Skinpress Rss

Jumaat, 11 Mac 2011

ASK ONE PERSON TO ALLAH

0


“ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata :sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri”

[QS Fushilat : 33]

Berbahagialah, jika hingga saat ini engkau masih hidup bersama dakwah. Berbahagialah, jika detik ini tugas mulia itu masih kau jaga dan menjadikannya mutiara dalam setiap nafasmu. Ketika engkau pergi membawa cahaya dan memasuki lorong-lorong gelap dan terjal, maka itulah dakwah. Ketika engkau menyapa semua warna dan mensibghahnya dengan warna putih yang kau punya, maka itulah dakwah. Semua warna ada dengan segala keunikannya. Bahkan warna hitam pun akan menjadi coklat jika kau sibghah dengan warna putihmu.

‘Nahnu du’at qobla kullu syai’in’. kita adalah penyeru sebelum yang lain. seperti yang difirmankan Allah dalam ayat di atas. Betapa jelas, bahawa tidak ada seruan yang lebih baik daripada seorang yang menyeru kepada Allah. Karena setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka adalah cahaya. Setiap kebaikan yang diucapkan dan dilakukan adalah cinta. Maka, bisa jadi seruan itu akan mengantarkan orang-orang yang diseru pada hidayah. Begitulah dakwah.

Dakwah adalah sebuah perjalanan yang tak akan berakhir kecuali nafas terakhir yang kau punya meninggalkan raga. Dakwah adalah kehidupan yang selalu dan setiap saat menempel ditubuhmu, menjadikanmu wangi disisiNya. Memang, perjalanan dakwah bukanlah perjalanan yang menyenangkan. Terjal, penuh rintangan. Tapi, ingatlah bahawa ketika tugas berat itu telah selesai kau rampungkan, ada sebuah hadiah istimewa dariNya, ada kado syurga untukmu, ada kebahagiaan yang belum pernah terpikirkan selama engkau hidup di dunia. Maka, biarkan dakwah membalut setiap gerak gerimu, setiap kata, setiap tulisan-tulisanmu.

Tapi jangan lupa bahawa pada akhirnya perjalanan dakwah yang kita lalui memerlukan sebuah kepasrahan jiwa, ketundukan hati untuk menyerahkan hasil sepenuhnya pada Rabbul Izzati. Tawakal! Karena hanya DIA yang mengetahui, segala hal yang terbaik bagi hambaNya.

Khamis, 10 Mac 2011

SEGALANYA TENTANG RINDU

0


Rindu adalah sesuatu yang lahir dari kalbu. Rindu adalah wujud cinta yang tertanam dalam. Tidak ada yang salah dengan rindu, jika rindu itu menancap di hatimu, biarkan ia mengalirkan darahmu kepada yang paling dirindu, kepada Allah dan Rasul-Nya. Maknailah kerinduan dengan sebuah taman yang akan menyuburkan keimanan, yang akan menumbuhkan buah-buah segar dalam pohon bernama “kehidupan”. Tetapi jangan biarkan rindu itu menjadi hama yang akan menjauhkanmu dari agama, jika itu yang terjadi, maka tumbangkanlah dan buanglah sejauh engkau bisa.

Rindu terbit dari rasa cinta. Ketahuilah bahawa rindumu pada-Nya adalah rindu yang di dalamnya tersimpan kekuatan Maha Dahsyat, bahkan jikalau rindu itu ditikam lawan, maka ia akan tetap bersemayam dalam jiwamu. Tetap mengisi hari-harimu, tetap melekat dalam jiwamu. Kerna inilah sebenarnya hakikat rindu. Kerinduan yang sampai pada taraf keinginan yang kuat untuk bisa berjumpa dengan-Nya. Untuk bisa menatap wajahNya. Rindu adalah kekuatan, dan kekuatan akan melahirkan ketaatan.

