
Alhamdulillah malam minggu baru-baru ini berpeluang mengikuti program dzikir akbar, atau dikenali sebagai Malam Tasyakur & Tausyiah Akbar yang diadakan dalam rangka milad PKS yang ke-13. Program ini dirasmikan oleh Pak Wali Kota Makassar sebagai penghargaan dan kebersamaan dengan rakyat Sulawesi Selatan.

Ramainya hadirin yang datang membanjiri dataran berpakaian putih sebagai simbolis kepada penyucian jiwa dan bermulanya kamus baru dalam hidup. Subhanallah, walau dikatakan Makassar adalah salah satu Bandar yang penuh dengan hedonism, sebenarnya masih banyak program-program siraman rohani yang bisa dihadiri dan diambil semangat daripadanya. Tinggal terserah pada individu masing-masing untuk mencarinya dan terjun ke dalamnya.
Malam ini, audien yang datang tidak sebatas yang tinggal di Kota Makassar sahaja bahkan yangtinggal di kota-kota perifer (kota kecil) turut hadir seperti dari Gowa, Takalar, Jeneponto, Maros, Pangkep, Barru, Pare-Pare dan Sidrap turut memeriahkan suasana. Padahal jarak yang harus mereka tempuh tak kurang dari 2 jam ke atas dengan menaiki mobil (kereta). Namun berbekal rasa hati, syu’ur dan kebersamaan yang tidak berbelah bahagi mereka rela untuk berkorban tenaga, masa, wang dan sebagainya. MasyaAllah.

Jika dilihat sebenarnya dimanapun kita berada, selagi kita berada dalam sibghah Allah, corakannya tetap sama. Biar di Malaysia, di Indonesia, di Brunei mahupun di dunia lain tetap menampilkan hasil didikan yang sama. Teringat kata-kata Akhi Mu’az dalam tazkirahnya, “tanamkan dalam jiwa bahawa, sempadan kita bukan sempadan tanah yang dipecah perintah oleh penjajah, bukan sempadan budaya yang mengekang kita, namun sempadan kita adalah sempadan aqidah. Dimana ada saudara mukmin kita, di situlah negeri kita dan kita harus ikut bergabung ke dalam bendera dakwahnya. Membumikan diri kita dengan syiar Islam walau dimana kita berada”

Kata-kata tersebut walau pertama kalinya susah untuk dimengerti, namun ternyata malam ini dan program Apel Milad sebelumnya (17 April) lalu, dapat dirasai dan meresap ke dalam hati. Dalam program sebelumnya, kumpulan nasyid Shoutul Harokah dengan gabungan dari Izzatul Islam sempat melantunkan nasyid berjudul “Bekerja Untuk Indonesia”. Jika biasanya hal yang bersifat nasionalis seperti ini, kami tidak begitu berani untuk ikut bergabung, namun untuk waktu itu, melaungkan nasyid tersebut sambil menggenggam tangan sahabat-sahabat sefikrah benar-benar member syu’ur yang berbeza. Turut merasa betapa keadaan menuntut kita untuk bersama melawan badai fitnah dan jahiliyah yang menantang.
0 ulasan:
Catat Ulasan