Akhir-akhir ini dunia semakin digencar oleh virus yang lebih baru dan merbahaya yang
kian hari kian menyerang status iman penduduk dunia.. biar orang tua,
anak-anak, remaja terutama biar lelaki mahupun wanita. VIRUS OPPA GANGNAM SYLE
(OGS). Heboh diperkatakan disemua penjuru dunia. “ngetren” katanya!! sebelumnya penduduk bumi sudah hampir nyawa-nyawa ikan, diserang
mati-matian dengan VIRUS KPOP yang menular ke pembuluh-pembuluh darah.
.jpg)
Sedih saat melihat anak-anak remaja, muslimah atau
pemuda-pemuda islam yang seharusnya menggunakan tenaga dan daya pikiran untuk
menyumbang kepada islam, sebaliknya sibuk dimanjakan dengan drama-drama korea
yang paling singkat 18-20 episode,yang memakan bukan 1-2 jam untuk
diselesaikan. Halwa telinga kita dibelai oleh lagu-lagu dari band-band korea
yang kita sendiri tidak benar-benar mengerti maksudnya. Pandangan kita dihiasi
dengan penampilan personil ini yang kian hari kian mendedahkan semua bagian
tubuh yang ada..hampir saja anatomi lengkap.. tapi muslim muslimah itu begitu
bangga saat menceritakan tentang mereka. Bangga saat menyebut tentang SUJU,
SNSD, CN BLUE, BEAST, T-ARA dan
lain-lainnya memenuhi ruang facebook, twitter dan media lain yang terjangkau hingga dihapal
semua latar belakang, tinggi badan, karekter peribadi sang artis.foto-foto
mereka dipajang didinding-dinding, dibingkai dengan rapi, dijadikan wall paper
laptop dan handphone. Artis-artis ini
seakan menjadi kiblat mereka. Ada apa dengan remaja muslim?
Kita terlena mungkin. Ini adalah musuh-musuh yang akan dan
sedang menyerang kita setelah mereka bius kita dengan VIRUS-VIRUS ini. Kita marah
saat filem “Innoncent Muslim” diterbitkan, kita boikot orang-orang yang tidak
mahu meng”band” filem tersebut, namun secara tidak lansung kita sebenarnya "membenarkan" tuduhan-tuduhan palsu mereka melalui perbuatan kita..Lagu-lagu
galau mereka yang memandu kepada syahwat, adegan-adegan hubungan suami-isteri
yang tidak layak dipertontonkan dibuka bersih..lagi, Virus Oppa Gangnam Style buktinya. Benarlah, system
jahiliyah telah menukarkan singa-singa yang garang menjadi kijang-kijang yang
pengecut.

Bayangkan sahabat-sahabatku, warisan yang semacam apa mahu
kita tinggalkan buat anak-anak kita, generasi masa depan? Adakah personil-personil
SUJU atau SNSD yang non-muslim itu?peribadi-beribadi inikah yang akan kita
ceritakan sebagai pengantar tidur buat anak-anak kita nanti? Budaya-budaya
tidak bersih lagi merusakkan akhlaq remaja inikah yang akan kita perkenalkan
kepada mereka? Tren Oppa Gangnam Style inikah yang akan kita ajarkan dan terapkan dikehidupan mereka? akan jadi seperti apa mereka nanti? Nama islam, peribadi Korea Banget. Gaya rambut, dandan baju dah tidak serupa asia nusantara... Seorang ukhti pernah berkata “Fuzah, mendidik anak itu harus
dimulai 20 tahun sebelum kelahirannya. Jadi mulailah mendidik dirimu dari
sekarang” [Ukht.Syahruni].