Rindu adalah bongkahan batu yang harus kau pecah! Harus kau hancurkan! Menjadi butir-butir temu di titik beku. Karena sejatinya, jika engkau merindu, tidak ada yang lebih indah pada akhirnya daripada sebuah perjumpaan. Namun mungkin pada hari ini engkau masih belum bisa menemukan perjumpaan besar. Hanya menemukan perjumpaan kecil dalam rakaat-rakaat panjang. Tapi ketahuilah bahawa perjumpaan kecil itu yang akan mengukuhkan rindumu untuk kemudian pecah saat perjumpaan besar digelar. Itulah puncak kenikmatan. Ketika rindu yang dipendam bertahun-tahun menjelma keterpesonaan dan keindahan disinggahsana Tuhan…

Isnin, 7 Mac 2011

INVESTMENT SAHAM AKHIRAT

0


Wang.. Wang.. Wang..

Berbicara masalah dunia hari ini pasti takkan pernah terlepas dari membahaskan masalah kewangan. Majoriti dari masyarakat hari ini menjadikan wang sebagai subjek utama kehidupan. Ungkapan “kalau tak de duit, macam mana nak hidup?” “ ingat beli beras pakai pasir ke?” selalu terdengar. Hasilnya semua orang sibuk mengendalikan perniagaan (business) yang boleh menghasilkan wang.

Dari yang tak punya modal pusingan hinggalah yang berkelulusan professional. Dari anak sekolah rendah (SD) hinggalah yang sudah menjawat gelar doctor pHD. Yang jurutera (engineer) sibuk dengan business di internetnya, yang sudah jadi dokter pakar kecemasan dsb (spesialis gawat darurat) sibuk dengan direct sellingnya. Yang medical student juga ikut sibuk dengan business makanan buat minda, supplemen dan sebagainya. Pokoknya semua orang sibuk dalam menghitung dan mengumpul keuntungan dunia.

Bukan salah untuk mencari harta dunia namun harus kita waspada. Kerna takutnya dunia yang menjadi tujuan kita bukan lagi akhirat yang sepatutnya. Kata seorang bijak “jika kamu mengejar dunia, maka dunia akan lari. Tapi jika kamu mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarmu.” Hidup kita bukan hanya didunia. Masih ada lagi kehidupan akhirat yang kekal abadi menanti. Sabda Rasulullah SAW:

“Orang yang paling pintar dikalangan umatku adalah yang paling banyak ingat mati dan yang paling bersedia menghadapinya”
[HR Abdullah Ibnu Umar]

Terkadang kerna wang, manusia lupa keluarga, lupa sanak saudara. Ini dibuktikan apabila ibu bapa meninggal, mulalah adik beradik bergaduh dan ada yang sampai sanggup saling berbunuh gara-gara merebutkan harta pusaka peninggalan orang tua. Padahal adik beradik itu harusnya berkasih sayang dan saling membantu.

Kerna wang, jarang yang mahu menghulurkan sedekah, membantu anak yatim, fakir miskin dan orang yang membutuhkan. Kata mereka “ kenapa pula aku yang harus beri? sedangkan aku yang bersusah payah mencari harta siang dan malam”. Mereka lupa kalau dalam harta itu ada zakat yang menjadi hak fakir miskin dan anak yatim.

Harta benda itu sebenarnya adalah milik Allah. Ia dipinjamkan kepada kita sebagai nikmat dan ujian. Siapa yang bijak mengurusnya akan mengaut keuntungan dan siapa yang tamak haloba tidak lain hanya akan menanggung kerugian yang besar. Orang yang benar-benar kaya bukanlah orang yang banyak harta dunianya sebaliknya orang yang berjaya mentransferkan harta dunianya menjadi saham akhirat.

Ayah pernah menasihati, dalam memenangi hati mutarabbi perlu invest. Belanja mereka makan (traktir), belikan mereka hadiah (ole-ole/kado). Luangkan masa untuk lebih dekat dengan mereka. Sediakan diri untuk mendengar keluh kesah mereka. Semua dalam rangka untuk memenangi hati. Jangan pernah merasa berat dan kedekut untuk mengeluarkan harta di jalan dakwah ini kerna itu sebenarnya investment akhirat kita. Modal awal dalam urusniaga dengan Allah. Setiap sen yang kita laburkan itu insyaAllah akan ditukarkan oleh Allah SWT sebagai saham pahala yang berlipat ganda.

