Skinpress Rss

Isnin, 4 Oktober 2010

MORNING WALK

0


Kalau sebut tentang Makassar, takkan terlepas dari Pantai Losari yang menjadi tempat wisata utama di kota ini. Pantai Losari adalah sebuah pantai yang terletak di sebelah barat kota Makassar. Pantai ini menjadi tempat bagi warga Makassar untuk menghabiskan waktu pada pagi, sore dan malam hari menikmati pemandangan matahari tenggelam yang sangat indah.

Dahulu, pantai ini dikenal dengan pusat makanan laut dan ikan bakar di malam hari (karena para penjual dan pedagang hanya beroperasi pada malam hari), serta disebut-sebut sebagai warung terpanjang di dunia (karena warung-warung tenda berjejer di sepanjang pantai yang panjangnya kurang lebih satu kilometer).
Salah satu penganan khas Makassar yang dijajak di warung-warung tenda itu adalah pisang epe (pisang mentah yang dibakar, kemudian dibuat pipih, dan dicampur dengan air gula merah. Paling enak dimakan saat masih hangat).
Pada sore hari, semua orang bisa menikmati proses atau detik-detik tenggelamnya matahari sunset.

Sejak tahun pertama menjejakkan kaki di Bandar Hasanuddin pada 2007, diri memang telah diperkenalkan dengan Pantai Losari oleh senior-senior yang baik hati. Namun baru pertama kali mengunjungi Pantai Losari versi pagi hari setelah 3 tahun bergelar sebagai mahasiswa UNHAS. Ntahlah mungkin sebelumnya tidak pernah terfikir untuk mengunjungi Pantai pada waktu pagi (hari minggu).

Pagi itu siap berpakaian setelah selesai solat subuh. Teringat sms yang dikirim Rahma, teman poskoku yang mengajak diri ke Pantai untuk melihat suasana Pantai pada hari minggu. Menurut temanku itu, sudah agak lama juga dia tidak ke sana. Katanya suasana pagi minggu di Losari agak berbeda dari hari biasanya. Kalau bab berjalan-jalan, diri memang tidak pernah menolak kecuali ada keperluan yang terlalu mendesak. Bab kata guruku, alang-alang belajar di Negara orang, rebutlah peluang untuk meluaskan pemandangan dan menajamkan pengetahuan setempat.

Perjalanan ke Pantai Losari yang memakan masa lebih kurang 30 minit memberi kami ruang waktu untuk menyaksikan terbitnya mentari pagi di ufuk timur dari atas fly over FAJAR. Subhanallah, indahnya panorama alam seakan membuai perasaan agar lebih dekat pada Penciptanya..

Setiba di Pantai, sempat kaget seketika melihat suasana yang bagiku cukup berbeda. Seperti ada pesta yang besar sedang berlansung. Lautan manusia yang kelihatan berdatangan dengan gembira menunjukkan betapa Pantai Losari mampu memaut warga Makassar dalam satu ikatan kesatuan. Gerai-gerai perniagaan yang beragam memeriahkan lagi suasana. Kapal-kapal dan bot penangkap ikan di bawa ke tepi perlabuhan menyebabkan panorama Losari seakan suatu karya alam yang amat memukau.

Melihat gerai jualan yang pelbagai menarik perhatian. Sempat mencoba beberapa jenis makanan tempatan yang kurasakan agak asing pada diriku sebelum menyantap Nasi Kuning sebagai makan siang di salah satu gerai di pinggir jalan. Menaiki bebek (angsa) music mengundang rasa seronok walau tidak terlalu seru seperti yang pernah ku naiki di Bira tak berapa lama yang lalu tetap membahagiakan.

Yah, merasa sangat berterima kasih pada temanku Rahma yang cukup sabar membawaku ke sana dan menemani hari-hariku sekaliguskan melakarkan warna yang lebih indah dalam kanvas hidupku..

