Skinpress Rss

Sabtu, 12 Jun 2010

1 Malaysia, Gagasan yang Wajar didokong?

2


BERSATULAH WAHAI BANGSAKU

Wahai bangsaku,
Jangan kau nyalakan api perkauman,
Jangan kau hangatkan bara permusuhan,
Kerana itu akan membawa kepada perpecahan,
Menuntun masyarakat kea rah kemusnahan.
Sejarah telah banyak mengajar kita,
Tragedi 13 Mei melahap nusa,
Meranapkan kemakmuran Negara,
Perpecahan,
Melemahkan institusi penguasa,
Merundum rakyat ke dalam sengsara.
Ayuh bersatu wahai bangsaku,
Bersama kita mengorak langkah satu per satu,
Tanpa mengira India, Cina atau Melayu,
Iban, Kadazan, Bajau mahupun Maluku.
Kita ciptakan perubahan,
Kita lakarkan peradaban,
Kita lestarikan pembangunan dan kemajuan.
Perkenalkan Malaysia di arena antarabangsa,
Harumkan nama Negara di mata dunia..

Puisi ini adalah puisi asal yang ku tulis untuk pertandingan puisi 1 Malaysia yang diadakan di Makassar baru-baru ini. Menulis tanpa perasaan. Hanya nukilan sepi untuk memenuhi persyaratan pertandingan yang terpaksa di masuki tanpa persiapan. Puisi ini kemudian dah di ‘touch up’ dan diberi nafas baru oleh seorang pakar puisi sebelum di hantar ke pengadilan.

Ntahlah tak faham dengan konsep yang nak diketengahkan oleh 'satu Malaysia' ni. sekali dikatakan sebuah gagasan era baru. lain kali pula cakap, cuma slogan untuk memupuk perpaduan rakyat. mana satu yang betul? pening. Jika benar sebuah gagasan, tentulah ia akan merubah sistem. Hak diberi sama rata, kekayaan dikongsi bersama. satu bangsa, satu bahasa. Tapi kalau cuma sebuah slogan, maksudnya apa?

2 ulasan:

Catat Ulasan