Menurut teori miroekonomi, harga sesuatu produk berkadar lansung dengan hubungan antara permintaan serta input dan output. Jika input dan output bergaris datar sedangkan permintaan meningkat, maka harga juga akan meningkat. Sedangkan jika output meningkat sedangkan permintaan menurun, harga juga akan menurun. Jika input dan output menurun sedangkan permintaan masih dalam garis datar, harga akan meningkat. Investment juga hanya membolehkan objek yang bernilai untuk dijadikan modal atau tukaran. Contohnya seperti wang ringgit, tanah, properties (rumah, kereta, emas dll). Modal dan saham juga akan mengikut kepada keadaan ekonomi semasa dan berkemungkinan untuk mengalami susut harga yang fatal dan merugikan. Kesimpulannya setiap perniagaan itu punya potensi dan resiko untuk mengaut keuntungan mahupun menanggung kerugian.

Berlainan halnya dengan peraturan perniagaan dengan Allah. Setiap investment pasti akan mendatangkan keuntungan buat pemodal. Tidak kira dalam suasana ekonomi yang bagaimana sekalipun keuntungan itu tetap terjamin. Kita juga boleh menggunakan sebarang object sebagai modal investment seperti harta benda, masa, tenaga, anggota badan, ilmu, kemahiran dll. Tiada batasan. Firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung”

[surah At-Taubah; 111]

Sabtu, 5 Mac 2011

KEMBALI

0


Harapan dari setiap insan
kesenangan serta ketenangan
menjalani hidup ini tanpa ada cobaan

Sayang harapan itu tak pasti
karna cobaan akan terjadi
‘tuk menguji sabar diri dan ketakwaan

Akankah kita tetap tegar
menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan?

Katakanlah, kami ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepada-Nya
kapan dan di mana saja

Dan berdo’alah, mohon ampunan
dari semua kesalahan
agar mendapat keridhoan dan pertolongan
dalam ujian
BY: Tashiru Kembali

Khamis, 3 Mac 2011

BAHAYA FUTUR

0


Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keIslaman seseorang. Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Antara bentuk-bentuk futur yang sering di alami oleh seseorang adalah:

1) Malas ber’ibadat.

2) Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu kita digalakkan menziarahi kubur sebagai ‘ubat’ agar hati kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian.

3) Melakukan ma’siat samada kecil atau besar. Lebih teruk kefuturan seseorang jika kema’siatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi kefuturannya jika dia bergembira dengan ma’siat.

4) Suka melihat atau menyaksikan ma’siat. Orang beriman akan melihat dosa ma’siat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.

5) Ukhuwwah menjadi longgar.

6) Ghairah kepada dunia. Sebok dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang disogokkan kerap menjerumuskan seseorang kepada sikap ghairah dengan dunia.

7) Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduran duniawi.

8) Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh)

9) Menangguh-nangguhkan kerja.

Semua perkara di atas melemahkan keperibadian seseorang. Kadangkala seseorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam. Futur boleh membahayakan aspek rohani atau ruhy kita terutama kerana ia bisa memnyebabkan:

1) Tidak ikhlas dalam berkerja.
Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam semua kerja yang kita lakukan. Ikhlas kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam setiap kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.”
(Al Bayyinah (95):5)

Hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

( إنما الأعمال بالنيات ) رواه البخاري ومسلم
“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niatnya.”

2) Lemah dalam ilmu syara’ (iaitu ilmu dari masdar yang betul) dan penghayatannya.
Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir al-Qur’an, ilmu hadis, fiqh, tarikh, bahasa arab dan lain-lain. Antara yang penting ialah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)

3) Berkawan dengan orang yang tidak berhimah atau bercita-cita tinggi (yakni yang berhimah rendah).

4) Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih me¬mentingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan jamaah. Bila seimbang barulah elok segala kerja kita.

5) Lemah tarbiyyah (proses mendidik hati dengan keimanan).

6) Tidak tahu menyelaras atau memperseimbangkan antara kemampuan dan kerja.

7) Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Seseorang yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah. Dia terus lemah untuk mengubati dirinya. Bagi kita, kalau kita rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang boleh menguatkan diri kita atau berusaha dengan cara yang sunnah untuk mengubati futur.

8) Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit hati seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.

Isnin, 28 Februari 2011

TAMRIN IMAN

0


Pulang bercuti (libur) ke tanah air setelah hampir 5 bulan berada dinegeri jiran. Alhamdulillah sesungguhnya dengan izin Allah lah yang memberi ruang dan peluang untuk diri serta sahabat-sahabat untuk menghadiri tamrin dalam rangka membina kembali motivasi diri dan menyuburkan syu’ur islami (rasa hati dalam menghayati islam). Sungguh.. belajar tentang Islam itu tidak pernah mengenal erti selesai atau berhenti.. kerna kita harus belajar dan terus meningkatkan kefahaman kita tentang Islam. Supaya peningkatan iman itu berjalan seiring dengan usia yang kian menganjak dewasa.

Dalam reality kita sebagai mahasiswa, hal yang pertama dan paling utama itu adalah belajar dengan bersungguh-sungguh kerna belajar itu sendiri adalah merupakan tuntutan sepertimana hadith nabi yang bermaksud:

“menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap orang mukmin”

Maka adalah menjadi tanggungjawab dan nilai ibadah kita kepada Allah. Oleh kerana belajar itu tanggungjawab serta amanah, maka kita harus melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan berusaha dengan maksimum untuk menjadi orang yang cemerlang. Ada seorang adik pernah bertanya:

”kak, kalau memang Allah takdirkan kita ini bodoh dan tidak akan berjaya bagaimana?”

“kalau kita telah berusaha bersungguh-sungguh tapi tetap gagal, bagaimana?”


Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah melihat kepada natijah (hasil) kerna natijah itu milik Allah, tetapi dia melihat kepada usaha kita dan proses kita meraihnya. Adakah dengan cara yang di benarkan oleh syara’ atau sebaliknya. Jika kita telah memenuhi aturan Allah tapi Allah masih menangguhkan kejayaan buat hambaNya,tetaplah berbaik sangka pada Allah dan yakinlah bahawa Allah sedang merancang yang terbaik buat kita. Apabila kita cemerlang dalam akedemik, maka insyaAllah kita akan mampu untuk menarik orang terhadap Islam sekaligus memelihara diri dan Islam daripada fitnah.

Akedemik dan pekerjaan adalah wasilah (cara atau jalan) yang akan kita gunakan untuk menuntut akhirat. Dalam arti kata kita mempergunakan kurnia Allah dengan nikmat ilmu dan pekerjaan untuk menanam benih kesolehan dan kebajikan dengan harapan ianya akan mendapat penilaian disisi Allah dan menjadi buah yang akan kita tuai diakhirat kelak. Bak kata bijak “orang yang tamak mengejar dunia, maka dunia akan lari jauh darinya tapi orang bijak mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya”.

Sungguh.. kita harus memikul tanggungjawab dakwah dan tarbiyah ini hingga penghujung nyawa kita. Kerna ini adalah asas penciptaan kita yakni menjadi khalifah di muka bumi selain sebagai hamba yang sentiasa beribadat kepada Allah. Dalam rangka membina diri kita untuk menjadi insan yang soleh dan musleh (baik dan menjadikan orang lain juga baik),tidak boleh tidak kita harus tetap sabar berada dalam tarbiyah yang tersusun bertahap.

