membina impian untuk melanjutkan pelajaran di IPT (perguruan tinggi) kerana gusar keluarga tidak akan sanggup untuk membayar biaya pengajian. Diri menasihati mereka bahawa tidak mengapa jika membina impian yang besar kerana impian adalah titik mula kepada kejayaan. Rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT itu datangnya dari Allah dan kita sebagai hambanya harus berdoa memohon padanya.

“Tanamlah impian di bintang kejora walau kakimu berpijak di bumi”

Ahad, 25 Julai 2010

SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU!!

0



Nukilan buat ayahku pada hari lahirnya 13 July lepas.. tidak berjaya menongkah kepayahan untuk mencari tempat yang boleh mengakses internet tepat waktu..

keringatmu mulai kering melewati terik matahari
tampak jelas senyummu namun tak jelas kulihat duka selimuti keningmu yang mulai berkerut
kokoh bagai batu kedua tanganmu memegang rindu
jadikan surga atas semangatmu yang bergemuruh dalam kepekatan dunia

malam yang tersenyum malu malu, itulah saat kau lepas semua elegi hati
termenung menatap langit langit kamar yang setengah berhias jutaan bintang
menulis cerita esok hari...............dimana mendapat sebait kata mimpi
lalu lelaplah engkau dia atas permadani indah menunggu sang fajar...

ayah...........
tak sempat aku memandang jauh dan mengisi hatiku utuk kutuliskan prasasti
tak sempat aku meneteskan air mata,dan darahku......

namun sempat kau dengar tangisku walau tak panjang
sempat tertulis cerita indah tentang taman impian yang kau hiasi penuh bunga
saat aku masih putih dan bersih...........
jiwa jiwa dan rohku melingkari benang benang hidup dan aku bernafas melalui jantungmu...

kini ayah..oh...ayahku...
perjuanganmu telah hampir sempurna...tinggal aku
aku dan dewi dewi kecilmu yang akan menyambung kisah kisah kita
meneruskan cerita hati untuk kutuliskan syair kehidupan....
tentang cinta dan pengorbanan tanpa henti.............

SEMINAR AWAL

0


Sebelum memulai program yang akan dijalankan untuk masyarakat atau yang kami sebut sebagai program kerja (proker), kami ditugaskan untuk menjalankan sebuah program yang dinamakan sebagai “Seminar Awal”. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai sosialisasi awal atau pengenalan diri kami kepada masyarakat tentang keberadaan kami di lingkungan Tolo’ Barat untuk membantu meringankan dan mencari solusi kepada masalah kesihatan yang timbul dikalangan masyarakat. Sekaligus memberitahu masyarakat senarai program yang akan dijalankan sepanjang 2 bulan kami di sini.

Program ini diadakan pada 10 Julai 2010. Hasil rapat antara wakil posko dengan Pak Lurah menyatakan bahawa program ini akan diadakan pada sebelah pagi jam 9.00am di pejabat daerah (kantor kelurahan). agak hairan sebenarnya kerana 10hb sebenarnya jatuh pada hari Sabtu yang menurut budaya di sini, hari Sabtu merupakan “hari pasar besar” yang mana hari pasar adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga yang majority dari mereka terdiri dari petani yang bertaruh nasib di pasar, mendagangkan hasil tani untuk membela nasib keluarga. Bagi warga yang bukan dari petani pula, hari pasar turut dinantikan mereka untuk memenuhi keperluan hidup sehari-hari kerana di pasar inilah mereka dapat memperoleh bahan mentah seperti ikan segar, sayur sayuran, ikan, dan bawang-bawangan. Begitu juga dengan keperluan-keperluan lain seperti pakaian, peralatan sekolah anak, barang emas, kasut dan tilam.

Apabila seminar awal diadakan pada hari sabtu, maka hanya 2 kemungkinan yang akan berlaku samada aktiviti masyarakat akan terganggu kerana mereka tidak dapat ka pasar yang menjadi sumber kehidupan mereka atau mereka akan mengabaikan lansung program yang akan kami jalankan dan hasilnya tidak ramai yang akan hadir pada hari tersebut. Entahlah mungkin ada pertimbangan-pertimbangan tertentu yang akhirnya membawa kesimpulan yang demikian. Mungkin diri harus yakin dengan keputusan yang di ambil oleh pimpinan.

