Alhamdulillah baru-baru ni Allah SWT berkenan memberikan kami ruang dan peluang untuk bertemu dan menimba ilmu dari salah seorang Specialist O&G dan suami, Ustaz dan ustazah muda yang diterbangkan khas untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan kami di sini. Walaupun program berbentuk mini tamrin (bermalam 1 hari 1 malam) memakan masa yang tidaklah terlalu lama, namun intipati dan syu’ur yang didapatkan dari program ini amat berkesan.
Dari penyampaian yang diberikan, Alhamdulillah mampu mengetuk kembali hati-hati yang agak terlena dalam kesibukan dan menambah ilmu yang baru buat yang belum pernah tahu. Terkadang kita terlalu sibuk dengan dunia hingga dunia kembali lebih menyibukkan kita. Jadi kita harus juga memperhatikan akhirat kita supaya apabila kita memperhatikan akhirat kita, dunia akan menyeimbangkan kita.
Respon dari adik-adik yang baru pertama kali merasai suasana tamrin (bermalam bersama) seperti ini sangat memberangsangkan. Mereka sangat teruja untuk menyerap lebih banyak ilmu dan pengalaman. Ibarat satu kata-kata yang sering diulang-ulang oleh kakakku “semangat orang muda dipandu dengan pengalaman orang tua”.. begitulah. Walaupun adik-adik memang sudah dikatakan dari satu kelompok yang sangat akrab, namun suasana tamrin yang terbina dengan syu’ur yang tersendiri itu Alhamdulillah mampu menciptakan kelainan. Masing-masing banyak tanyanya, banyak maunya hingga kelelahan makcik mahu melayani semua. Banyak persoalan yang ingin dilontarkan dan digali dari pengalaman makcik. Tak cukup rasanya masa sehari semalam tersebut. (tambah berseri saat menerima ole-ole makcik berupa coklat hazelnut dan almond.. berebut layaknya anak-anak)
Mereka yang mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga demi orang-orang yang tidak terhubung darah dengan mereka sama sekali. Bahkan orang yang tidak pernah mereka kenali (pertama kali juga bertemu dengan ustaz dan ustazah). Namun mereka rela.. hanya atas dasar keyakinan aqidah dan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT.. Padahal ada anak-anak yang menanti huluran kasih sayang mereka di rumah .. ada pekerjaan yang menumpuk menanti mereka pas pulang.. Allahu Akbar!!
Alhamdulillah walaupun tidak dapat full time melayani makcik, pakcik, ustaz dan ustazah sepanjang keberadaan mereka di sini, namun berjaya menghantar mereka sewaktu pulang. Sangat terkesan dihati sewaktu menyatakan kepada makcik sebelum berpisah..
“makcik maaf sangat tak dapat layan makcik penuh kali ni terpaksa jaga” jawapan makcik sambil ketawa “tak mengapa insyaAllah, anti jagalah semua orang”..(sama-sama ketawa, makcik dah faham istilah jaga=oncall)
“makcik, terima kasih sangat2 atas semuanya, hanya Allah yang mampu balas” diri berkata lagi
“insyaAllah apa yang kami boleh bantu, kami bantu..anti bagitau je”
Sms terakhir makcik sebelum berangkat pulang “Jzkk atas segala layanan. Moga Allah membalas anak-anak semua dengan jannah. Teruskan usaha D&T ilallah dengan menggemblingkan tenaga akhawat sekitar sebagai ansar”.. subhanallah, luar biasa. Empangan airmata yang ditahan waktu di airport (bandara) akhirnya pecah jua. Terharu dan segan dengan layanan tak seberapa yang diberikan. Baru berazam untuk tidak menangis seperti kali pertama menghantar makcik dan pakcik pulang 2 tahun yang lalu. Semoga pertemuan ini akan menjadi momentum besar dalam menjana perubahan di bumi Makassar ini amin..

0 ulasan:
Catat Ulasan