Untuk melahirkan barisan tenaga insan yang mantap, semestinya bercermin kepada proses dasar yang berjalan secara berterusan. Itulah dia proses tarbiyah. Penglibatan kita ke dalam dakwah dan tarbiyah ini harus bersifat aqidi(aqidah). Tujuan utama kita hanya satu yakni mengenalkan manusia kepada Penciptanya. Membina keyakinan dan kefahaman tentang magrifatullah dan kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Komitmen kita harus bersifat masiri (selagi hayat dikandung badan). Tidak ada istilah pencen (retire), berehat dahulu atau mengundurkan diri dari jalan Allah yang benar ini.. Yang ada hanyalah berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik dan mengajak orang kepada kebaikan pula. Itulah ambisi kita dan kita hendaklah sentiasa bekerja ke arah itu hingga kita dipanggil pulang oleh Allah. Kerna amal kita dinilai saat akhir penghidupan kita. Makanya berdoalah semoga Allah mengambil kita dalam keadaan husnul khotimah (pengakhiran yang baik) bukan su’ul khotimah (pengakhiran yang buruk [jelek]).

Kata Imam As-Syahid Hasan Al-Banna:

“ Wahai pemuda, setiap fikrah hanya akan berjaya apabila dibuka dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkan, ditambah semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam pelaksanaannya”

Rabu, 23 Februari 2011

JAULAH KE BUKIT LARUT

0


Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.

Antara tarikan yang dimiliki oleh Bukit Larut adalah Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut. Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut. Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja. Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00. Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui. Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut.Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping. Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut.

Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM6 bagi dewasa dan RM4 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit.

Sepanjang perjalanan naik ke Bukit Larut, sempat memerhatikan pemandangan dipersekitaran melalui kaca tingkap jeep/pacuan 4 roda (panter) tersebut. Dari situ jelas kelihatan perubahan jenis tumbuhan diketinggian tertentu. Teringat matapelajaran (subjek) geografi yang pernah dipelajari sewaktu di tingkatan 3 dahulu (SMP kelas 3).

Kata cikgu, hutan hujan tropika memiliki 4 lapisan. Yang berada dikaki bukit iaitu lapisan paling bawah, Forest Floor,adalah tumbuhan yang menerima cahaya matahari yang paling sedikit yaitu 2%. Hanya tumbuhan yang sanggup untuk hidup dengan cahaya yang sedikit yang tumbuh dikawasan ini. tumbuhan ini seringkali tidak ada mengalami vegetasi disebabkan cahaya yang sedikit tersebut. Ia juga mengandungi tumbuhan saprofit (tumbuhan yang bisa hidup pada tumbuhan lain yang telah mati). Banyak jenis fungi mampu hidup dikawasan ini dan membantu proses degradasi tumbuhan yang reput.

Lapisan kedua adalah lapisan Understory yang terbentang antara lapisan kanopi dan kaki bukit. Lapisan ini menjadi habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna seperi burung, ular, cicak, dan juga haiwan pemangsa seperti jaguar dan leopard. Daun-daun bagi pokok yang tumbuh pada kapisan ini lebih lebar dan besar. Jenis serangga juga sangat banyak. Hanya 5% cahaya matahari yang bisa menembus ke lapisan ini.

Semakin bergerak ke atas, kita dapat menemui lapisan ke3 yang dinamakan lapisan Canopi. Ia memiliki majoriti pohon-pohon yang besar, yang biasanya antara 30-45m tinggi. Lapisan ini adalah lapisan paling padat dalam biodiversity. Dianggarkan 50% flora fauna bisa ditemui pada lapisan kanopi. Tumbuhan kanopi ini memiliki batang yang besar dan kukuh di samping dedaunnya saling bertautan memberikan panorama hijau yang indah serta dingin dan mendamaikan.

Sementara lapisan paling atas iaitu lapisan keempat adalah lapisan Emergent. Lapisan yang memiliki sedikit pohon besar yang tumbuh melebihi pohon kanopi yang biasa. Ia mencapai ketinggian 45-55m terkadang ada yang mencapai ketinggian 70-80m. tumbuhan yang hidup di lapisan ini harus mampu untuk tetap hidup dan bertahan terhadap suhu yang tinggi dan angin deras yang menerpa. Dedaun bagi pohon di lapisan ini sudah berubah kepada daun yang runcing dan halus seperti daun pirus untuk meminimalkan kehilangan air dan daya rintangan udara.