SESUNGGUHNYA AKU MENYAYANGIMU

0


Sahabatku,
Tatkala subuh bertamu,
Dingin tubuh disapa embun semu,

Di saat itu,
Rasa rindu padamu bertandang di kalbu
Mengingatkanku pada hari semalam yang telah berlalu

Waktu itu sahabatku,
Kita masih tertawa menonton bersama
Menikmati hidangan makan siang yang membuka selera
Lebih indah bila kita mulai saling bertukar cerita
Mengimbau kenangan lalu yang masih segar di minda

Namun hari ini sahabatku,
Jarak dan masa kian galak memisahkan kita
Seakan cemburu dengan kemesraan yang terbina
Hakikat juga tunduk akur pada tarbiyah Sang Pencipta

Ketahuilah wahai sahabatku,
Walau kita terpisah hingga ke penjuru dunia
Walau perbezaan masa memburu kita hingga penghujung nyawa
Aku kan tetap menyayangimu sampai bila-bila
Mengingatimu dalam setiap doaku padaNya

Andai kita ditakdirkan tidak dapat lagi bertemu di dunia
Berdoalah semoga DIA menemukan kita di syurga..

amni_shamrah
khamis 8 July 2010
8.00pm (posko lagi mati lampu)

JALAN SANTAI PKS

1


Ahad, 3 Oktober 2010. Berpeluang mengikuti Jalan Santai anjuran PKS yang diadakan di lapangan Karebosi Makassar. Jalan Santai ini diadakan berangkaian dengan Mesyuarat Agung PKS yang kedua. Program terbuka kepada seluruh warga masyarakat yang berminat. Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang dari control gigi semalam terserempak dengan senior yang secara kebetulan memaklumkan tentang aktiviti ini dan Allah izin kami punya waktu lapang untuk bergabung ke program.

Jalan santai adalah salah satu permulaan kepada senam yang menyihatkan. Bentuk olah raga ringan yang perlu untuk mula dilakukan dari sekarang. Seperti salah satu hadith Qudsi yang bermaksud “ mukmin yang kuat itu lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.” Salah satu daripada 10 ciri mukmin itu juga adalah sihat tubuh badannya.
Ditinjau dari aspek medis juga, senam/olah raga punya banyak manfaat. Selain meningkatkan penghasilan hormon, berjalan cepat ada manfaat terhadap kesihatan keseluruhan seperti:

# Menyihatkan jantung dan merendahkan risiko mengalami serangan jantung dengan merendahkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meninggikan paras kolesterol baik (HDL).

# Mengawal tekanan darah. Berjalan cepat sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit sehari boleh menurunkan tekanan darah dan mengembalikannya ke paras sihat. Ia juga mampu mencegah komplikasi kesihatan yang buruk kerana tekanan darah tinggi seperti serangan jantung atau strok.

# Merendahkan risiko mendapat kencing manis. Kencing manis biasanya datang bersama tekanan darah tinggi dan berlebihan berat badan. Kencing manis jenis 2 berlaku kerana badan tidak dapat menggunakan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah. Berjalan dapat meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik.

# Mengawal kencing manis. Berjalan memperbaiki kebolehan badan untuk memproses gula dan mengawal paras gula dalam darah. Ia membantu melancarkan aliran darah, terutama ke kaki iaitu anggota yang sering mengalami masalah kerosakan saraf dan salur darah halus yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung.

# Memperbaiki emosi. Berjalan dan bersenam merangsang badan menghasilkan hormon endorfin yang membuatkan kita berasa gembira.

# Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot serta sendi.

# Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

# Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh, terutama kepada warga tua.

Sebenarnya jika bercakap tentang jalan santai, banyak saja pogram seperti ini yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti DINAS Kesehatan, Rumah Sakit, Syarikat persendirian. Namun apa yang menarik diri untuk menyertai jalan santai anjuran PKS ini adalah suasana biah solehah yang dibina sangat mentarbiyah diri.

Meskipun hanya berjalan santai.. Tiada ceramah yang berapi-api, tiada pengisian yang panjang lebar, namun suasana yang tercipta sangat mendidik. Melihat keluarga-keluarga baitul muslim yang berjalan bersama-sama sambil menggendong anak cukup mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan. Walaupun mereka tampak kepenatan namun hasrat besar mereka untuk membiasakan anak-anak mereka berada dalam suasana yang soleh, dalam biah yang terjaga menghapus pergi kepenatan yang bertandang. Kerna anak-anak itulah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiyyah demi mengislahkan masyarakat.