Hari program Seminar Awal yang dirancang tiba. Kami tiba di pejabat daerah kira-kira 30 minit sebelum kegiatan bermula. Segala persiapan telah dilengkapkan.LCD sudah terpasang. Kerusi-kerusi sudah tersusun rapi. Makanan dan minuman sudah disedia. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Seharusnya program akan dimulai. Tapi kelibat orang kampong tak satu pun kelihatan. Sebentar tiba Pak Lurah diikuti Ketua Pusat Kesehatan tempatan (kepala Puskesmas), pak Camat dan Dr.Devintha,supervisor kami. Jam terus berdetak menggantikan waktu yang lama dengan waktu yang baru. Tapi warga setempat tetap tidak muncul. Hingga Pak Lurah harus bersibuk-sibuk menelefon Ketua-ketua Lingkungan.Setengah jam kemudian barulah kelibat warga mulai kelihatan memenuhi kerusi yang tersedia. Itupun Cuma sayap kanan yang penuh. Sayap kiri tetap lengang hingga kamilah yang terpaksa mengisi lompong kekosongan tersebut.

Diri mendapat pelajaran penting dari peristiwa yang berlaku hari ini. Untuk masuk ke tengah-tengah masyarakat, kita seharusnya tidak boleh asal terjun tanpa mengambil peduli tentang persekitaran. Belajarlah untuk memahami dan mengenali budaya setempat terlebih dahulu agar kita tahu bagaimana untuk menyampaikan isi yang ingin kita bawa. Samalah kaedahnya dengan dakwah. Untuk menyampaikan Islam pada masyarakat kita tidak boleh asal serbu. Kenalilah mereka dengan sebaik-baik perkenalan dan selesaikanlah urusan dunia mereka terlebih dahulu agar hati lebih terbuka untuk menerima saran dan nasihat kita. Beradaptasi dengan budaya sekitar akan membantu kita dalam membina hubungan baik dengan masyarakat setempat. Belajarlah untuk menghormati orang lain kerana itulah yang akan melahirkan perasaan saling hormat menghormati nantinya.

TEMAN KECILKU

0


Menetap di kelurahan Tolo’ Barat selama lebih kurang 2 bulan benar-benar memerlukan diri untuk melebarkan sayap perkenalan. Ya, perkenalan kunci kasih sayang.. perkenalan pintu perpaduan.. Maha Pengasihnya Rabbul Izzah kerana member peluang pada diri untuk berkenalan dengan teman kecilku.. saham akhiratku.. ada ramai dikalangan mereka yang menanti huluran tanganku. Tinggal diri menyapa mereka dengan senyuman hangat dan salam kemesraan.

Teman pertamaku, Patri namanya. Cucu kepada tuan rumah yang ku tempati. Cucu Haji Tewa. Kini berusia 11 tahun. Pelajar kelas 6 Sekolah Dasar berhampiran. Patri seorang gadis yang cerdas. Sangat bersahabat dan matang dalam menyusun bicara. Huluran tangan yang hangat menyambut tamu yang berkunjung membuat diri terasa seperti pulang ke kampong sendiri.

Kurnia, adalah salah satu teman Patri yang paling akrab. Usia mereka hampir sebaya. Yang mengikat akrab antara Kurnia dan Patri adalah pertalian darah yang menghubungkan mereka. Patri & Kurnia adalah sepupu di sebelah ibu. Gadis tembam 11 tahun ini juga tak kalah peramahnya. Kaya dengan informasi setempat tentang sejarah kampong dean keluarga. Walaupun masih seorang gadis sunti, Kurnia adalah seorang gadis yang sangat menepati janji. Pernah suatu hari, Kurnia berjanji untuk membawa diri ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat magrib berjemaah. Kebetulan kami pulang dari riadhah agak telat hari itu. Ditambah cuaca senja yang ditemani hujan lebat seakan tidak bersahabat. Ku sangka Kurni tidak jadi datang. Sejurus, terdengar ketukan di pintu depan. Kurnia datang bersama paying merahnya. Kain bagian bawah telah lencun disapa hujan. “ayo ke mesjid kak fuza” sapanya sambil tersenyum polos. MasyaAllah, rasa haru bertandang di jiwa tatkala melihat kesungguhan gadis kecil itu datang menjemputku. Segera, tas alat solat ku capai dan beriringan dengannya ke mesjid pinggir jalan.

