
“Naufal, bangun Naufal. Jom tahajjud. Dah pukul 4.45 pagi ni.”, Afif mengejutkan Nafik karibnya yang terlena setelah mengulangkaji subjek Bahasa Arab sampai larut malam. Mereka tinggal di asrama sebilik. Naufal sebelah katilnya.
Tak ada Respons. Penat sangat agaknya, Fikir Afif..
“Naufal, bangun Tahajjud,” kejutnya lagi. Terkebil – kebil mata Naufal memandang Afif yang menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
Memang niat di hatinya sebelum melelapkan mata tadi untuk bangun bertahajjud bersama Afif. Tapi, agaknya lama sangat study tadi sambil pekena kopi Radix secawan, sampai badannya sekarang rasa letih. Mata pun mengantuk lagi.” Ana masih penat la akhi..”
“Masya-Allah, Naufal. Anta kena ingat, Allah sedang mencari mana hambanya yang rindu untuk bermunajat kepadanya. Allah rindu pada anta. Allah angkat tinggi tau darjat orang yang bertahajjud,” Naufal mengingatkan sahabatnya.
Memang kebiasaan bangun malam ini telah di amalkan oleh mereka berdua sejak mereka baligh lagi. Mereka sedaya upaya mencontohi panglima Solahuddin Al-Ayubi, Usamah bin Zaid dan syeikh Ahmad Al-Fateh(yang mengapalai pejuang Islam dalam Usia muda). Kerana mereka tahu, dalam bangun malam ada kekuatan. Waktu inilah, seorang hamba dekat dengan TuhanNya..
Tersentak Naufal. “Astaghfirullah…Ampuni aku. Aku sanggup bersengkang mata di hadapan buku, tapi aku tak sanggup bersujud di hadapanMu…”
“Terima kasih Afif”
Segera di hapuskannya rasa ngantuk dengan mengucap,“Alhamdulillahillazi ahyaana ba’da ma amaatana wa ilaihin nusyuur”. Lantas ke bilik air mengambil wudhu’. Dia pernah mendengar hadis yang lebih kurang mafhumnya begini, “Syaitan akan mengikat kita dengan 3 rantai supaya kita malas dan tidak mahu bangun subuh, baca Doa bangun Tidur, rantai pertama putus. Rantai kedua pulak, ambil wudhu’ dan rantai ketiga, mendirikan solat”.
Naufal keluar dari bilik air, dilihatnya rafik akrabnya sedang berdiri menghadap Ilahi. Terkumat – kamit mulut sahabatnya mengalun ayat – ayat suci Allah yang di hafaznya. Biasanya, mereka berdua akan membaca satu juzu’ Al-Quran dalam 2 rakaat Tahajjud. Direnung wajah sahabatnya tang sentiasa memancarkan ketenangan yang mendamaikan hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Sahabatnya sentiasa menjaga solat Tahajjudnya dan ke mana – mana sahaja dia berada, mesti dia dalam keadaan berwudhu’. Mungkin ini lah rahsia Afif memiliki air muka yang jernih. Sahabatnya ini memang solleh. Aktif dan petah pula..
Tiba – tiba, terlihat air jernih yang mengalir lebat dari tubir mata Afif. Disusuli sedu – sedunya.Masya-Allah Afif. Kau memang beruntung. Jiwamu rapat dengan Allah. Kau sentiasa takut kepada Allah. Malah aku yang memerhatikan mu ini pun engkau tidak perasan sedikit pun. khuyukNya solatMu.
“Afif, kalau kau nak pergi Jannah(Syurga), Jangan tinggalkan aku”, desis hati Naufal..
Bergegas Naufal membuka jendela untuk memandang dada langit yang tidak bertiang untuk berdoa sepertimana Doa Nabi Muhammad sebelum melakukan Qiamulail. Bibirnya fasih membaca doa, “Inna fi khalqis samaawaati wal ardhi wakhtilaafil laili wannahaari la aayaatil li ulul albaab. Allazinayazkuru..(ila aakhiril aayat) “ ayat 190-194 surah Al-Baqarah.
Dihamparkan sejadah di belakang Afif. Dia mahu berimamkan remaja 16 tahun yang solleh di hadapannya itu.
Afif mengalunkan ayat – ayat surah Al-Furqan. Suaranya begitu jernih, fasih, tartil dan Indah. Menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Ayat demi ayat di baca. Sesekali terdengar esak tangisnya. Naufal pun turut larut dalam penghayatannya. Sampailah ia pada ayat enam puluhdan enam pulu enam :
“Wal ladziina yaquuluuna Rabbanasrif’anna’adzaaba jahannam, Inna ‘adzabaha kaana gharaama, Innaha saa’at mustaqarraw wamuqaama”
Afif membacanya dengan penuh penghayatan dan mengulang – ulang ayat itu dengan penuh perasaan. Ia menangis tersedu – sedu. Naufal di belakangnya turut menangis.
Setelah selesai membacaSurah Al-Furqan, mereka ruku’. Kemudian, sujud dengan air mata yang berderai.
Mereka mengadu kepada Tuhan yang mereka cintai. Mereka terlalu rindu untuk mengecapi kemanisan Iman itu. Bahagia memenuhi ruang jiwa mereka kerana dapat menangis di hadapan Allah yang Esa. Janji mereka berdua. Ingin mentarbiah diri bersama – sama. Kerana, mereka tahu, Syurga tidak mampu di masuki mereka tanpa sahabat fillah(bersahabat kerana Allah, dan sentiasa mengingatkan sahabat lainnya kepada Allah) di sisi.
*mudah - mudahan meningkat amal kita...., Tahajud Cinta, Tajdid Iman kita...
--
"(10)Wahai orang-orang beriman! mahukah kamu Aku(Allah) tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (11) (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, itulah yang terbaikbagi kamu sekiranya kamu mengetahui"( 61:10-11)
Hafizul amin

0 ulasan:
Catat Ulasan