Ada juga dikalangan pak cik- pak cik yang sudah menginjak usia pertengahan, memakai baju PKS sambil bergandingan tangan. Terlihat akrab sekali.. Seperti sudah lama terpisah dek mas’uliyah dan waktu. Mungkin dalam program seperti ini, mereka bisa kembali bertemu. Menzahirkan rasa rindu yang memuncak di kalbu.bercerita panjang sepanjang perjalanan sambil melihat-lihat alam damai ciptaan Allah. Asyiknya mereka tenggelam dalam perbualan yang hanya mereka yang tahu seakan tiada orang lain yang berada di situ.

Melihat panorama tersebut, teringat pula pada ayah dan pak cik-pak cik. Dari usia muda bersama-sama menongkah arus perjuangan. Saling bergandingan tangan dan bahu untuk menegakkan deen Allah. Hingga sekarang masing-masing sudah menginjak ke usia-usia pertengahan.. di mana rambut kian memutih.. anak-anak juga semakin mendewasa. Namun mereka masih tetap bersama. Masih lagi menongkah arus perjuangan yang takkan pernah surut. Memberikan inspirasi dan contoh teladan kepada generasi muda untuk turut melangkah ke dalam arus perjuangan itu dan bekerja bersama untuk membina bangunan Islam yang teguh.

Ahad, 3 Oktober 2010

NATIJAH RAMADHAN

0


Sedar tidak sedar, sudah hampir 1 bulan berlalunya Ramadhan dari kehidupan kita tahun ini. berlalunya bulan yang Allah janjikan keberkatan dan kenikmatan ibadah yang berlipat ganda. Itulah dia keistimewaan yang diberikan Allah kepada ummat Nabi Muhammad.

Ramadhan juga diistilahkan sebagai suatu madrasah atau institusi pendidikan yang mana barangsiapa yang melaluinya akan diampunkan segala dosa telah lalu dan dilahirkan sebagai insan baru yang kembali pada fitrahnya. Apa yang diharapkan lahir dari tarbiyah Ramadhan adalah kesannya pada jiwa kita hingga mampu memomentumkan perubahan agar makin hampir kepada Allah dan lebih rajin untuk beribadah sepertimana ia seharusnya mendekatkan kita kepada kalimah-kalimah cinta tinta Al-Quran.
Kesan Ramadhan:

1) Tidak mudah berbuat dosa (nafsu yang berjaya dilentur)
Sepanjang Ramadhan, Allah telah mengurungkan syaitan durjana dari mengganggu manusia.. maka manusia hanya berhadapan dengan musuh yang berada dalam dirinya iaitu nafsu. Nafsu harus dilatih supaya mampu tunduk pada kekuatan iman.
2) Berhati-hati dalam berakhlak dan menghindari terlalu banyak bercakap
Suasana Ramadhan melatih manusia untuk sentiasa menjaga lisan dan mengurangkan dari berbicara hal-hal yang tidak perlu.
3) Bersifat jujur
Jika kita perhatikan tidak ada seorangpun yang curi-curi (kalasi) makan atau minum di bulan Ramadhan kerana adanya sifat ikhlas kepada Allah. Sifat jujur ini diharapkan untuk bisa diaplikasi dalam kehidupa kita. Kita seharusnya mengamalkan sifat jujur ini dalam hubungan dengan ibubapa, dengan majikan, guru, suami & isteri.
“hendaklah kamu semua bersikap jujur kerana kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kita ke syurga”
4) Semangat berjemaah
Ramadhan hadir serentak di seluruh dunia. Jadi dalam masa yang sama, seluruh umat islam di setiap penjuru dunia menunaikan ibadah dalam waktu yang bersamaan. Menjalani ibadah puasa, iftar, bersahur, melaksanakan solat terawih, qiamulail, mentadabbur Al-Quran dan mendalami ilmu Islami.
5) Berupaya mengawal diri

Selasa, 31 Ogos 2010

JUJUR BERANI

0

24 Augustus 2010. Baru selesai program buka puasa perpisahan bersama warga Tolo’ Barat. Malam ini, malam yang ditunggu oleh semua. Aktiviti terakhir anak-anak posko Tolo’ Barat (tolbar)yaitu bertukaran hadiah (tukaran kado).. kado yang dibeli usai pulang liburan awal puasa sudah hampir “basi” dalam kotak-kotak (kardus-kardus) Indomee.