Mirda, 13 tahun baru mahu melangkah ke SMP. Mirda adalah gadis sunti yang paling luas pengaruh sosialnya. Senyuman manisnya mampu menyejukkan mata yang memandang. Bagai siraman hujan yang membasahi bumi gersang. Mirda anak pintar. Pandai bergaul dengan orang tua dan bijak melayani anak-anak. Tidak hairan, Mirda amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat.

Nurmi lain lagi halnya. Gadis kecil 10 tahun itu banyak bercerita perihal keluarganya. Tentang kakaknya yang telah lulus sekolah dan menikah, kakaknya yang belajar di luar negeri, perniagaan ibunya dan sebagainya. Nurmi juga pandai mengulas demografi kelurahannya selain mengurai lengkap jenis bentuk dan budaya rumah di sini. Tidak ketinggalan juga berkenaan ternakan dan tanaman warga kampong.

Selain Patri, Kurnia, Mirda dan Nurmi, masih ramai teman kecilku yang sentiasa setia berteman disisi. Antaranya ada Sinar, Dila, Dina, Anah dan yang paling kecil Dini yang berusia 2 tahun.

-Sinar-

-Dila-

-Anah-

-Dina-
Menongkah hari demi hari di Tolo’ Barat semakin ramai kenalan kecilku. Teman yang menghiasi persada hidupku. Sekaligus hadir untuk menjadi bahan tarbiyah buatku. Banyak hal yang kembali diperingati dari anak-anak ini. Antaranya adalah sifat-sifat mahmudah yang lahir dari fitrah yang suci. Sifat itu seakan makin kelam, tenggelam dalam awan kesamaran beriringan dengan usia yang mendewasa. Sifat-sifat itu harus digilap kembali biar bersinar cemerlang dalam kehidupan.

Ahad, 11 Julai 2010

HARI 2 : ADAPTASI LINGKUNGAN

0


-bersama teman-teman kecilku di rumah ibu yang menjual sayur-


Hari kedua di Posko. Seawall pagi, kak Ani sudah memasak nasi dengan telur sebagai pembuka hari yang indah. Untuk hari ini masih belum mulai menjalankan aktiviti kerana kata Kordes, kami akan memulakan tugas pada hari Isnin nanti.

Jam 10.00 pagi. Teman kecilku datang menemani kami membeli sayur. Berjalan mengelilingi kampong benar-benar member udara yang segar. Sambil mencari sayur sambil berkenalan dengan warga setempat. Alhamdulillah, tiba dirumah penjual sayur, kami dijemput naik ke rumah oleh tuan rumah yang amat peramah dan baik hati. Nah, di sini kami dihidangkan beberapa jenis kue tempatan yang pertama kali ku lihat. Kue yang unik terbuat dari gula Melaka dan dikukus di dalam periuk selama semalaman. Ada lagi kue kelapa dengan salutan tepung dan jem. Amat sedap di makan.

Petang menjelang tiba. Teman kecilku mengajak diri ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Magrib berjemaah. Masjid ini letaknya tidak terlalu jauh dari posko. Hanya selang 5 buah rumah dari posko dan ia terletak betul-betul di tepi jalan kampong laluan utama warga. Yang hadir berjemaah malam mini lumayan ramai. Mereka terdiri dari orang tua, pemuda dan anak-anak. Di saff wanita juga begitu. Penuh dengan orang tua, pemudi dan anak-anak. Semua mengatur diri ke dalam saff hingga terbentuk 6 saff semuanya.