Analoginya bukit dan cahaya matahari itu seperti manusia dengan iman. Bagian Forest Floor ibarat manusia tanpa pedoman iman. Mereka itu rapuh. Ia mudah tersesat dan melakukan hal yang berada diluar tabi’I manusiawi. Manusia sebegini cenderung berbuat sesuka hatinya di atas muka bumi kerna dia tidak pernah mempedulikan tentang hari setelah kematian. Dia asyik dengan kesenangan dunia dan tenggelam di dalam arusnya. Semua amal yang dilakukannya adalah sia-sia. Akhlak mereka jelek dan menjengkelkan.

Mendakit bukit, cahaya yang bisa menembusi lapisan Understory 5%. Lebih banyak dari kaki bukit. Lapisan ini ibarat manusia yang kebanyakan. Menerima iman tapi hanya setipis kertas. Iman memandu mereka menilai dunia menurut panduan fitrah. Mereka suka akan kebaikan dan berusaha untuk mengerjakan kebajikan sesuai dengan kesucian naluri kasih sayang yang dimiliki manusia. Namun iman yang tipis ini belum mapan untuk membuatkan mereka menerima Islam secara keseluruhan dan sebagai sistem hidup yang memandu arah. Namun sebaliknya mereka masih melihat islam secara secular yakni terpisah dari jurus kehidupan harian mereka. Islam tinggal sebatas ritual ibadah seperti solat dan berpuasa. Mereka ini adalah orang yang mengambil Islam secara separuh-separuh. Mereka berakhlak sesuai dengan tuntutan fitrah yang baik. Baik dalam rangka menyelamatkan diri sendiri dari azab Allah.

Lapisan Kanopi adalah lapisan orang yang Allah letakkan bejana didadanya. Mereka ini diamanahkan dengan kefahaman Islam buat disampaikan pada orang-orang lain disekitarnya. Pohon kanopi tumbuh subur dan kukuh (kokoh) dengan batang yang keras dan tinggi kerna ia mendapat pajanan matahari yang baik. Begitu juga manusia yang dididik dengan asas ketaqwaan itu, akan mendapati bahawa iman berakar umbi dalam jiwanya. Dari iman yang murni ini pula akan mengeluarkan daun-daun yang segar dan saling bertaut yakni hati yang disimbahi iman akan bertaut dengan hati-hati saudaranya yang lain hingga mereka bersatu dan saling bahu membahu untuk menebarkan kebaikan buat ummat seluruh alam layaknya daun kanopi yang bertaut untuk mendinginkan hawa bukit. Mereka ini berakhlak dengan akhlak yang dituntut oleh syariat dan saling membantu kearah kebenaran dan kesabaran.

Manakala lapisan terakhir adalah lapisan Emergent yang hanya mampu dihidupi oleh tumbuhan yang telah mengalami proses adaptasi atau pengubahsuaian (daun yang tirus dan batang yang kuat). Adaptasi ini yang membantu mereka untuk bertahan hidup dalam panas atau dihadang angin. Mereka meraih cahaya matahari yang paling banyak dan semakin dekat menggapai langit. Begitulah ibaratnya orang yang beriman dan bertaqwa. Mereka ini adalah insan yang telah menjalani suatu “proses adaptasi” yakni proses tarbiyah. Hingga yang muncul pada diri mereka adalah peribadi-peribadi yang sesuai dengan corakan Allah SWT. Mereka adalah orang yang kuat hatinya dan sentiasa berhubung dengan Allah. Mereka bersabar saat menghadapi ujian dan bersyukur saat diberi nikmat.

Semoga kita mendidik diri kita supaya mencapai tingkat Emergent.. tingkat yang paling hampir dengan Allah. Amin Ya Rabb…