Tapi sebelum acara yang dinantikan itu, ada pembukaannya yaitu aktiviti “Jujur berani”.. pertama kali diri terlibat dalam permainan yang begini. jujur berani ini, cara permainannya, yang pertama: Kordes memutarkan satu botol yang kemudiannya siapa yang bernasib malang terpilih oleh “botol” itu akan diadili di hadapan warga KKN Tolbar. Satu demi satu teman-teman akan menyatakan dan memberikan pendapat tentang dia dengan jujur dan berani tanpa dibolehkan untuk menyembunyikan apapun.. selesai korban pertama, dia diberi waktu untuk membela dirinya dan dipersilakan untuk memilih korban selanjutnya. Begitulah permainan berlansung hingga semua bercakap.

Jadilah terbuka segala yang tersembunyi dan tersingkaplah segala rahsia yang terbina selama 2 bulan bersama di posko. namun bukan semua yang jelek-jelek saja yang di keluarkan bahkan semua yang dikagumi dan yang baik-baik juga. Pendapatku, ada pro dan conts nya permainan sebegini. Pro nya kita dapat mengetahui dan mengenali diri kita lewat kacamata orang lain. Muhasabah diri juga berjalan seiring apa yang diperkata teman-teman. Ibarat kata hikmah : teman adalah cerminan diri kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“barangsiapa yang berteman dengan penjual minyak wangi maka dia akan terkena tempiasan wanginya sebaliknya barangsiapa yang berteman dengan tukang besi, maka dia juga akan terkena percikan apinya”

Kontra nya mungkin keburukan yang terdedah itu tidak baik untuk diketahui oleh semua orang dan kebaikan yang terlalu dilebih-lebihkan juga tidak baik untuk diperkatakan di depan empunya badan. Tapi secara keseluruhan ok lah. Kerana semua juga tidak mengambil peluang untuk sling menjatuhkan melainkan yang di sampaikan benar-benar adalah teguran yang membantu.

Kesimpulan yang didapatkan adalah, terkadang untuk mengenali orang lain kita harus belajar juga dari orang lain kerana kita tidak akan mampu untuk menilai segalanya dengan benar. Belajar juga untuk menilai dari kacamata orang lain. dari situ kita lebih bisa melihat sesuatu hal dari sisi yang berbeza-beza. Kejujuran lisan mengolah kata terbit dari hati yang telus mengungkapkan.. agar tiada lagi dengki atau dendam yang tersimpan. Aktiviti ini juga menurut penilaian ku mampu meningkatkan rasa kasih sayang dan perkenalan antara kami semua..

Acara tukaran kado dimulai setelah jam menghampiri angka 3.00 pagi. Metode yang dipakai untuk menentukan penerima kado adalah mengikut cabutan undi. Walaupun nampak mudah tapi di sini terdidik sifat sabar dan redha.. Menerima hadiah seadanya dari siapapun. Tidak boleh memilih atau berkompromi.. hadiah yang diberikan ibarat satu kado kenangan yang pasti akan diingat di sampai ke hari tua..

Khamis, 26 Ogos 2010

FITRAH KECELAKAAN

0


Ahad, 22 Augustus 2010.

“Fitrah kecelakaan!!” kata-kata seorang temam posko ibarat halilintar yang menyambar bumi. Ibarat ombak keras yang memukul dermaga. Jantung seakan mau berhenti berdegup. Fikiran gelap..gelap bagai terpuruk ke lubuk yang terdalam. Satu posko berkabung dengan berita yang mengejutkan sekaligus menyedihkan itu. Pertanyaan bertubi-tubi menghujani temanku yang membawa berita. Namun tidak banyak juga informasi yang didapatkannya kerana keadaan masih kacau.