Sayu rasa di hati tatkala Imam memperdengarkan alunan ayat suci al-Quran dalam bacaan solatnya. Dalam masjid desa yang agak sederhana begini, dengan suasana baru yang tidak pernah ku alami, dengan masyarakat baru yang belum semua ku kenali, yang pastinya punya bahasa dan budaya yang berbeza pula, di sini, kita solat bersama berjemaah, menghadap muka pada kiblat yang sama, menyembah pada Dzat Agung yang memiliki semesta untuk melunaskan tuntutan iman dan aqidah,kewajipan yang telah ditentukan. Terdetik di sudut hati, walau ke penjuru dunia yang mana kita berada, syiar Islam itu pasti ada. Tinggal kita mahu mengikutinya atau tidak.
Semakin lama di desa ini, semakin betah untuk beradaptasi. Benarlah.. kita harus melihat segala hal dari sudut pandang positif. Laluilah proses tarbiyah ini dengan dada yang lapang dan fikiran yang jernih. Agar ibrah tarbiyah mampu menusuk ke polygon hati dan mencanangnya menjadi bentuk dinamik yang sesuai dengan apa yang Allah kehendaki.

Seorang pendakwah itu fikirannya perlu aktif progressif untuk mendekati dan mendidik masyarakat. Fikirkan cara untuk menyampaikan Islam kepada siapa sahaja dan di mana sahaja. Ia harus siap untuk beradaptasi dalam kondisi apapun dan bergaul dengan siapapun.

PENGEMBARAAN BERMULA..

0



Akan berangkat ke lokasi KKN-PK. Kuliyah Kerja Nyata Profesi Kesehatan (KKN-PK) adalah satu program wajib yang harus diikuti oleh mahasiswa UNHAS yang akan graduan (wisuda). Tujuan KKN diadakan adalah sebagai salah satu upaya membina pendidikan dengan cara memberikan pengalaman belajar kepada mahasiswa untuk hidup ditengah masyarakat. Mahasiswa diharap dapat mengidentifikasi dan menangani masalah yang timbul pada masyarakat sesuai dengan profesi masing-masing.

Apa yang diharapkan dari peserta bak kata Pak Rektor “can be able to adapt to the pace of life, be able to anticipate events, provide an anticipatory kind of learning so that they are not always adjusting to events but they can master their own destiny.” Dalam pesanan yang lain, dikatakan “to initiate initiative, to engage in excitement of creating things, to discover new horizon & culture, to become independent & yet appreciate the independency between people”


-foto di dinding kantor kecamatan Kelara-

Diri ditempatkan di Kebupaten Jeneponto, Kecamatan Kelara, Keluruhan Tolo’ Barat. Bersama dengan 14 orang teman dari fakulti kesehatan yang berbeza-beza. Dari Fakultas Kedokteran ada 4 orang pelajar : Mahfuzah, Amel, Wawan dan Adit, sedang dari Fakultas Farmasi ada Fitrah dan Kiki, dari Fakulti Pergigian ada 2 orang teman yaitu Uul dan Ayong, seorang teman dari Kejururawatan yaitu Rahmah. Yang lainnya semua dari Fakultas Kesehatan Masyarakat dari pelbagai subdivisi seperti keselamatan kerja (Ocik), Gizi,( Kak Ani), ada lagi Iyan, Winda, Kak Irfan selaku coordinator desa (Kordes)/ ketua kumpulan. Bertolak dari kampus jam 10.00 pagi. Bersama Amel, Lili dan Rahmat, menaiki kereta yang disewa khusus untuk menghantar kami ke sana.

Berdebar juga sebenarnya nak menghadapi KKN ini. Dengan suasana, komuniti, teman yang berlainan sudahlah hanya sendirian Malaysian. Dan yang lebih menakutkan bila mengingat kepada kemungkinan terburuk berlakunya pergaulan bebas memandangkan semua ahli kelompok akan ditempatkan di satu posko (rumah) tidak kira lelaki atau perempuan.Tapi harus positifkan diri. Tak mengapa. InsyaAllah,Allah kan sentiasa ada. Di penjuru manapun di dunia ini yang kita pergi, masih lagi berada dalam pengawasan Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Pasti, Allah susunkan proses yang begini untuk mendidik diri dengan lebih banyak hal. Bergaul dengan lebih ramai orang, untuk lebih mempertingkatkan bahasa Indonesia yang selama ini tak berapa bagus dan sebagainya. Mungkin, boleh jadi juga, KKN adalah satu tamrin dan kem persediaan barangkali. Allah berikan sedikit ruang masa berada di dimensi dunia yang berbeza. Jauh dari hiruk pikuk kenderaan bermotor, jauh dari kesibukan harian untuk berhempas pulas menelaah pelajaran, menghitung waktu menjalankan aktiviti dakwah umum dan usrah khusus hingga terkadang tak lagi punya waktu untuk meningkatkan diri. Mungkin di sini, diri bisa mengambil sedikit waktu untuk berhenti seketika ( take a pause) untuk menjalankan muhasabah diri, pertingkatkan ilmu pengetahuan dan fikrah, untuk meningkatkan ibadah amalan dan membaiki hubungan dengan Allah agar bisa merubah diri menjadi lebih baik. Anggap juga KKN ini sebagai “kuliyah pembekalan/kem jati diri” sebelum diri melangkah ke alam klinik/co-ass.