Jadi ayuh saudara saudariku, ayuh kita kuatkan antivirus
iman kita supaya kita tak lagi terserang dengan virus yang sifatnya seperti
virus-virus ganas yang dicipta Umbrella Corporation dalam Resident Evil..ia
akan menyerang secara meluas dan progressive. Ia akan memusnahkan kita..Hati-Hati..ingatlah
pesan Ubai Bin Kaab saat ditanyakan tentang iman dan taqwa, beliau mengatakan
“Taqwa
itu adalah seperti Engkau berjalan di suatu jalan yang penuh duri. Tentu engkau
akan waspada dan berhati-hati”
Terbaca satu artikel di ILoveIslam berkenaan Antivirus
Iman..
kebenaran wajib ditegakkan! Pahit? memang pahit. Kepahitan yang terpaksa
ditelan ini diharapkan mampu menjadi penawar untuk penyakit yang semakin
menular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Terutamanya golongan remaja.
Mudah saja virus-virus yang merosakkan akhlak masuk ke dalam darah anak muda
masa kini.
Perhatikanlah di sekeliling kita. Budaya-budaya yang menjatuhkan moral sudah
mula diikuti oleh golongan remaja. Trend-trend yang pelik-pelik mula diminati.
Penampilan diri yang luar biasa pelik juga mula digayakan dari hujung rambut
sampai hujung kuku kaki. Paling teruk, gaya hidup islam dikatakan kuno. Tidak
moden. Semakin dipinggirkan. Aduh..
Akhlak diri pula, semakin hari semakin jauh daripada nilai-nilai islam.
Semuanya kerana apa? Kerana ramai remaja telah jatuh sakit. Terkena
virus-virus N&S (Nafsu dan Syaitan).Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk diri saya, periksalah kesihatan
akhlak kita sekarang.
Ketahuilah bahawa Virus-virus N&S dan yang sewaktu dengannya sedang
menular ketika ini. Merebak. Merebak. Dan terus merebak tanpa henti. Bukti yang
paling jelas, tepat dan terkini ialah Virus OppaGangnamStyle. Apabila kita
lihat YouTube, bilangan orang yang menyaksikan Gangnam Style sudah mencecah
lebih 100 juta. Tengok? Banyak tuuu.. kalau anda share dgn kawan-kawan,
bertambah teruklah jadinya. Akan ramailah kawan-kawan yang akan jadi mangsa.
Jika anda sayangkan diri, keluarga, kawan, jiran dan masyarakat sekililing,
jangan share video tersebut. Ketahuilah, setiap share membawa padah.
Yang paling penting, apabila tertengok video itu, jangan sesekali terdetik
di hati mahu melakukan aksi yang sama. Jangan berani-berani menggenggam tangan
anda. Pastikan sentiasa terbuka. Jaga kaki anda betul-betul. Jangan biarkan
terkangkang tanpa disedari. Ini amaran awal!
Jika tersilap langkah, confirm virus itu akan menyerang tanpa henti.
Tabiat anda selaku manusia normal akan berubah. Tidak lagi normal. Anda akan
menari dengan
tangan-digenggam-dihayun-hayun-ke-hadapan-sambil-menyebut-OppaGangnamStyle.
Lebih-lebih lagi kalau ada rakan yang menyokong dan melakukan gaya yang sama,
maka aksi anda menjadi jauh lebih meletop. Kadang-kadang beruk dan monyet pun
terasa cemburu sebab tak pandai buat macam anda.
Begitulah kehebatan virus OGS apabila berjaya menarik nafsu manusia.
Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam kelompok yang cepat terpengaruh dan
dicemburui oleh beruk-beruk di luar sana.
Sebelum virus-virus N&S yang lain datang menyerang, persiapkanlah diri
dengan antivirus yang kuat. Apa antivirus yang kuat dan berkesan?
"IMAN" bukan sekadar percaya
Tetapi Yakin
Ya. Keimanan kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Itulah antivirus yang paling
berkesan. Tidak ada yang lain. Walau sebanyak manapun virus yang datang, walau
sekuat manapun virus yang menyerang, "IMAN" akan menjadi antivirus
terbaik untuk melawan. Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang beriman.
Namun, bukan sekadar 'percaya' tetapi 'yakin' hanya Allah dapat memelihara kita
daripada virus-virus tersebut.