Teman-teman yang laki-laki, Adit dan Wawan sudah berkejar ke rumah sakit (hospital) kata tuan rumah kami, haji Tewa untuk memastikan keadaan Fitrah. Kata teman Fitrah yang berjaya dihubungi sebentar tadi, keadaan Fitrah parah, justeru dilarikan ke rumah sakit (hospital). Kaki dan tangannya dijahit, luka-luka mencalari segenap penjuru tubuhnya. Keadaannya juga antara sedar dengan tidak. Tangisan sendu yang terdengar di hujung talian menambahkan rasa khuatir teman-teman yang sudah sedia melangit tinggi.

Melalui beberapa jam ke depan tanpa sebarang khabar tentang Fitrah benar-benar menyiksa. Tidak tahu kondisi sebenar anak itu. Baikkah dia? Atau terlalu parah? “Ya Allah, selamatkan Fitrah..” hati hanya mampu berdoa. Namanya teman posko yang sudah hampir 2 bulan mengharungi hari-hari bersama, kemalangan yang menimpanya benar-benar terkesan pada kami semua. Kalau adikku, pasti sudah banjir tanah Sulawesi ini dengan air mata khuatir.

Kelibat Fitrah yang tersenyum sambil memakai helm (topi keledar) nya sebelum berangkat sore (petang) kelmarin menari-nari di ruang ingatan. Dosa-dosa ku pada Fitrah yang belum termaafkan datang satu per satu menambah rasa bersalahku pada anak itu. Maklum beberapa hari belakangan, diri yang mengalami depresi dan ketidak stabilan emosi tidak bertegur sapa dengannya, kalau pun ada, cuma sepatah dua kata. Satu yang ditanya satu juga yang di jawab seakan meletakkan teman itu dalam “posisi orang bersalah”.

Kebaikan-kebaikan nya bertamu di layar minda, satu per satu.. bagaikan rekaman layar berputar dalam minda sedar. Fitrah ZM, seorang teman yang baru ku kenali saat di KKN. Anak farmasi. Menurut Fazlina,(temanku di farmasi) Fitrah ini pintar dan cerdas anaknya. Itu saja maklumat awal yang ku terima tentang Fitrah. Pas mengenali Fitrah di posko, ternyata dia sebenarnya tipe (jenis) yang boleh juga bercanda (bergurau). Bahkan gara-gara jenaka nya lah yang menceriakan dan memeriahkan keadaan posko. lucu orangnya dan senang beradaptasi dengan semua lapisan masyarakat.

Fitrah.. sangat perhatian dengan teman-teman. Lelaki atau perempuan, dari semua latar belakang dan usia. Sifat ringan tulang, sedia membantu dan humoris nya membuatkan dia disenangi dan di sayangi semua. Paling ku ingat, setiap pagi di posko, pasti dia menciptakan suasana yang rebut (kecoh) di posko dengan bercanda dan bercerita dengan temanku Rahma dalam bahasa Bugis yang hanya mereka berdua mengerti dan fasih. Keributan itulah yang paling ku rindui saling pulang ke Makassar dan bersendirian di kamar ku.

Di balik sifat humoris dan keanak-anakannya, Fitrah adalah seorang dewasa yang matang. Nasihat-nasihatnya menembus atma, fikirannya bernas, kata-katanya sangat inspiratif.. itulah Fitrah..

Berbalik pada kisah Fitrah hari ini, dia keluar berjalan-jalan dengan temannya dari posko lain sebelum asar petang tadi. Sudah lama hajat itu terpendam, baru hari ini bisa terlaksana. Selepas Magrib tadi, kami mendapat berita dia kecelakaan dalam perjalanan menghantar temannya ke posko Rumbia. Kecelakaan itu berlaku di Turatea, tidak berapa jauh dari posko kami.

Jam 8 malam, baru Fitrah di bawa pulang dari Puskesmas Tolo’ oleh Pak Desa Rumbia yang kebetulan datang mengambil teman boncengannya yang turut cedera dalam kecelakaan itu. Bergegas kami seposko keluar dari rumah untuk menyambut kepulangannya sekaligus melihat lansung keadaan sahabat yang satu itu. Temannya yang duluan keluar dari mobil (kereta) menyerahkan jaket, sandal dan obat milik Fitrah kepadaku sambil menerangkan aturan makannya. Melihat keadaan jaketnya yang robek-robek dan berlumuran dengan darah sangat menyayat hati.