“boleh jadi apa yang kamu sukai itu tidak baik buatmu dan boleh jadi apa yang tidak kamu sukai itu lah yang terbaik buatmu.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Tarbiyah Melahirkan Mukmin Mujahid

0

Seorang muslim itu, menjadi mukmin untuk dirinya dan mujahid pada jalan Allah. Tarbiyah yang ada ditangan kita bukan sekadar untuk diri kita tapi untuk bekerja di jalan Allah. Mukmin bukan setakat mampu beribadah untuk dirinya tapi untuk digunakan pada jalan Allah.

Jika kita lihat pada sirah juga, Rasulullah SAW bukan melahirkan ahli sufi sebaliknya melahirkan para mujahid. Berjihadlah dengan apa yang kita miliki.kerana jihad ini takkan berhenti sampai hari qiamat. Tingkat jihad yang paling rendah itu adalah jihad hati dan jihad yang paling tinggi adalah jihad fi sabilillah. Jihad lahir dari tarbiyah imaniyah. Itu juga matlamat tarbiyah kita pada hari ini kerana madrasah Rasulullah adalah ‘bench mark’ kita. Tarbiyah akan memandu kita dalam perjalanan jihad ini. untuk itu, tarbiyah perlu sentiasa dipertinmgkatkan dan di muhasabah kembali.

Pertingkatkanlah tarbiyah dzatiyah kerana tarbiyah imaniyah itu perlu sentiasa diperbaharui. Tarbiyah yang hidup di dalam hati akan membuatkan hati itu dapat merasai dan dapat membezakan antara yang haq dengan yang batil. Dan hati yang masih mampu merasai inilah yang dikatakan sebagai hati yang hidup. Di situlah nilainya harga manusia. Usianya bukan pada jasad tapi pada jihad.

Jika kita tinjau arus zaman globalisasi kini adalaha zaman yang mencarik-carik iman kita. Jika kita tidak menjaga iman itu, maka ia akan lusuh umpama lusuhnya pakaian. Dan ia akan turun.. turun serendahnya hingga ke dasar.bagaimana untuk menaikkan iman sewaktu ia turun dan bagaimana meningkatkan iman sewaktu ia naik?

Tidak lain dan tidak bukan kembalilah pada tarbiyah. Tarbiyah adalah satu-satunya wasilah untuk mencapai kemurnian Islam. Sesungguhnya jalan tarbiyah itu panjang dan susah ibarat menentang arus sungai yang deras, ibarat mendaki gunung yang curam. Bahkan lebih payah lagi. Oleh sebab itu, hanya sedikit yang mampu menongkahnya.
Namun hendaklah kita ketahui dan perjelaskan bahawa tarbiyah islamiyah adalah tarbiyah satu-satunya yang mempunyai manhaj dan matlamat yang jelas. Tarbiyah islamiyah memberi kesan pada jiwa. Tarbiyah islamiyah adalah proses nafas panjang. Ia adalah proses untuk menjadikan islam sebagai suatu lembaga kehidupan. Islam sebagai penyelesaian bukanlah disebabkan kegagalan sistem lain seperti analoginya Islam bukan menempel dalam bangunan jahiliyyah tapi kita harus runtuhkan bangunan tersebut.

“Islam takkan tertegak tanpa pahlawan dan pahlawan takkan terlahir tanpa tarbiyah”
Sentiasalah kita yakin dan bermuhasabah agar iman tidak tersasar dari landasan.