
Sifat adalah hal 6yang melekat kuat dalam diri. Yaitu hal yang menjadi malaqah dalam kehidupan.

Amal qawi adalah amalan yang harus dilakukan. Ianya akan memperoleh pahala yang berganda. Amal qawi mempunyai beberapa prasyarat yang harus dipenuhi :-
1) Niat kita harus ikhlas kerana Allah ibarat kata Saidina Ali:
“orang yang ikhlas, mukanya tidak pernah berubah walau dipuji dan dicaci”
Keikhlasan ini sangat susah untuk dijaga kerana ia selalunya terganggu dengan banyak perkara.
2) Menepati syara’
Benar-benar terpatri pada Al-Quran dan sunnah
3) Membangunkan Islam
Menghidupkan system Islam dalam kehidupan dan menegakkan yang makruf
4) Meruntuhkan jahiliyah
Perlu ada tsunami dakwah untuk meruntuhkan tempelan-tempelan jahiliyah dibangunan Islam
Harus kita rasai Islam sebagai manhajul hayah (sistem hidup) dan Allah sebagai kuasa yang tertinggi yang diletakkan dalam kehidupan kita.. Islam terkandung di dalamnya dakwah. Yang namanya dakwah, jalannya tidak pernah dihampar dengan permaidani merah melainkan ia ditaburi dengan duri dan kerikil yang menusuk. Jalannya susah.. amat susah..hingga hanya sedikit yang mampu bertahan di dalamnya.tapi harus kita teguh dan yakin bahawa jalan ini adalah jalan yang benar. Dengan iman (keyakinan kepada Allah) sebagai landasan, Islam adalah aplikasinya dalam kehidupan Iman lahirnya dari keyakinan. Yakin akan melahirkan pula darinya cinta. Yang mana cinta menurut Ibnu Hajar Af-Failani mempunyai beberapa tanda:
a) Bila disebut-sebut namanya
b) Suka melihatnya (ciptaanNya)
c) Suka duduk berhampiran dengannya (ibadah)
Berbalik pada inti penyampaian, sifat orang yang hidup memperjuangkan Islam seperti yang digariskan oleh Mujahid Fathi Yakan di dalam bukunya Maza Yakni Intima’il Islam ada beberapa :-
1) Benar-benar terikat dengan ayat-ayat al-Quran.
Harus kita laksanakan tuntutan Islam dari celiknya mata hingga ia tertutup kembali
2) Utamakan kepentingan Islam
Letakkan islam di depan
3) Merasa izzah dengan kebenaran Islam dan yakin pada Allah.,
“Kami adalah orang-orang yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam”
Di celah-celah pergantian siang dan malam terselit di antaranya ujian-ujian. Hanya dengan keimanan inilah, kita dapat melihat dunia dengan berbeza.
4) Sentiasa bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan mereka-mereka yang melaksanakan kerja Islam.
Bekerjasamalah dengan jemaah atau individu yang mahu menegakkan Islam. Allah berfirman yang maksudnya Kami membantumu dengan saudaramu. Maka berlapang dada lah untuk bekerjasama dengan orang lain.
Untuk melahirkan sifat-sifat orang yang berjuang demi Islam ini, tiada jalan lain selain melalui proses didikan. Itulah proses tarbiyyah islamiyah. Proses ini adalah satu proses untuk membina watak-watak yang dikehendaki Allah. Terdapat parameter atau syarat keberkesanan tarbiyah. Yaitu :
1) Memastikan kehadiran jiwa & hati dalam proses ini. hingga hati tersentuh dengan tarbiyah. Apabila hati telah tersentuh, akan terbangkitlah ia untuk melaksanakan tuntutan iman dan tarbiyah.
2) Member tumpuan, focus dan ulangkaji bahan tarbiyah
3) Khusyu’ dalam solat.
4) Kosongkan keinginan dan cita-cita jahiliyah
5) Kosongkan minda dari fahaman sekuler.