Sejurus, Fitrah keluar dari mobil (kereta). Alhamdulillah masih bisa berjalan. Dia hanya menyatakan tiada apa-apa yang harus di khuatirkan. Teman-teman membantu dia merebahkan diri ke kasur (tilam). Kelihatan dia capek (penat) sekali. Pasti trauma dengan kecelakaan tadi. Pasti khuatir dengan teman yang diboncengnya. Boleh jadi juga rasa bersalah menjerat urat nadi.

Menurut cerita Fitrah, motornya hilang kawalan setelah menginjak (melanggar)satu lubang yang dalam di kawasan sawah. Di tambah kelajuan Jupiter MX yang agak tinggi kerana dia sebenarnya mengejar waktu untuk bisa solat isya’ dan terawih di posko kami memperparah keadaan. Dia sama sekali tidak perasan kalau ada lubang di situ lantaran suasana malam yang gelap di tambah lampu motornya yang malap dan penutup helm nya yang terpasang. Kesimpulannya itulah takdir yang tersurat di loh Mahfuz.

Rasa bersalahnya kepada temannya menggunung. Kasihan melihat tubuhnya yang luka-luka dan kesan jahitan di siku kanannya. Tangan kiri lebih parah dengan luka dalam. Begitu juga kaki kirinya. Baju toko biru muda yang dipakai berlumur dengan darah.
Walau dalam keadaan sakit parahnya itu, dia sempat bercanda untuk menenagkan semua orang.

Alhamdulillah, kesyukuran jua yang dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masih memulangkan Fitrah dalam keadaan yang selamat. Selesai makan,Fitrah tidak dapat tidur lantaran rasa sakit yang mencengkam dan menjalar ke urat-urat nadi. Walaupun dipaksa mata untuk lelap tetap tidak berjaya. Diri memasangkan ayat-ayat suci Al-Quran bacaan Mashari Rashid Al-fasi yang memang tersedia dalam telefon genggamku (handphone). biar dia tenang terbuai dengan ayat-ayat langit tersebut.. biar damai kalbunya dengan huluran cinta Sang Pencipta..

gambar sekadar hiasanDalam 2-3 hari belakangan, sebelum penarikan (pulang ke Makassar), semua teman-teman berusaha memainkan peranan masing-masing untuk membantu Fitrah.. ada yang berusaha menyiapkan jurnalnya, ada yang membantu memcuci pakaiannya, ada yang memotong kuku dan menemaninya bercerita, ada yang mengemaskan dan menyiapkan tempat tidurnya, mengemaskan tas pakaian, tak lupa juga yang menyiapkan makanan dan obatnya, bahkan yang menyuapinya makan dan membantunya membersihkan luka-luka. Pokoknya semua melakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan apapun kerana semua menyanyangi teman itu tanpa alasan apapun. seronok melihat persahabatan yang terbina dan bisa diandal saat susah dan senang.. gembira dan berduka..
"Tidak ditimpakan kesusahan dan kesakitan ke atas seorang mukmin itu kecuali Allah mahu menghapuskan dosanya dan meningkatkan imannya.."

Ya Allah, sembuhkanlah temanku.. shafakallah..

WANITA SEMPURNA

0


Aku ingin menjadi wanita sempurna
Yang mengagungkan cinta Allah dan RasulNya
Wanita suci yang memelihara diri dan mata
Malam beribadah siang berbakti pada nusa

Aku ingin menjadi wanita sempurna
Yang ilmu pengetahuan sarat di dada
Suruhan Allah terpatri di jiwa
Membina tamadun agama dengan membina keluarga

Namun aku sedari,
Bahawa aku hanyalah wanita biasa
Yang khilaf dan penuh dosa
Menimba ilmu tapi kemudian lupa
Iman belum kukuh dan hati mudah alpa

Aku hanyalah wanita biasa
Yang tidak mungkin akan sempurna
Hanyalah seorang wanita yang bisa berusaha
Dan terus berusaha
Untuk mencontohi sosok wanita yang sempurna
Seperti Khadijah dengan sifat dermawannya
Seperti Aisyah dengan kebijaksanaannya
Seperti Fatimah Az-Zahra dengan ketinggian akhlaqnya.

“wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..”
21 Agustus 2010
2.30 pm