
buat ayahku yang tercinta,
selamat hari bapa ku ucapkan. semoga sahaja Allah mengurniakan segala kebaikan dan keberkatan usia padamu selalu..
ayahku,
saat aku dilahirkan, kau sudah berada di sampingku, mengendong tubuh kecil dengan penuh rasa kasih sayang. kau membesarkanku bagai menatang minyak yang penuh. setiap hari menghadapi kerenahku yang pelbagai tidak pernah menghilangkan kesabaranmu. kau tetap tersenyum walau dalam kepenatan. kau menggagahkan dirimu menemaniku bermain walau dalam dalam keletihan.
ayahku, pengorbananmu menggunung tinggi. takkan pernah mampu untukku balas. andai dapat ku petik bintang-bintang di langit, pasti akanku hadiahkan buatmu. andai dapat ku gapai bulan yang bersinar cemerlang, tentu akan ku hadiahkan buatmu..
AYAH
by:ae-man
ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
-terima kasih ayah..aku bangga menjadi putrimu-

Terimakasih puteriku, sanjungan yang teramat bererti bagi seorang ayah yang terlalu banyak kelemahan.Nun disudut hati terpendam rindu yang amat mendalam. Tak pernah jemu dengan Angah walapun sesaat. Malah hati seorang ayah, teramat bangga dengan Angah, mengerti erti sebuah kehidupan.Izzah dengan cahaya keimanan, sebati dengan keislaman meskipun berada di persada masyarakat yang tenggelam dengan keduniaan dan hiburan. I love u forever wahai puteriku.
Aku juga begitu.. =)