Setelah memeriksa dengan teliti, kakak mendapati bahawa saluran paip (pipa air) tersebut telah berjaya diterobos oleh semut-semut itu hingga menghasilkan lubang-lubang (lobang) yang besar di paip hingga berakibat fatal menyebabkan kebocoran massif.
Tiba-tiba terilham beberapa analogi dari kisah semut ini.
Belajar dari semut, walau betapa kecilnya diri kita, harus mempunyai impian yang besar samada dalam pelajaran maupun utuk ISLAM.. kenapa umat Islam harus cemerlang dalam pelajaran, kerana ia adalah jihad kita. Berusaha menjadi yang terbaik supaya kita mampu memberikan manfaat kepada jalan Allah ini. Berimpian besar untuk membina gagasan (legacy) yang menyeru manusia kepada Allah dan memahami deen ini dalam masa yang sama mecegah kemuungkaran dan thagut dari berleluasa di muka bumi ini. dari impian yang besar ini akan menjana daya usaha yang maksimum dan optimal utuk menggapai impian tersebut. Berbekalkan semangat yang kukuh, jiwa yang kental dan sifat pantang menyerah, kita akan mampu mengharungi rintangan yang datang menghadang kerna kita jelas dengan matlamat kita. Senantiasa membaiki diri dan belajar dari kesalahan dalam rangka meningkatkan kualiti diri untuk mencapai target.

b) Semut, kerana menyedari betapa kecil dan terbatasnya kemampuan, bekerja bersama-sama untuk menerobos lubang paip (pipa air), berjemaah dan bersatu padu untuk mendokong sebuah impian besar.
Samalah seperti kita, kerana yang namanya manusia itu tidak pernah sempurna dan sangat terbatas kemampuannya, maka kita memerlukan orang lain untuk melegkapi kekurangan kita, memerlukan huluran tangan orang lain untuk memaut kita tatkala jatuh. Kerana kita tak mampu hidup sendiri apatah lagi untuk memikul amanah dan impian yang besar. Kita perlu kepada orang-orang yang berkongsi impian yag sama dengan kita. Bergandingan tangan, saling bantu membantu dan saling menasihati dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran sepertimana firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Asr yang bermaksud :”demi masa sesugguhnya mausia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran” Berkat kerja secara berjemaah, walaupun kita kecil akan bisa mewujudkan impian yang unggul, gagasan agung yang mendokong kalimah tauhid di muka bumi Allah ini.
c) Sang semut yang kecil, tidak pernah putus asa untuk bekerja. Meski penat, meski letih diperjalanan, tetap istiqamah.. perlahan-lahan berjalan meniti perjalanan yang panjang tanpa berhenti. Berusaha dari hari ke hari, bulan berganti bulan. Hasilya tidak datang secara sekaligus tapi tetap sabar dan menaruh keyakinan bahawa impian itu pasti terwujud dengan izin Allah.
Ambillah nilaian istiqamah itu untuk di aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Jalan menuju Allah itu panjang.. teramat panjang.. bermula dari saat kita memilih Islam sebagai jalan hidup kita.. dari muda remaja hingga rambut dipenuhi uban. Hingga kita dipanggil kembali kepada Allah.. tidak syak lagi, kita memerlukan stamina yang tinggi dan tetap berpegang teguh dengan tali Allah. Nilaian istiqamah ini amat susah untuk dikekalkan kerana sifat manusiawi yang lemah dan lupa.. namun di situlah peranan thabat (tetap) di atas jalan ini. berusaha untuk meningkatkan diri dan taat menjalani tarbiyah imaniyah (didikan jiwa dengan iman).















