
Di dasar relung jiwaku
Bergema nyanyian tanpa kata
Sebuah lagu yang bernafas dalam benih hatiku
Yang tiada dicairkan oleh tinta di atas lembar kulit
Ia meneguk rasa kasihku dalam jubah yang nipis kainnya
Dan mengalirkan saying
Airmataku menandai sendu
Bagai titik-titik embun syahdu
Yang membongkarkan rahsia mawar layu
Tentang kisah semalam antara kita semua
Lagu itu digubah oleh renungan
Dan dikumandangkan oleh kesunyian
Kemudian disingkiri oleh kebisingan
Dilipat oleh realita yang membentang
Dan diulang-ulang oleh mimpi indah dan bayangan
Kemudian difahami oleh kasih sayang
Disembunyikan oleh kesadaran siang
Didendangkan oleh sukma malam
Lagu itu, sungguh..adalah lagu kerinduan…
Jumaat, 1 July 2011
7.00 am

0 ulasan:
Catat Ulasan