Orang-orang beriman sahaja yang mampu memiliki sistem pertahanan diri yang
mantap! Buktinya, mereka tidak mudah terpengaruh dengan sebarang perkara yang
merosakkan. Apa-apa aktiviti yang tidak bermanfaat lagi sia-sia terus
ditinggalkan. Benda lagho dibuang ke tepi. Tidak dilayan.
"Biar betul?"
Ya. Betul. Allah SWT sendiri mendedahkan rahsia ini.
"Sesungguhnya
menanglah (berjayalah) orang-orang yang beriman.Yang khusyu' dalam
solatnya. Dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda
lagho (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfeaedah).
(Surah an-Nur ayat 2-3)
Nampak kaitannya di situ? Jelas bukan?
OGS adalah amalan yang jelas-jelas merosakkan akhlak. Malah langsung tidak
bermanfaat. Sia-sia. Maka orang-orang yang beriman pasti akan menjauhkan diri
daripadanya. Sebaliknya, orang-orang yang tidak ada antivirus IMAN yang mantap
dan terbaik dari ladang, pasti akan sanggup mengikuti dan menyokong OGS
tersebut.
"Apa bukti antivirus IMAN itu sudah ada dalam diri?"
Mudah saja. Apabila antivirus iman sudah dimasukkan ke dalam diri, perasaan
aneh akan muncul serta merta. Otak, jantung, paru-paru, hati, tulang belakang
dan seluruh anggota badan akan mula merasakan sesuatu yang sangat luar biasa.
Apa yang dirasa?
"ketenangan".
Ya, ketenangan yang terhasil melalui antivirus Iman yang membuahkan rasa
cinta kepada Allah. Apabila diri sudah jatuh cinta dengan Allah, segala-galanya
sanggup dilakukan. Demi cintaNya.. apa yang Allah suruh, bersungguh-sungguh
dikerjakan. Apa yang Allah larang, bersungguh-sungguh ditinggalkan. Itulah
ketenangan yang betul-betul membahagiakan. Apabila Allah datangkan ujian, diri
akan mampu menempuhnya dengan sabar dan syukur.
Berbalik pada OGS tadi, kemunculan gaya gila-gila OGS merupakan ujian buat
kita semua. Sama ada kita kalah lalu terikut-ikut atau kita menang lalu
terselamat, semuanya bergantung kepada antivirus IMAN. Bagi orang-orang yang
beriman, ujian ini merupakan perkara biasa dalam hidup mereka. Mereka tahu
bahawa bahawa kekuatan cinta mereka terhadap Tuhan mereka sedang diuji.
"Apakah
manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah
beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah ayat 2-3)
Oleh sebab itu, apabila ujian virus OGS datang, mentah-mentah orang beriman
akan menolaknya dan mengiktiraf bahawa gaya ini bukan gaya yang disukai Allah.
Bukan gaya yang patut dicontohi. Kerana mereka sudah yakin bahawa akhlak yang
terbaeek untuk diteladani adalah akhlak rasulullah SAW.
"Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang
banyak mengingati Allah."
(Surah ayat 21)
Sama-samalah kita pelajari dan mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh
rasulullah SAW sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah baginda.
Mudah-mudahn kita termasuk dalam golongan yang mencintai peribadi baginda
SAW. Bukan mencintai budaya dan cara hidup yang selainnya. Kerana di akhirat
kelak kita akan bersama dengan orang-orang yang kita contohi dan sayangi.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
""Sesiapa
yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut"
(Riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath)
Rasulullah SAW bersabda lagi;
"Seseorang
itu akan bersama orang yang cintainya di akhirat kelak."
(Riwayat Imam Bukhari)
Jelas bukan? Ya.. cukup jelas.
Mahu ikut Rasulullah atau GangnamStyle? Atau Korea-korea? Atau selainnya?
Pilihan di tangan anda!
Akhir sekali, hayatilah firman Allah 'Azza Wa Jalla ini;
"Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah keadaan sesebuah kaum itu selagi mana mereka tidak
mengubah keadaan mereka sendiri."
(Surah ar-Rad ayat 11)
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4935-oppa-gangnam-style.html#.